Baby Don't Cry

72 9 0
                                    

Puan Park yang berada di kaunter dapur sedang memotong lobak merah untuk dibuat sup. Kehadiran sepasang tangan yang tiba-tiba memeluknya dari arah belakang langsung tidak mengejutkan. Siapa lagi jika bukan Hyunbin.

"Kenapa turun? Ibu tak masak lagi."

Hyunbin menyandarkan kepalanya pada belakang tubuh wanita itu. Satu rasa yang sudah lama tidak dirasainya kembali.

"Ibu, nanti kita sama-sama pergi balai polis ya? Saya nak tahu pasal Eunseo." ujarnya.

Pergerakan tangan Puan Park lantas terhenti. Satu keluhan berat dilepaskan bersama senyuman sinis. Pisau yang sedang digunakan itu diletak dengan kasar.

Hyunbin yang menyedari perubahan pada diri ibunya selepas mendengar kata-katanya itu pantas melepaskan pelukan. Dia memegang bahu wanita itu dan menjenguk ke wajahnya.

"Ibu marahkan saya?" soalnya lembut.

Gelengan diberikan sebagai jawapan. Lobak merah yang telah siap dipotong itu diambil lalu dibawa ke sinki.

"Saya cuma rindukan dia. Maaflah kalau ibu tak suka saya cakap macam tu tapi dia tetap adik saya." ujarnya dengan berani.

Suasana yang tadinya tenang perlahan-lahan bertukar panas. Rupanya ketegangan yang selama ini tercetus adalah disebabkan status Eunseo sebagai anak angkat di dalam keluarga ini.

"Ibu tak cakap pun macam tu. Cuma ibu tak suka kamu lebihkan dia. Fikir tentang diri kamu dulu, sebelum nak fikir tentang orang lain." balas ibunya dengan lantang.

Hyunbin mengeluh berat. Langkah diatur keluar dari ruang dapur kerana malas mahu bertekak dengan wanita itu. Dia tidak mahu mencetuskan masalah diantara mereka berdua.

Langkah diatur menuju ke tingkat atas. Setapak demi setapak dia mendaki tangga sambil berfikir tentang Eunseo yang kesnya masih kekal misteri sehingga kini. Entah ke mana gadis itu dibawa selepas diculik lelaki tidak dikenali pada malam kejadian tersebut.

Dia tidak terus ke biliknya yang berada di hujung laluan. Sebaliknya membelok ke kanan, satu-satunya bilik yang terdapat di lorong tersebut adalah bilik Eunseo.

Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu. Lampu di dalam bilik itu automatik menyala sebaik sahaja pintu dibuka.

Untuk pertama kalinya, Hyunbin masuk ke dalam bilik Eunseo. Selama ini gadis itu bertegas tidak mahu biliknya dimasuki tanpa kebenaran. Setelah melangkah masuk, barulah dia tahu mengapa peraturan itu dibuat.

Lukisan wajah seorang lelaki yang berada di dinding bersebelahan katil amat menarik perhatiannya. Dalam diam gadis itu sebenarnya mempunyai bakat yang tidak pernah ditunjukkan.

Katil yang menggunakan cadar berwarna hitam itu dipandang. Dia seperti dapat melihat kembali bayangan Eunseo yang sedang tidur. Namun tidak lama kemudian matanya mula berkaca.

Kakinya terasa amat lemah untuk berdiri. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di atas lantai di sebelah katil. Kedua belah lututnya dipeluk.
Kata-kata ibunya tempoh hari seperti terngiang-ngiang kembali. Air mata yang cuba dibendung, akhirnya mengalir jua. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak mempedulikan perasaan tersebut namun ia terlalu sakit untuk dinafikan. Hanya bayangan wajah Eunseo saja sudah cukup untuk menyentuh hatinya.

