Bab 13: Penunggu Pokok Pisang

591 52 27
                                    

"Memang langkah kanan Kak Long datang sini, Ustaz Adam dah balik rupanya semalam. Cuma dia tak berapa sihat, sebab tu tak jumpa dia dekat surau pagi tadi." Kata adik ipar Mak Jah saat dia pulang dari surau bersama Daniel.

"Alhamdulillah. Jadi bila dia free Din? Malam ni tak boleh?" Tanya Mak Jah.

"Tadi dia cakap dia masih tak berapa nak sihat. Tapi lepas Isyak nanti dia conformkan balik." Balas adik ipar Maj Jah itu lalu duduk di sebelah isterinya.

"Ooo ye ke. Haaa tak apa, kalau macam tu nanti kamu conformkan balik lah dengan Ustaz Adam tu. Kalau dia tak boleh nak ubatkan si Daniel ni malam ni, esok pagi pun tak apa. Sebab lusa baru si Siti ni naik kerja. Jadi esok masih ada masa lagi lah nak jumpa dengan Ustaz Adam tu." Kata Mak Jah sambil memandang ke arah adik iparnya itu.

"Haaaa boleh Kak, nanti lepas Isyak saya maklumkan balik." Balas adik iparnya itu lagi.

"Ni Daniel tak nak berehat dulu ke?" Tanya adik Mak Jah saat dia melihat Daniel yang sedikit keletihan.

"Tak apa Mak Cik, saya ok je. Lagipun kejap lagi dah nak masuk waktu Isyak, lepas balik dari surau nantilah saya berehat." Balas Daniel lalu menghirup air teh yang dihidangkan dihadapan mereka itu.

"Haaaa ye lah. Nanti kamu tidur dekat bilik depan ni ye Daniel." Kata suami Mak Ngah pula.

"Eh tak apa Pak Cik, saya tidur dekat ruang tamu ni je. Bilik tu bagi Mak Jah dengan Siti je tidur." Balas Daniel yang tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Mak Jah tidur dekat bilik belakang dengan Siti. Kamu jangan risau, rumah ni ada banyak bilik. Rumah kampung." Kata Mak Jah menyampuk perbualan mereka.

"A'ah, bilik depan ni bilik Halim. Anak bujang Pak Cik. Tapi sekarang ni dia belajar, tak ada dekat rumah. Jadi kamu guna je lah bilik dia tu ye." Tambah adik ipar Mak Jah itu lagi.

"Maaflah dah banyak menyusahkan Pak Cik dengan Mak Cik, Mak Jah dengan Siti. Tak tahu saya macam mana nak balas semua ni." Kata Daniel rendah hati.

"Kalau nak balas, belikan kondominium yang saya tunjuk hari tu. Ingat lagi tak? Haha." Tiba-tiba Siti yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbitnya bersuara.

Semua yang ada di situ pelik mendengar kata-kata Siti itu. Mereka terus memandang tepat ke wajahnya.

"Tak ada, hari tu si Daniel ni sibuk cakap dia banyak menyusahkan lah apa lah, jadi Siti pun tunjuk lah dekat dia satu bangunan kondominium dekat kawasan rumah kita tu Mak. Siti cakap kalau nak balas, belikan satu kondominium tu. Haha. Daniel ni boleh percaya, mana tak Siti gelak masa tu." Terang Siti diikuti dengan hilaian ketawa dari mereka semua.

Daniel tersenyum malu. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru beberapa kali. 

"Lumrah hidup dekat dunia ni Daniel, kalau ada orang susah kita bantu. Kalau ada orang perlukan pertolongan kita, kita hulurkan semampu yang mungkin. Hari ini mungkin dia dalam kesusahan, tapi siapa tahu esok lusa kita pulak yang merasa susah kan. Tapi jangan lah mengharapkan pulak yang orang yang kita bantu tu akan bantu kita balik. Allah tu maha adil. Kita tolong dengan ikhlas, insyaAllah Allah akan balas kebaikan tu melalui cara yang kita tak terfikir pun." Kata Pak Ngah, adik ipar Mak Jah itu sambil menepuk bahu Daniel lembut.

Tolong Hantu! Jangan Ganggu AkuWhere stories live. Discover now