Bab 4

419 25 10
                                    

if there is always a lies,
there will be trust?


Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi jelas kedengaran di halaman Villa Indah. Motornya diparking di garaj yang disediakan. Terdapat juga beberapa buah kereta mewah di situ.

Imani membuka helmet full face dan diletakkan di atas ribanya. Dia masih lagi berada di atas motor tanpa ada niat ingin turun. Halaman rumah papa dan mama dipandang.

Tiada yang berubah. Masih sama. Seperti dulu juga. Sudah agak lama dia tidak pulang ke sini. Kira-kira tiga bulan. Rindu? Entahlah. Dia tidak rasa apa-apa. Mungkin dulu, rumah ini la tempat dia mencari kedamaian. Terasa selamat dan bahagia. Orang kata, rumahku syurgaku. Tempat dia membesar. Zaman kecilnya di sini. Tapi sejak...

Imani sungging senyuman sinis seraya angkat bahu. Malas mahu hanyut dengan kenangan lama. Terikut-ikut dengan perasaan yang dia sudah buang jauh.

Imani turun dari motornya lalu melangkah ke pintu utama. Belum sempat tangan ingin membukanya, ada orang terlebih dahulu menarik pintu itu.

"Iman!" panggil Datin Aisyah ceria. Wajahnya berseri melihat anak daranya yang sekarang berada di hadapan mata. Mendengar sahaja motor Imani, terus dia ke depan meninggalkan kerjanya di dapur. Tanpa menunggu masa yang lama, tubuh anaknya ditarik ke dalam dakapan. Terzahir rindu seorang ibu terhadap anaknya.

"Rindunya mama dengan kamu."

Imani masih lagi kaku. Sedikit terkejut dengan tindakan drastik mama. Tiada ura-ura dia ingin membalas dakapan itu. Sesaat kemudian dia meleraikan pelukan tersebut.

Datin Aisyah tercengang dengan kelakuan Imani. Hatinya agak terasa dengan sikap dingin anaknya itu.

"Iman penat," ujar Imani acuh tak acuh. Dia langsung tidak membalas apa yang Datin Aisyah cakap malah untuk memandang mamanya itu pun jauh sekali.

Dia menapak ingin ke atas, ke bilik tidurnya. Bagaimana agaknya keadaan bilik itu ye? Berubah atau masih sama?

"Iman nak makan? Mama ada masakkan lauk kegemaran Iman." Datin Aisyah cuba lagi mengajak anaknya berbual. Perasaannya tadi dilupakan. Kelakuan Imani dianggap tidak berbekas dalam hati.

"Mama tak faham ke?! Iman penat!" tengking Imani. Nada suaranya naik seoktaf.

Datin Aisyah terpempan dengan suara Imani. Dia tidak sangka Imani sanggup meninggikan suara. Salahkah dia bertanya anaknya sama ada lapar atau tidak? Salahkah dia memasakkan lauk kegemaran anaknya? Salahkah seorang ibu risau terhadap anaknya?

Imani tersedar. Tidak sepatutnya dia tinggi suara dengan seorang ibu. Dia berpaling ke arah mamanya. Jelas terlihat raut muka kekecewaan di situ.

"Maaf." Imani pantas mendaki tangga. Hanya kata maaf dia mampu ucap. Ingin memeluk dan memujuk, entah kenapa dia tidak boleh berbuat demikian. Ego mungkin. Atau rasa marah itu masih ada?

***


Imani turun ke bawah setelah di panggil oleh Datin Aisyah. Seharian dia terperuk dalam bilik sahaja. Dari pagi hingga ke malam. Ikutkan hati dia malas mahu makan malam bersama ibubapanya. Tapi mengingatkan perutnya yang berbunyi sejak petang tadi, terpaksa dia mengalah.

"Iman, jom makan! Mama dah hidangkan nasi kamu," pelawa Datin Aisyah yang sedang menghidangkan lauk pauk yang dimasaknya. Dato' Azlan sudah lama berada di meja, menunggu anak daranya turun.

Imani mengambil tempat di hadapan mamanya. Sedikit pun dia tidak menyapa papanya itu. Hanya duduk dan makan. Itu je dia tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Edit] Cik Mafia & Encik PolisWhere stories live. Discover now