Jika dapat diundur kembali masa, dia tidak mahu berada di hospital tempat ibunya datang untuk menjalankan ujian DNA. Dia tidak mahu mengetahui keputusan ujian tersebut yang mengatakan Eunseo hanyalah anak angkat di dalam keluarga mereka.

Dia memegang kemas kepalanya dengan kedua belah tangan lalu menjerit sekuat hati. Apa yang terbuku di hatinya selama ini dilepaskan melalui tangisan.

Rasa sakit itu perlahan-lahan hilang bersama air mata yang tidak putus-putus mengalir. Wajahnya merah padam menahan tangis, sehingga pernafasannya terasa tidak teratur kerana kekurangan oksigen.

Dalam keadaan begitu, tubuhnya terasa sangat lemah untuk bergerak. Sehinggalah ada sepasang tangan yang datang memeluknya dari arah tepi.

"Sayang, kenapa ni? Hm?"

Puan Park memeluknya dengan erat, sambil sebelah tangan kekal menggosok belakang lelaki itu dengan lembut.

"Saya rindu Eunseo sangat-sangat.. Ibu tolonglah cari dia.." jawabnya dalam tangisan.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak mereka begitu. Di belakang Hyunbin, wanita itu turut menangis namun mulutnya ditekup supaya esakannya tidak kedengaran.

_

Hanbin yang baru sahaja ingin makan segera membatalkan niatnya apabila melihat Donghyuk melangkah masuk. Lelaki itu membawa sesuatu di tangan yang mungkin sebuah fail. Jika benar pasti ia fail miliknya.

"Makanlah. Kenapa tutup balik?" soal Donghyuk yang melihat Hanbin menutup kembali tray makanannya.

Segaris senyuman bersama gelengan lemah ditunjukkan Hanbin. Walaupun Donghyuk yang menjadi doktor persendiriannya sejak hari pertama dia dimasukkan di sini, namun hubungan mereka kekal janggal. Terasa seperti ada sesuatu yang patut dia ketahui tentang doktor lelaki ini.

"Saya datang sebab nak tunjuk laporan perubatan awak. Semua dah siap."

Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan. Beberapa helai kertas dari dalam fail tersebut dikeluarkan lalu diletak di depan Hanbin.

"Esok awak dah boleh keluar." ujarnya dalam nada teruja.

Namun Hanbin dilihat seperti tidak gembira. Tiada secalit pun senyuman di wajahnya apabila mengetahui perkara tersebut.

"Hanbin? Kenapa?" soal Donghyuk lembut.

Dia tersedar dari lamunan lalu menggeleng lemah. Kertas laporan di depannya dipandang sekilas, sebelum menarik selimut dan kembali berbaring. Tubuhnya dipusing supaya membelakangi Donghyuk.

"Han.."

"Saya nak rehat. Doktor boleh keluar?"

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Hanbin kedengaran seperti dipaksa. Nada suaranya juga semakin perlahan.

"Ya baiklah. Tapi.."

"Keluarlah!" tengking Hanbin seraya berpaling.

Bulat mata Donghyuk melihat pipi lelaki itu yang sudah basah. Hanbin menangis?

"Hanbin, kenapa ni? Hm?"

Dia memegang lengan lelaki itu dengan lembut namun ditepis. Hanbin malah menyembunyikan wajahnya di sebalik selimut.

"Doktor pergilah.. Tolong.." pintanya.

Donghyuk akhirnya mengalah dengan permintaan lelaki itu. Laporan tersebut dimasukkan kembali ke dalam fail lalu diletak di atas meja.

Hanbin yang masih menyembunyikan wajahnya di sebalik selimut dipandang sekilas sebelum langkah diatur keluar dari wad tersebut. Dia berjalan perlahan melintasi beberapa buah bilik doktor sambil berfikir.

Chanwoo yang berada di dalam biliknya dapat melihat Donghyuk berjalan perlahan melalui laluan tersebut. Otaknya cepat sahaja mentafsir yang lelaki itu sedang menghadapi masalah.

A Tears of Heaven Where stories live. Discover now