Lies

47 8 2
                                    

Eunseo mengikat kemas tali bathrobe di pinggang. Tuala kecil yang berada di atas kepala dibawa ke dada untuk menutup sedikit bahagian tersebut yang terdedah. Selepas memastikan dirinya sudah cukup untuk bersedia untuk keluar, daun pintu yang tidak berkunci itu ditolak perlahan.

"Hanbin?"

Dia menjenguk sedikit. Kanan dan kiri diperhati. Bimbang Jinhwan dan Jiwon berada di situ.

"Hanbin? Mana awak?" panggilnya buat kali kedua.

"Dekat sini, sayang." balas satu suara yang kedengaran sangat rapat di telinganya.

Belum sempat dia berpaling, lelaki itu terlebih dahulu merangkul tubuhnya ke dalam pelukan. Kedua belah tangan Hanbin kini berada di pinggangnya.

Rambut Eunseo yang masih basah dicium. Wangian dari syampu yang digunakan gadis itu membuat dia khayal seketika.

"Tidur, nak?"

Kening Eunseo bertaut mendengar permintaan mengarut lelaki itu. Namun tetap dia tidak membantah kerana sedar akan tanggungjawabnya sekarang ini adalah untuk memastikan lelaki itu puas setiap kali mereka bersama.

"Tapi saya nak buat sarapan. Awak lapar tak?" soalnya.

"Lapar. Tapi bila tengok awak macam ni, rasa kenyang. Sekarang saya nak tidur."

Habis sahaja dia berkata begitu, tubuh Eunseo dicempung lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Daun pintu ditolak dengan menggunakan kaki. Tidak dikunci pun tidak apa asalkan ia tertutup rapat. Tiada siapa yang berani masuk ke biliknya tanpa kebenaran.

"Sayang, awak okay?" tanya Hanbin saat meletakkan tubuh Eunseo ke atas katil.

Dia kemudian turut naik ke atas katil, lalu duduk bersila di depan gadis itu. Butang kemeja berwarna merah yang dipakainya ditanggalkan satu persatu.

"Okaylah. Kenapa?" soal Eunseo kembali.

Hanbin menggeleng kecil. Dia mahu gadis itu faham dengan sendiri apa sebenarnya maksud di sebalik soalan tersebut.

"Saya rasa kita patut pindah." ujar Eunseo tiba-tiba.

"Pindah?"

"Ya. Awak kan janji nak kahwin dengan saya."

Hanbin ketawa mendengarnya. Bantal ditarik lalu diletak di sebelah Eunseo.

"Nantilah saya fikir. Lambat lagi." jawabnya acuh tak acuh.

Eunseo merasa Hanbin seperti tidak serius dengan janjinya yang mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Lelaki itu langsung tidak berfikir tentang masa depannya.

"Tak apalah." balasnya perlahan.

Suasana yang tadinya romantis terus bertukar suram. Eunseo menjuntaikan kakinya ke bawah, bersedia untuk turun.

"Sayang? Kata nak teman saya tidur." tegur Hanbin yang baru sahaja berbaring.

Eunseo menggeleng lemah. Wajah Hanbin langsung tidak dipandang walaupun lelaki itu menegurnya dengan lembut.

"Saya penat." jawabnya jujur.

Tangannya yang dipegang Hanbin ditarik perlahan. Langkah terus diatur menuju pintu.

Hanbin mengeluh berat. Dia turut turun dari katil, mengejar Eunseo yang sudah sampai di depan pintu. Daun pintu malah sudah dibuka gadis itu.

Tangan Eunseo ditarik kasar menyebabkan tubuh gadis itu jatuh ke dalam pelukannya. Tanpa menghiraukan apa-apa lagi, bibir gadis itu dikucup.

"Mmm.."

Eunseo berdesah perlahan. Terlalu menikmati sentuhan yang diberikan Hanbin itu.

*

Jinhwan mengurut perlahan dadanya, menahan sebak yang bertandang setelah melihat kemesraan diantara Hanbin dan Eunseo itu.

Jauh di sudut hati, walaupun seringkali dinafikan, dia sebenarnya masih menaruh harapan kepada Eunseo. Sangat berharap yang gadis itu akan nampak keikhlasan dalam dirinya.

Bunyi hempasan daun pintu yang kuat menyedarkan Jinhwan ke alam nyata. Dia melihat dengan pandangan sayu pintu bilik Hanbin yang sudah kembali tertutup itu.

_

"Mana dua orang lagi?"

Jiwon mengangkat wajah memandang lelaki separuh umur yang berkumis itu. Perlahan-lahan kepalanya digeleng.

"Mana dua orang lagi?" soal lelaki itu sekali lagi.

Jiwon tetap dengan jawapan yang sama. Dia menggeleng perlahan. Wajah lelaki itu langsung tidak berani dipandang.

Dengan hanya menggunakan gerakan jari sebagai isyarat, dua orang lelaki yang berada di muka pintu pantas bergerak masuk. Tempat di sebelah kanan dan kiri Jiwon diambil.

"Aku tanya, mana dua orang lagi?"

Senyap.

Jiwon menunduk memandang lantai. Kedua belah tangan kekal berada di belakang.

"Mana Jinhwan?"

Senyap.

"Mana Hanbin?"

Masih senyap.

"Bunuh dia."

Usai berkata begitu, dia bangun. Pistol bersama beg bimbit yang berada di atas meja diambil.

"Pastikan dia mati hari ni juga." pesannya sebelum keluar.

Sebaik sahaja daun pintu bilik tersebut terturup rapat, satu tumbukan singgah di wajah Jiwon.

Selepas itu kolar kemejanya pula dicengkam. Perutnya ditumbuk berkali-kali sehingga darah mengalir keluar dari mulut.

Tapi yang menjadi persoalan, mengapa dia tidak melawan?

Dalam keadaan lemah, dia sudah tidak mampu untuk membuka mata. Tubuhnya dibiar terbaring begitu sahaja di atas lantai.

Dua pasang tangan kemudian memegang bahagian bawah lengannya, mengangkat tubuhnya ke atas.

"Lepas..kan..aku.."

Dia ingin menarik tangannya, namun gagal dek tenaga yang sudah tiada.

"Diamlah."

Dua orang lelaki itu memapahnya keluar. Darah yang menitis di sepanjang laluan tersebut dibiarkan sahaja. Nanti akan ada yang datang mengelapnya.

Jiwon menggagahkan dirinya untuk membuka mata apabila dua orang lelaki itu mula berhenti berjalan. Namun begitu telinganya menangkap bunyi bising seperti keadaan di tepi jalan.

"Nak tinggalkan dekat sini ke?"

"Dekat sanalah. Ada stesen bas. Nampak macam nak hujan ni."

Mereka kembali berjalan. Kali ini semakin laju. Sehingga pedih lututnya dek diseret di atas jalan.

Sampai sahaja di stesen bas yang dimaksudkan dua orang lelaki itu, tubuhnya dicampak dengan kasar. Hampir sahaja kepalanya terhantuk ke lantai.

"To..long.." panggilnya lemah.

Tangannya bergerak-gerak, mencari sesuatu untuk dicapai. Dia ingin bangun namun perlukan sokongan.

"To..long.. Tolong.."

Dalam keadaan sakit, dia mengesot perlahan. Kali ini tangannya terpegang sesuatu yang dirasakan keras. Mungkin tiang atau apa sahaja.

Akhirnya dengan bantuan benda tersebut, dia berjaya bangun. Perutnya yang pedih dipegang. Baru beberapa langkah menapak ke depan, dia rebah.

A Tears of Heaven Where stories live. Discover now