Bab 28

17.9K 512 4
                                    

"Saya rasa encik dah salah faham ni." Celah Harris apabila Adell bagaikan kaku di duniannya sendiri. Dia perasaan itu.

"Habis, apa hubungan awak berdua untuk duduk berduaan dalam bilik ni? Atau ada orang lain selain awak berdua dalam bilik ni?" Kata salah seorang dari mereka dengan nada sedikit angkuh.

Harris sudah mengetap bibir menahan geram. Kalau bukan sebab orang pejabat agama ni baya-baya bapanya, sudah lama agaknya mereka dihembur. Muka diraup kasar, sempat matanya menjeling sekilas Adell yang dari tadi mendiamkan diri.

"Okay listen.. saya boleh jelaskan. Sebenarnya, saya datang sini just untuk selamatkan dia dari lelaki yang cuba buat tak senonoh pada dia! Just that! Dan saya dah nak balik ke bilik saya di sebelah dah pun tapi tiba-tiba encik semua datang!" Jelas Harris dengan nada tertahan-tahan. Tajam matanya menikam setiap pandangan mata lelaki di depannya sebelum matanya hinggap pada Adell.

Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri sebelum memandang lama tubuh Harris dan Adell.

Harris pantas mengalihkan pandang pada tubuhnya. Pelik melihat lelaki-lelaki itu memandangnya.

"Macam mana kami nak percaya ya? Dengan keadaan awak macam ni.. rambut serabai, seluar pendek. Yang si gadis pula, tudung dah kusut masai." Kata ketua mereka lagi dengan nada jengkel.

Harris sudah bercekak pinggang. Memang menguji kesabaran betul pak cik-pak cik tua ni! Ya Allah.. dugaan apakah ini?
Dia sendiri sudah mati akal ingin membela diri.

"Dengar sini ya.. saya boss kepada dia, dan dia pekerja saya atau lebih tepat lagi, personal assistant saya! What on earth saya nak......buat tak senonoh pada dia?!" Kini, kesabarannya semakin menipis.

"Tengku..." panggil Adell perlahan membuat Harris terus menoleh.

"Why?" Soalnya prihatin. Wajah Adell yang sudah mula menitiskan air mata dipandang dengan riak serba salah dan dia sudah dapat menganggak sesuatu, ini pasti kerja Hadi!

"Macam ni lah anak, lebih baik kamu berdua telefon kedua ibu-bapa kamu. Senang nak uruskan pernikahan nanti."

Zapp!!

Serasa ingin terhenti jantung Harris mendengar ayat lelaki itu. Terus dia memandang Adell. Kalau dia sebagai lelaki pun sudah terkejut begini, apatah lagi gadis muda seperti Adell? Memang benar telahannya, makin lebat air mata yang menuruni mata Adell. Dapat dilihat kepala Adell tergeleng-geleng.

"Pak cik... saya tak buat benda tu! Berapa kali kitaorang nak explain?! Saya masih tahu beza halal dan haram!" Jerit Adell yang sudah teresak-esak.
Terdiam Harris melihat jerkahan Adell itu. Tu dia, apabila perempuan sudah hilang sabar.

"Sebab tu saya minta anak call kedua ibu bapa. Kita bincang sama-sama." Masih tenang lelaki itu menuturkan kata membuatkan kesabaran Adell hilang. Tanpa rasa ingin memanjangkan bualan, terus dia berlari masuk ke dalam bilik air. Tidak betah dia berlama disitu. Dia perlukan masa dan ruang sendiri!

____________________________

"What?! Ya Allah Harris okay tak ni? Adell macam mana?!" Harris pantas menjauhkan telefon dari telinganya. Mummynya ni kalau dah terkejut, boleh pekak telinganya.

"Mummy, Harris okay! Mummy boleh tak.. just datang je sini. Harris meluat tengok muka diorang dah mummy!" Balas Harris sedikit kuat.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now