Chapter 55

3.8K 199 17
                                    

Hari ni aku dengan Farish tak naik kereta same. Aku jalan kaki sebab aku tak nak pon bercakap dengan dia. Tak nak pon tengok muke dia.

One more thing, aku dah pindah bilik aku yang mase mula mula aku masuk rumah tu. Tak kuase aku nak sebilik dengan dia.

Dah seminggu aku dingin je dengan dia. Kalau dia ajak borak mesti aku mengelak. Kalau dia suruh aku makan sekali dengan dia aku akan cakap 'dah makan tadi'. Seolah olah kitaorang ni macam takde pape hubungan.

Aku berjalan masuk ke pintu gate sekolah. Aku berjalan melepasi bilik guru. Aku nak pergi pejabat sekejap sebab nk jumpa Cikgu Suzi, guru agama kitaorang. Aku nak cakap dengan cikgu nak tukar grup. Aku segrup dengan Farish so aku nak tukar.

Aku tanye kerani sekolah Cikgu Suzi ade ke tak. Malang sekali, cikgu tak hadir sebab emergency anak dia sakit. Tapi freedom jugak sebab Cikgu Suzi kalau ajar nada suare dia same je. Macam tengah buat announcement pulak.

Bukan sebab agama aku tak nak belajar. Sebab cikgu kurang beri semangat kat kitaorang. Tu yang kalau time agama je kitaorang melepak. Ada juga yang fly class.

"Farhanah." panggil Cikgu Shahmie.

"Ye cikgu." sahut aku.

"Kamu kelas Gred 6 - A2 kan?" kata Cikgu Shahmie.

"Ha ye cikgu. Ada apa apa yang saya boleh tolong ke?" kata aku.

"Memang ada pon. Lepas ni subjek addmath kan?" tanya Cikgu Shahmie.

"Haah."

"Cikgu Ridhuan ada mesyuarat. Jadi saya yang akan relief kelas awak. Tolong bawa kan buku buku saya ye." kata Cikgu Shahmie.

"Ouh boleh boleh." kata aku. Cikgu memberikan buku yang banyak itu kepada aku. Tak dalah banyak sangat sampai tak boleh nak angkat.

"Lagi satu Farhanah.. Lepas rehat saya nak jumpa awak, Aryan dan Farish. Saya ada benda nak bincang dengan awak bertiga. Beritahu kat diaorang nanti ye. Terima kasih Farhanah." kata Cikgu Shahmie dan berlalu pergi.

"Sama-sama." kata aku perlahan.

Uish apahal cikgu nak jumpa aku dengan mamat dua orang tu? Cikgu tahu pasal hal semalam ke? Ohmaaiii kalau cikgu tahu habis lah aku.

Leceh lah kalau cikgu dah tahu. Nak kena pergi balai lagi. Soal siasat lagi. Pergi court lagi. Jadi saksi lah itulah inilah. Leceh! Acah pulak kau Farha. Macam lah kes berat sangat. Pirrraahhh!

Dengan segala kekuatan robot, keluar lah kau pokemon. Okay aku memain je. Dengan segala kekuatan yang ada, aku mengangkat buku buku itu dengan rela hati.

Bbukk!

"Woi! Aku baru angkat buku buku ni. Tengok dah bersepah. Kau kutip sekarang!" marah aku. Yelah aku baru je nak gerak jalan lepas tu tetiba je ada orang langgar. Mana lah aku tak marah.

"Ouh ye? Bukan kerja aku pon. Lain lah kau. Dah lah pengutip lepas tu perampas pulak tu." kata Balqis.

"Hello! Kau tu yang perampas. Tak sedar diri. Terhegeh hegeh kat orang yang tak nak kau. Lepas kau buang dia, kau nak amik balik. Bila kau dah ludah, kau nak jilat balik. Huh! Nampak sangat kau ni jijik dan murah!" hambur aku.

"Kurang ajar kau!"

Balqis mara ke depan dan mula menarik rambut aku. Aku menarik rambutnya juga. Tiba tiba kelibat Farish kelihatan. Balqis memulakan lakonannya.

