Prolog

407 30 21
                                    


if there is always a lies,
there will be trust?

Pemandangan suasana Kuala Lumpur menyapa pandangannya. Kota yang tidak pernah tidur. Lampu neon masih menyala di sana sini walaupun jam sudah menginjak ke tengah malam. Huh! Bandar metropolitan apa yang nak dihairankan.

Dia berpeluk tubuh menghilangkan rasa dingin yang sesekali menyapa akibat penghawa dingin. Berdiri di kaca dinding membuatkan dia boleh melihat pemandangan di bawah. Mata memang memandang tetapi fikiran jauh terbang entah ke mana.

Pristiwa lima tahun yang lepas masih segar di ingatan. Kepala didongakkan ke atas bersama mata yang terpejam rapat. Dia mengeluh perlahan. Setiap kali peristiwa itu mengasak, keluhan yang akan terbit akhirnya.

Dia membuang pandangan tajam ke hadapan semula. Tanpa sedar, perlahan-lahan peristiwa itu berulang tayang di minda.

Suasanasepi menyelubungi ahli keluarga rumah agam itu. Masing-masing membuat hal sendiri. Tiba-tiba kedengaran esakan kecil di ruang tamu, tempat mereka berkumpul.

"Ayahanda..." rintih satu suara perlahan. Badannya terhinjut-hinjut menahan tangis.

"Kak, sabar kak," pujuk wanita lewat 40-an itu. Dia mengambil tempat di sebelah kakak iparnya itu.

"Akak rindu ayahanda. Kenapa dia pergi macam tu je? Sampai hati dia tinggalkan kita." Wanita itu merintih semakin kuat.

"Dah ajal ayahanda sampai. Kita kena redha, kak long," sampuk suara lelaki pula, anak kedua keluarga ini. Dia cuba memujuk. Pasti Kak Longnya menerima tempias yang besar.

Tiba-tiba mereka menerima khabar yang ayahanda tercinta tenat dan tak lama kemudian meninggal dunia. Sedangkan ayahanda mereka sihat sahaja. Tapi sudah tertulis ajalnya sudah tiba, siapa kita nak pertikaikan.

"Tapi, kenapa ayahanda sanggup ambil pil tidur sampai meninggal sebab overdose?!" Wanita itu meraung tidak dapat menerima takdir. Semua diam menyepi.

"Tak! Atuk tak meninggal sebab overdose!!" Jeritan lantang itu mengejutkan yang lain. Semua mata mula tertumpu kepada seorang gadis yang sejak tadi terposok di satu sudut rumah agam itu.

[Edit] Cik Mafia & Encik PolisWhere stories live. Discover now