Bab 8

18.3K 608 13
                                    

Tangan digenggam kuat. Berharap rasa berdebar debar dan takutnya dapat diusir jauh dari hatinya. Kepalanya menunduk lagak seorang pesalah yang bakal menerima hukum gantung. Mata pula dipejam serapat rapatnya.

Mulut Adell pula terkumat kamit berdoa agar apa yang dibualkan bersama Safa tadi tidak didengari oleh orang di depannya sekarang. Ya! Di depan Adell sekarang ini terdapat seorang makhluk Allah yang sedang asyik memandang Adell tanpa sedar!

"So... kaulah Adella Kaisara binti Amri?"
Tegas sekali Ya Allah suara itu.

Adella seperti ingin meraung sekarang ni! Dia inginkan mak dengan abahnya yang sekarang berada di johor!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adella seperti ingin meraung sekarang ni!
Dia inginkan mak dengan abahnya yang sekarang berada di johor!

'Makk! Abahh!! Nak ikuttt!!'

"I'm asking you cik Adella Kaisara!"

Lagi sekali suara tegas itu menyentak lamunan Adell yang sedang menginginkan mak dan abahnya.

"Errk, ya.. ya sa.. saya Teng.. Te, Tengku."

'Ah sudah! Sejak bila kau gagap Adell?!'

Tengku Harris memandangnya tajam sebelum mengambil sesuatu di atas meja kerjannya.

"Aku rasa kau tak tengok gambar yang dekat sebelah sini."

Perlahan suara lelaki di depannya berkata sambil cuba mengambil frame gambar di sebelah kirinya. Lalu diletakkan di atas meja dihadapan Adell.

Membulat Adell melihat orang di dalam gambarnya itu.

'Macam manalah aku boleh tak perasan ada satu lagi frame gambar sebelah kiri?! Aku pergi ambil belah kanan je pahal?!'

Adell mengetuk kepalanya. Menyedari kebodohan diri sendiri. Maksudnya, dia dengarlah apa aku cakap dengan Safa tadi?!
Bala. Bala. Bala.

Adell menarik nafas sebelum memulakan penerangan.
"Errr.. tapi Tengku, apa yang saya gambarkan dekat kawan saya tadi tu, itu main main je. Sengaja nak kenakan dia."

Adell tersenyum malu untuk menutup kesalahan yang dia telah lakukan. Dia telah kutuk bapa kepada Boss nya sendiri! Besar kot kesalahan tu!
Tak pasal pasal kang aku kena pecat harini.

Tengku Harris Rykarl mengangguk angguk seakan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Adell.

Tersenyum lega Adell apabila melihat reaksi boss nya yang seakaan menerima kenyataan yang dikeluarkan mulut Adell sendiri.

Tapi kelegaan dia hanya sekejap saja apabila Tengku Harris bangun dari duduk dan melangkah perlahan kearahnya.

Tengku Harris tersenyum sinis melihat muka cantik perkerja barunya yang pucat ini.

'Kita tengok. Sejauh mana keberanian kau ni.' Kata Harris dalam hati yang sedang sakan menggelakkan Adell.

Adell pula menggelabah tak tentu arah. Dia tidak boleh ke belakang memandangkan terdapat satu lagi meja yang sedang dia sandar.

Jarak antara mereka semakin mengecil.

Adell menggigit bibirnya. Mata dipejam rapat apabila bau wangian Clive Christian menusuk ke rongga hidungnya.

'Minyak wangi pun bukan biasa biasa boss aku ni!' Sempat lagi Adell mengomel di dalam hati.

Tengku Harris yang melihat wajah cuak Adell tersenyum puas. Bibir sensual miliknya didekatkan ke telinga Adell yang dilitupi shawl hitam.

Dada Adella pula seakan mahu meletup apabila jarak antara dia dengan Tengku Harris tak sampai 3 inci. Tangan Adell diangkat bagi menghalang perlagaan antada dadanya dan Harris. Bibirnya pula tidak berhenti beristighfar.

"Duduk."

Arah Tengku Harris perlahan tapi tegas. Terbuka terus mata Adell cantik itu.

Terpaku sekejap Adell apabila muka Tengku Harris berada tepat di depannya.

Bibirnya. Lembut dan merah jambu menandakan dia bukan seorang perokok!

Hidungnya. Hmm tidak terlalu mancung dan tidak terlalu kembang. Just nice!

'Mata dia... tak bulat dan sepet sikit. Sikit je!
Warna mata dia.. coklat. Bukan coklat yang biasa biasa! Lagi hurmm.. hah! Mata dia kenyit kat aku. WHAT? Kenyit?!'

Pantas tubuh dijauhkan dari rapat dengan Tengku Harris. Air liur ditelan berkali kali.
Kakinya pula dihalakan ke arah kerusi dan pantas Adell duduk.

Tengku Harris pula tersenyum jahat melihat tingkah laku Adell.
'Takkan orang kenyit mata je dah tak tentu arah?'
Harris menggeleng perlahan. Kaki juga dihalakan ke kerusi miliknya yang besar itu.

Muka Adell ditenung bagai nak tembus. Adell pula seperti cacing kepanasan apabila bossnya tidak henti memandangnya.

  'Baik dia sendiri yang mulakan cakap'
Desis hati Adell.

"Err.. saya minta maaf kalau apa yang Tengku dengar tadi dah sakitkan hati Tengku. Lepasni saya janji, kalau nak cakap apa apa saya pendang belakang dulu!"

Kata Adell senafas tanpa memikirkan apa yang dikatakan dan menghadiahkan senyumannya. Tangan pula diangkat tanda dia berjanji dan akan mengotakan apa yang dicakap.

"Dan dengan memandang belakang sebelum cakap dulu.. senanglah kau nak kutuk kutuk orang lagi kan?" Tanya Harris tegas dengan kening diangkat tanda menyoal.

Mati terus senyuman di bibir Adell. Iyelah.. Tangan diturunkan perlahan. Rasa bersalah mula bertandang di hati.

Melihat muka Adell yang seakan rasa bersalah itu. Pantas Harris memulakan percakapan.

"Once again I heard you curse my family.."

Adell mendengar dengan teliti apa yang bakal disambung Tengku Harris dengan perasaan yang berdebar debar.

Harris memandangnya dan.. "... siap kau!"

Kemudian matanya difokuskan ke komputer miliknya yang telah dibuka sejak tadi.

Terpana Adell dibuatnya.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now