"Awwhh.. Sakitlah Farha.. Lepaskan aku lah.. Kenapa dengan kau ni..." suara dilembutkan supaya Farish percaya, aku yang mencari pasal.

"Farha stop it!" kata Farish.

Tiba tiba sahaja Balqis terjatuh kerana tersilap langkah. Tetapi mase tu tangan aku kat dia.

"Auch! Kenapa kau tolak aku Farha!" kata Balqis.

"Farha!" jerit Farish. Dia segera meluru kearah kami. Dia membantu Balqis untuk bangun. Ceyh nak buat drama depan aku ke bro!

"Farish! Tolong I... Dia tiba tiba tarik rambut I.. Lepas tu dia tolak I.. I tak buat ape ape pon kat dia. Dia ni ha kenapa tiba tiba cari pasal dengan I. Sakit kaki I ni." Balqis mula mengadu kepada Farish. Aku dah naik berang ni. Dia pusing cerita?! Dasar manusia munafik!

"Apa kau buat ni Farha?!" kata Farish sambil merentap kuat tangan aku.

"Apa ni?! Sakitlah Farish!" kata aku. Hampir saja aku mengalirkan air mata sebab genggaman dia terlalu kuat. Mungkin lebam nanti.

"Kenapa kau tolak Balqis ha?! Kalau kau marah dengan aku sekali pon tak payah libatkan dia dalam hal kita!" tengking Farish.

"Aku tak tolak dia lah! Dia yang jatuh sendiri!" nafi aku.

"Kau ingat aku buta ke ha?! Kau ingat aku tak nampak ape yang kau buat tadi?! Kau jangan jadi bosia sangat! Mak bapak kau tak ajar ke! Sampai kau jadi murah---"

Pangg!

Farish tertoleh ke tepi akibat tamparan kuat dari aku. Aku mengalirkan air mata. Dadaku turun naik menahan rasa sebak dan marah.

"Hey ape kau buat ni!" kata Balqis sambil menolak aku.

"Kau diam! Kau siapa nak campur hal aku dengan jantan ni! Baik kau duduk diam sebelum buku buku ni aku sumbat masuk dalam mulut kau!" kata aku. Balqis terdiam.

"You!..... Youre too much Zain Farish! Kau memang dah melampau! Kau boleh kutuk aku, hina aku, caci aku! Tapi kau jangan sesekali kau kaitkan mama papa aku dalam hal ni! Youre nothing to talk about them!" kata aku. Farish terdiam apabila aku menghamburkan segala kata kata kepadanya.

"Silap aku sebab bagi peluang untuk kau duduk dalam hati aku! Aku terlalu bodoh sebab percayakan kau! Aku bodoh sebab biarkan kau mainkan perasaan! Aku menyesal kenal kau! Aku menyesal! Menyesal!!!" kata aku. Aku terus mengutip buku buku yang bersepah dan berambus dari situ. Sebelum hal lain jadi, baik aku blah.

Aku pergi ke dalam kelas dengan muka yang murung. Aku endahkan pandangan orang lain. Setelah meletakkan buku buku di meja guru, aku kembali ke tempat duduk aku. Atau sebetulnya di tempat duduk budak nerd. Sebelah aku Syasya. So tak bising sangat.

"Weyh Syasya.. Cakap dekat budak yang duduk meja sini, mulai harini aku nak duduk sini. Suruh dia duduk tempat lama aku." kata aku.

"Ouh.. Oookay" kata Syasya.

Aku menyembamkan muka aku di meja. Aku mula menangis dalam diam.

'Ya allah.. Dugaan apa yang kau beri kepada aku? Aku tak kuat...' rintih aku di dalam hati.

Nasib baik tempat duduk si Syasya ni kat belakang sekali. Orang tak nampak apa yang aku buat. Aku duduk dekat area belah tepi sebelah sana. Jadi jauh sikit dengan dia.


















































-----------------------------------------

Hiya! Double update yeah! Panjang tak? Kalau tak panjang sory laa ye.. So keep voting and comment. Bye adios!


Itsmealieyantsha_

Cinta Awak Mr Gangster Celup!Where stories live. Discover now