It's Love?

76 13 3
                                    

Bunyi derapan tapak kaki yang semakin lama semakin dekat sedikit sebanyak meresahkan Hanbin. Dia melajukan langkah, dengan harapan akan segera sampai di pengakhiran lorong gelap tersebut.

Jantungnya tiba-tiba saja berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku sebentar lagi. Beg plastik di tangan dipegang kemas bimbang terlepas.

"Hanbin."

Mendengar namanya dipanggil, automatik langkah kakinya mati. Dengan sisa keberanian yang masih ada, dia berpaling ke belakang.

Susuk tubuh seorang lelaki yang berada di dalam gelap dapat dilihat secara samar. Namun daripada suara itu, dia sudah dapat mengagak siapa.

Junhoe tersenyum sinis melihat wajah kebingungan lelaki itu. Selangkah dia melangkah ke depan, keluar dari zon gelap dan kini berdiri tepat di bawah cahaya lampu jalan.

Mata Hanbin membulat melihat lelaki itu. Tidak menyangka akan bertemu semula dengan Junhoe selepas 8 tahun lelaki itu meringkuk di dalam penjara.

"Long time no see, bro."

Tangan yang dihulur Junhoe sekadar dipandang. Sekarang gilirannya untuk memandang lelaki itu dengan senyuman sinis di wajah.

"Macam mana hidup dalam penjara? Seronok?" soalnya. Mengejek.

Namun pantas Hanbin berundur setapak apabila Junhoe mara selangkah. Kini mereka berhadapan, merenung ke dalam anak mata satu sama lain.

"Kau masih tak berubah, Hanbin. Masih macam dulu." ujar Junhoe.

Melihat wajah lelaki itu yang sudah sedikit berlainan, mengingatkan Hanbin kepada ayahnya. Lelaki itu dipenjara bersama Junhoe atas kesalahan membunuh dan menyembunyikan jenayah.

"Ayah..aku..macam mana?"

Akhirnya terluah jua soalan itu dari mulutnya. Rasa malu ditolak jauh demi seorang lelaki yang bergelar ayah kepadanya.

Junhoe ketawa terbahak-bahak mendengar soalan Hanbin. Dia berjalan mengelilingi lelaki itu dengan wajah angkuh.

"Ayah? Oh kau ada ayah rupanya." ejeknya.

Hanbin mengetap gigi menahan amarah. Tangan kirinya yang memegang beg plastik digenggam kemas.

"Ayah kau? Seingat aku dia dah keluar." tambahnya.

"keluar? "

Hanbin menarik nafas lega mendengarkan itu. Sekurangnya dia tahu keadaan semasa lelaki itu walaupun bukan yang terkini.

"Jadi kau, bila keluar?"

Hanbin berpusing ke belakang untuk menghadap Junhoe namun bayangan lelaki itu telah hilang. Dia tercari-cari di sekitar tempatnya berdiri tetapi tetap tiada.

"Jun.."

Hanya dengan satu pukulan, dia rebah menyembah lantai. Darah merah mengalir keluar dari kepalanya yang cedera.

Junhoe tersenyum puas melihat Hanbin terbaring lemah. Kayu yang digunakannya itu dilempar ke tepi, di atas timbunan sampah.

Dengan kudrat yang ada, dia menyeret Hanbin ke arah timbunan sampah tersebut. Tubuh lelaki itu ditindih dengan beberapa buah beg plastik hitam supaya tidak kelihatan.

_

Mata Eunseo tidak berkelip memandang langit yang kosong. Bintang pada malam itu dilihat tidak banyak yang bersinar.

Sama seperti dirinya sekarang ini, tidak ceria. Air mata yang masih mengalir, sesekali diseka. Hidungnya pula semakin memerah.

Hanbin menolak tubuhnya rapat ke dinding, tidak meninggalkan seinci pun ruang untuknya bergerak. Ketika itulah bibirnya yang suci itu, yang telah dijaga selama 16 tahun telah dikotori dengan ciuman rakus Hanbin.

"awak menjerit lagi, saya takkan teragak-agak nak rogol awak." ugut lelaki itu.

Eunseo meronta untuk melepaskan diri namun sia-sia kerana tenaga lelaki itu terlalu kuat. Dia hanya mampu menggerakkan tangan yang digunakan untuk memukul dada bidang Hanbin.

"diam, Eunseo. Nak saya buat betul-betul ke?"

Matanya mencerlung tajam merenung gadis itu. Langsung tiada belas kasihan walaupun melihat air mata yang mengalir membasahi pipi Eunseo.

"tolong, hanbin.. saya nak.."

"nak apa?!"

"lepaslah! saya nak balik!!"

Dia menolak tubuh lelaki itu dengan sekuat hati sehingga ada sedikit ruang untuknya bergerak. Kesempatan itu diambil untuk melarikan diri.

Namun Hanbin lebih pantas, dia berjaya menangkap tubuh Eunseo kembali lalu memeluknya erat. Rontaan demi rontaan dizahirkan gadis itu, tapi semuanya sia-sia saja.

"sekali awak dah jejakkan kaki ke sini, saya tak akan benarkan awak pergi lagi."

Bunyi guruh di langit yang berselang-seli dengan pancaran kilat mengejutkan Eunseo. Dia menadah tangan untuk merasai titisan air hujan yang jatuh.

"hanbin tak balik lagi ke?"

Entah mengapa tiba-tiba terlintas di fikirannya tentang lelaki itu. Mungkin kerana layanan yang diberikan kepadanya terlalu baik.

Hujan mula turun dengan lebat memaksa dia untuk masuk ke dalam. Pintu balkoni ditutup kemas, lalu dikunci. Langkah diatur menuju ke pintu. Tekak yang haus perlu dibasahkan sedikit.

Tombol pintu dipulas perlahan, menghasilkan bunyi yang sangat tidak menyenangkan halwa telinga. Dia menapak keluar dan berjalan di dalam gelap.

Sampai di dapur, dia tercari-cari suis lampu. Akhirnya dia menjumpainya di tepi peti sejuk. Lampu pendaflour tersebut sudah agak lama digunakan agaknya kerana mengambil sedikit masa untuk menyala.

Eunseo seperti terkena kejutan budaya setelah melihat pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki. Juga tong sampah yang sudah penuh sehingga ada sampah yang terjatuh ke lantai.

Tanpa menunggu lama, dia segera menjalankan kerja pembersihan. Semua pinggan mangkuk dibasuh sehingga bersih, tong sampah juga diurus. Dia paling tidak gemar melihat keadaan yang kotor dan bersepah.

Ketika tunduk untuk mengambil plastik sampah, dia terpandang botol soju yang tersusun rapi di bawah meja. Apabila dipegang, rupanya ia sudah kosong.

Dia teringat kepada tabiat Jiwon yang gemar meminum soju. Sambil memasukkan botol-botol kosong itu ke dalam plastik, dia turut membebel.

Selepas dikemaskan Eunseo, barulah dapur itu kelihatan seperti dapur. Entah bagaimana keadaannya sebelum kedatangan gadis ini.

A Tears of Heaven Where stories live. Discover now