Ep.11 Kaixa

2K 86 9
                                    

Di satu lorong gelap, dos memegang satu tali pinggang dan memasangkannya. Kemudian dos mengeluarkan telefon bimbit dan memasukkan kod "432" dan meletakkan telefon bimbit itu pada bahagian "kepala" tali pinggang itu.
Tali pinggang itu mengeluarkan cahaya kuning dan memakaikannya sut tempur.

Uno: macam mana dengan sut tu?

Dos: 100% berfungsi.

Uno: bagus, kau tahu apa misi kau yang seterusnya.

Dos: sudah tentu.

Uno: teruskan...

Lebuh raya cyberaya.
11:23 p.m.

Ali dalam perjalanan pulang ke rumah dari akademi, nampaknya ali telah pulih sepenuhnya dan boleh pulang ke rumah, ali tidak risau jika dia tidak pulang ke rumah kerana ayahnya agak sibuk dengan kerja di pejabat sehingga balik rumah pum hanya untuk makan dan berehat sekejap. Apabila ali melepasi terowong, tiba-tiba ali perasan ada seseorang berdiri di tengah jalan dan memegang senjata, orang itu terus menghalakan senjatanya ke arah ali dan menembaknya, ali melompat dari motor dan berguling di atas jalan. Ali segera bangun untuk melihat siapakan orangnya, tetapi penyerang itu memakai topeng.

Ali: siapa kau, apa yang kau nak!?

???: kau boleh panggil aku kaixa, tapi aku rasa kau takkan ingat nama aku lepas aku selesaikan kau.

(kaixa mengeluarkan pedangnya dan terus menyerang ali, ali mengelak setiap hayunan darinya dan ali cuba menyerang balas tapi setiap tumbukan dan tendangan tidak memberi kesan kepada kaixa, kaixa menendang ali,ali cuba menahan tendangan tersebut tapi tendangan itu terlalu kuat untuknya, ali tercampak ke pembahagi jalan. Kaixa berjalan ke arah ali dan meletakkan pedangnya di leher ali.)

Kaixa: ada kata-kata terakhir?

Ali: selamat tinggal.

(ali menendangnya di bahagian perut dan mengeluarkan super yoyonya dan menghayunkan super yoyonya di bahagian topeng kaixa, topeng itu pecah dan menunjukkan muka di sebalik topeng itu.)

Ali: kau rupanya,DOS!

Dos: nampaknya kau dah tahu,jadi aku kena hapuskan kau.

Dos terus menyerang ali tanpa henti, ali mengelak kesemua serangan dari dos. Kemudian ali berlari ke arah motor dan mengaktifkan 'blaster mode'. Pelancar roket keluar dari bahagian sisi motornya dan menembak ke arah dos. Ali terus menerus menembak ke arah dos, dos berlari untuk mengelak dari tembakan roket tersebut. Apabila peluru roketnya telah habis, ali terus melarikan diri dari situ. Dos keluar dari tempat berlindung dan melihat ali telah tiada di situ.

Dos: tak guna kau budak.

Ali memecut ke akademi, sebaik sahaja ali sampai ke akademi, ali terus meminta khai mengisi semula peluru roketnya.

Khai: kau okay tak ali?, aku tengok macam gelabah je.

Ali: aku kena pergi jumpa general kejap.

Khai: okay.

Dengan itu ali, terus bergerak ke bilik general rama. General rama sedang duduk di dalam biliknya dan pintunya di ketuk.

General rama: masuk.

Pintu di buka dan ali masuk ke dalam bilik itu.

General rama: oh kamu rupanya ali, ada apa.

Ali: saya diserang waktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

General rama: apa!, siapa yang serang kamu?

Ali: dos.

General rama: dia seorang sahaja?

Ali: ya, tapi mereka ada senjata baru.

General rama: senjata baru?

Ali: ya, mereka telah bina sut tempur dan dos gunakan sut tempur itu untuk menyerang saya.

General rama: ada apa-apa lagi?

