Bab 61

21.9K 580 7
                                    

DERETAN selendang yang baru disusun oleh pekerja-pekerjanya diteliti satu-satu. Ini adalah koleksi terbarunya yang dinamakan Kaysra Shawl. Nama itu diambil oleh sempena namanya sendiri. Saja feeling-felling Neelofa. Hehe.
Dan hari ini, dia ingin memilih salah satu warna yang cantik dan sesuai untuk dia padankan dengan baju kurung yang baru dibelinya semalam bersama Hani.

"Wahh Cik Adell, nak pakai pergi mana focus betul pilih tudung?" Dewi mengusik. Kelakar melihat gelagat bossnya yang tekun.

Adell senyum tanpa memandang Dewi.
"Untuk pakai ke majlis pertunangan adik ipar saya, Dewi." Jelas Adell tanpa sedar.

Membulat mata Dewi mendengarnya. Begitu juga dengan Nisa yang sedang menggantung helaian tudung di hujung sana. Terhenti segala pergerakkannya.
Mereke berpandangan sesama sendiri sebelum Dewi bersuara.

"Adik ipar?"

Senyuman Adell mati. Sedar dengan ketelanjuran kata-katanya, Adell gelak. Menutup kebenaran dan malu.
Lantas badan yang bongkok tadi ditegakkan dan laju berpaling memandang Dewi dan Nisa.

"Takk, maksud saya. Adik ipar sepupu saya. Bukan adik ipar saya.. ha!"

Terangguk-angguk Nisa dan Dewi. Terkejut beruk dibuatnya. Ingatkan majikan mereka sudah berkahwin!

Bunyi loceng dari pintu membuatkan tiga kepala menoleh serentak.
Muncul seorang pelanggan wanita yang cantik.
Skirt pendek bewarna hitam yang dipadankan bersama blouse putih menampakkan tubuh wanita itu kelihatan cantik atau lebih tepat lagi, slim!

Rambut yang beralun pula dilepaskan lembut melepasi bahunya membuatkan rambutnya bergerak-gerak apabila dia memusingkan kepalanya kekiri dan ke kanan.
Wajahnya, cantik! Manis.

Seketika, muncul kerutan di dahi Adell. Dia seperti pernah nampak wajah gadis ini baru-baru ini.
Laju otaknya memproses namun hampa, dia tidak dapat mengingat dimana dia melihat gadis ini.
Malas mahu berteka teki, Adell merapati pelanggan pertamanya pada hari ini.

"Hai, cik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Mesra Adell menegur.

Gadis itu hanya membalas dengan senyuman sambil mata meliar memandang deretan-deretan tudung yang tersusun cantik itu.

"I nak tudung yang simple. I mean, yang senang untuk I pakai." Jelas gadis itu membuatkan Adell mengangguk faham.

Ni mesti baru berjinak-jinak ingin memakai tudung. Tanpa berlengah, Adell bergerak ke kiri sikit mengambil beberapa helai tudung keluaran barunya dan ditunjukkan kepada gadis itu.

"This is our new collection hijab, and it just basic simple shawl. So, tak ada masalah untuk Cik nak pakai. Plus, jahitan kami yang kemas akan buatkan Cik lebih selesa untuk pakai."
Adell menunjukkan jahitan di tepi tudung.

Gadis itu mengangguk faham sebelum senyuman manis terbit di bibir.

"I bukan apa, I baru nak berjinak-jinak pakai tudung ni since my future husband pun suka tengok bila I berhijab."

Adell mengangguk faham. Mengertilah dia masalah gadis ini.

"Don't worry sis, hijab kami kualiti memang terbaik. Warna pun banyak kami keluarkan. If you want pastels, dark or anything else.. semua ada."

"Ermm, since my future husband suka warna pastel, then I go with pastels onelah." Sejurus selepas itu, terus gadis itu mengambil beberapa helai tudung bewarna pastels lalu diserahkan kepada Adell.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now