Bab 3

358 23 0
                                    

if there is always a lies,
there will be trust?


Dari jauh sudah terasa auranya. Aura seorang yang punya karisma tinggi. Setiap langkahnya tampak yakin. Badanya yang sado tegak ketika berjalan, muka pula lurus ke depan. Raut wajahnya serious tanpa secalit pun senyuman.

Uniform polis bewarna putih tampak kemas terletak, sesuai dengan si pemakai. Gaya jalannya sahaja mampu membuat pekerja lain tertoleh dua kali. Dengan tangan kanan pula dimasukkan dalam kocek seluar slack. Sungguh nampak macho dan kacak!

"Selamat pagi tuan!" tabik seorang lelaki yang juga beruniform polis. Dia berdiri tegak dengan tangan kanan di angkat menyerong pada paras dahi.

"Selamat pagi!" balas lelaki itu kemudiannya dia melangkah menuju ke biliknya yang terletak di aras dua.

Rata-rata yang bertembung dengan lelaki itu pasti akan tabik hormat. Baik lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna, lelaki itu adalah seorang yang berjawatan tinggi dalam jabatan mereka.

Pintu ditolak perlahan oleh lelaki itu. Jelas tergambar suasana bilik itu yang tampak kemas dan penuh dengan aura maskulin. Aroma terapi jelas terasa, memberi kedamaian kepada siapa sahaja yang berada dalam bilik ini. Susun atur perabot sangat teratur. Nampak banyak, namun mungkin kerana cara ia disusun membuatkan bilik itu luas.

Beberapa almari yang penuh dengan buku dan fail terletak di sudut tepi. Pokok bunga pelbagai jenis tumbuh elok dalam pasu menghiasi bilik itu. Terdapat juga beberapa foto bercorak abstrak menjadi pilihan untuk di gantung.

Topi yang punya lambang lencana polis, lelaki itu letakkan di tempat penyangkut. Duduk dilabuhkan di kerusi empuk. Fail yang diletakkan oleh orang bawahannya diambil dan dibacanya teliti. Kebiasaannya ia berkaitan dengan laporan kes kelmarin.

Meja yang penuh dengan fail tersusun diperhati. 'Banyak betul yang perlu dia baca!' keluh lelaki itu dalam hati.

Kemudiannya matanya jatuh pula pada papan nama yang terukir namanya berserta gelaran yang di sandangnya. Terletak cantik di atas meja.

-Inspektor Qalish Uzair-

Bangga sekejap dengan pencapaiannya selama ini. Menjadi seorang polis yang berjaya adalah impiannya sejak kecil lagi. Fail di letakkan kembali. Laci meja ditarik untuk mencari sesuatu. Tanpa sengaja, matanya terpandangkan sapu tangan yang ada dalam laci tersebut.

Sapu tangan itu dicapai dan di usapnya permukaan sulaman nama seseorang. Qis, nama yang cantik di sulam dengan benang purple. Dia tersenyum bila kenangan lama menjengah memori. Sapu tangan itu nampak kusam menunjukkan betapa lama dia telah menyimpannya.

Hujan yang lebat diredahnya tanpa rela. Payung digenggam kejap. Ish! Kalau bukan sebab mahu penuhi keinginan adik bongsunya itu yang ingin makan pisang goreng, tak adanya dia rela menapak jauh ke warung Mak Senah.

Diikutkan saja kerenah adiknya yang manja itu. Macam-macam ragam. Sudah mahu makan pisang goreng, pergi la beli sendiri. Bukannya budak kecil lagi pun. Ada ke suruh orang! Bila tidak mahu, pandai pula pergi mengadu dekat ibu.

Hoodie baju sejuk ditarik sambil mulut terkumat-kamit memarahi adiknya bagaikan adiknya itu ada di depan mata. Mulutnya terkunci saat telinga tiba-tiba terdengar esakan tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Meremang bulu romanya. Tak kanlah ada hantu malam-malam ni! Tapi tak mustahil jugak sebab masa sudah menginjak ke 10 malam, telahnya dalam hati. Ish! kalau betul itu bunyi hantu, dia dulu lagi akan berlari.

Tapi bila diamati dengan betul-betul, seperti bunyi tangisan budak perempuan. Nak pergi tengok ke tak eh? bingung dibuatnya. Akhir sekali dia ambil keputusan untuk menapak ke arah suara itu.

[Edit] Cik Mafia & Encik PolisWhere stories live. Discover now