Kim Hanbin?

87 12 2
                                    

Di meja makan, terdapat seketul kubis, beberapa helai daun salad dan dua biji tomato. Di sebelahnya pula terdapat semangkuk sos tomato dan mayonis.

Jari runcing Eunseo mengetuk-ngetuk birai meja, sambil matanya memerhatikan kesemua bahan tersebut. Dia masih berfikir-fikir tentang apa yang akan dimasak.

"Nak memasak ke?" tegur Jinhwan dari arah belakang.

Eunseo pantas berpaling. Senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Namun tidak lama selepas dia melihat kesan lebam di pipi Jinhwan.

"Kenapa dengan pipi awak?" soalnya pantas.

Jinhwan mengelak apabila wajahnya ingin disentuh. Tangan Eunseo terpaksa dipegangnya.

"Mari saya tengok." tegas Eunseo.
Dagu Jinhwan dipegang lalu wajahnya didongakkan sedikit. Kesan lebam itu dilihat masih baru, seperti baru semalam dia mendapatnya.

Ketika Eunseo leka menilik wajahnya, Jinhwan tidak melepaskan peluang untuk merenung wajah gadis itu. Hidung mancungnya sangat menarik perhatian. Dan juga bibirnya yang mungil itu.

"Awak bergaduh ke?"

Soalan Eunseo dibiar tidak terjawab. Dia leka melihat wajah gadis itu.

"Jinhwan?"

Bahu Jinhwan digoncang lembut lantas menyedarkan dia dari lamunan. Menyedari dirinya telah hanyut, pantas wajahnya ditundukkan.

"Saya tanya, awak bergaduh ke?" soalnya sekali lagi.

Dia menggeleng kecil. Lantas tersenyum. Apa yang terjadi semalam, biarlah hanya dia dan Jiwon yang tahu.

"Tak ada apalah. Awak nak masak apa ni?" soalnya seraya mengubah topik perbualan.

Eunseo memandang ke arah bahan-bahan di atas meja, kemudian mengangkat bahu. Jinhwan dipandang.

"l Buat sandwich. Hanbin suka." ujarnya bersama senyuman.

" suka sandwich rupanya. okay, yang pertama dia suka sandwich. "

Eunseo tersenyum simpul. Dia meneruskan kerja tanpa mengendahkan pandangan Jinhwan kepadanya. Lelaki itu bersandar di sinki, sambil bersilang tangan di dada.

"Hanbin memang suka bangun lewat ke?"

Eunseo memandang Jinhwan dan mengangkat kening. Lelaki itu terdiam, kelihatan seperti sedang berfikir.

"Selalunya..tak.." jawabnya teragak-agak.

Barulah Jinhwan sedar yang sudah semalaman dia tidak melihat Hanbin. Kali terakhir dia melihat Hanbin adalah ketika lelaki itu hendak keluar membeli barang yang diminta Eunseo.

"Pergi kejutkan dia. Boleh kita makan sama-sama." arahnya.

Jinhwan menurut tanpa bantahan. Bilik lelaki itu yang berada paling hujung dituju. Tombol dipulas perlahan, berharap yang ia tidak berkunci.

"Hanbin?"

Dia menjenguk ke dalam. Keadaan bilik itu yang gelap menyukarkan dia untuk melihat. Suis lampu yang berada di dinding ditekan, dan tidak sampai seminit bilik itu menjadi cerah.

Kosong.

Dia masuk untuk memastikan yang pandangannya tidak salah. Hanbin memang tiada di dalam biliknya.

Dia keluar semula dengan wajah risau. Entah mengapa hatinya tiba-tiba merasa tidak tenang.

"Dia tak ada." ujarnya sebaik saja melangkah masuk ke ruang dapur.

Eunseo yang sedang mengambil roti di kabinet pantas berpaling. Dahinya berkerut.

"Sejak semalam lagi ke?" soalnya.

A Tears of Heaven Where stories live. Discover now