Ali: apabila dos memakai sut tempur tu, dia menggelar dirinya kaixa.

General rama: kaixa.....

Ali: kenapa general?

General rama: tiada apa, saya nak kamu rahsiakan dulu hal ini.

Ali: baik general.

General rama: kamu boleh bersurai.

Dengan itu ali berjalan keluar dari bilik general rama dan bergerak semula ke bengkelnya di mana dia meminta khai mengisi semula peluru roketnya.

Ali: dah siap ke khai?

Khai: dah siap, tapi kenapa tiba-tiba peluru ni habis, dan aku tengok rekod penggunaan, kau baru guna 20 minit yang lepas. Kau ada buat sesuatu ke dengan senjata ni ke?

Ali: maaf khai, aku tak boleh bagitahu. Aku kena pergi, jumpa esok.

Sebelum khai sempat berkata apa-apa..ali terus memecut keluar dari bengkel itu dan terus pulang ke rumah.

Khai: (apa yang ali sembunyikan?) Kata khai di dalam hati.

Keesokkannya..
Kolej technology cyberaya.

Ali dan victor berjalan keluar dari kelasnya, hari ni kelas mereka habis lebih awal dari biasa jadi mereka berdua merancang untuk lepak di cafe yang baru di buka di tengah bandar cyberaya. Tiba-tiba mereka terlihat alicia sedang berjalan ke arah mereka.

Alicia: Ali Bin Ghazali, kau ikut aku sekarang!

Ali: kenapa ni alicia.

Alicia tidak menghiraukan soalannya dan terus menarik tangan ali.

Ali: alicia kenapa ni?, victor jumpa kat sana..

Victor: okay..nanti call ye.

Alicia berhenti di tempat ali memakir motornya.

Ali: kenapa ni alicia, saya ada buat salah ke?

Alicia: memang ada, khai bagitahu saya yang awak jumpa dia untuk isi semula peluru roket dekat motor awak ni, apa yang jadi malam semalam?,bagitahu saya sekarang.

Ali: saya nak minta maaf sebab tak bagitahu awak tentang hal ni,saya cuma taknak awak risau. Sebenarnya, saya kena serang dengan dos waktu dalam perjalanan balik ke rumah.

Alicia: awak tak apa-apa kan.

Ali: saya okay, cuma dos serang saya gunakan senjata baru yang saya yakin ia ciptaan jenny.

Alicia: senjata baru?

Ali: ianya sejenis sut tempur, waktu dos gunakan sut tu masa serang saya, dia jadi sangat kuat, kesemua serangan saya tak berkesan, jadi saya terpaksa gunakan roket tu untuk selamatkan diri.

Alicia: nasib baik la awak tak apa-apa, awak buat saya risau tahu tak.

Ali: jangan risau, saya selamatkan, takde apalah.

Alicia: hebat tak lakonan saya tadi.

Ali: lakonan apa?

Alicia: Aliiii, kenapa lah awak ni kadang-kadang slow, tadi saya saja berlakon depan victor supaya taknak kantoi yang kita ni couple.

Ali: ooow tadi tu, hebat lakonan awak tadi.

Alicia: hish awak ni, Benda macam tu pun tak dapat tangkap.

Ali: ala awak ni, awak tu tiba-tiba je marah saya, saya pun jadi blank la.

Alicia: ye la, maaf ye sebab marah awak macam tu.

Ali: dimaafkan, nasib baik la kesayangan.

Alicia: okaylah awak, saya kena buat assignment dengan yana, jumpa kat akademi ye.

Ali: okay, saya pun kena jumpa victor ni. Bye

Alicia: bye.

Dengan itu, ali menghidupkan enjin motornya dan meluncur keluar dari kawasan kolej dan pergi berjumpa victor, tanpa dia menyedari kaixa sedang perhatikan alicia dari atas bumbung sebuah bangunan.

Kaixa: Ejen alicia, giliran kau yang seterusnya..

Bersambung...

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now