Ep.17

1.6K 72 2
                                    

Jet pejuang itu mendarat di sebuah kawasan lapang. Ali,alicia,ridzuan dan general rama berjalan keluar dari jet tersebut dan pergi ke sebuah rumah. Mereka berhenti di hadapan pintu rumah itu, general rama mengetuk pintu dan ada seorang perempuan membuka pintu tersebut.

???: Abang rama.

General rama: Adik, dah lama tak jumpa, kenalkan ini alicia,ali dan ridzuan.

???: alicia, kamu dah besar, berapa umur kamu sekarang.

Alicia: 19.

Ali: general, boleh saya tahu siapa dia?

General rama: ini adik saya, kristina.

Alicia: aunty kristina, ya baru saya ingat nama aunty.

Kristina: takpe, eh buat apa kita berdiri di luar ni, jom masuk ke dalam.

Mereka semua masuk ke dalam rumah itu dan duduk di sofa di ruang tamu rumah itu.

Kristina: abang hantar signal s.o.s pada adik, apa yang berlaku?

General rama: HQ M.A.T.A di serang dan di tawan oleh uno.

Kristina: macam mana dengan ejen lain?

General rama: semua dah ditangkap.

Kristina: nampaknya uno memang nak hapuskan M.A.T.A

General rama: nampaknya begitu lah.

Ali: tak selagi kami bertiga masih ada.

Kristina: apa kelebihan mereka abang?

General rama: mereka mempunyai teknologi yang telah lama di batalkan sebelum iris dicipta.

Kristina: nanti..maksudnya project Masked Rider?

General rama: ye.

Kristina: jangan bagitahu saya yang M.A.T.A hidupkan semula project tu.

General rama: bukan, tapi uno yang menghidupkan semula project tu tapi mereka bertiga berjaya merampas 3 dx belt yang telah berjaya dicipta.

Kristina: Faiz,Kaixa dan delta kan?

General rama: ye.

Kristina: jadi sekarang 2 orang ejen ni termasuk alicia dah jadi masked rider?

General rama: ye dan mereka sahaja lah harapan untuk selamatkan M.A.T.A

Kristina: boleh saya tahu siapa pemegang faiz di antara korang?

Ali: saya.

Kristina: boleh saya tengok dx belt kamu?

Ali: boleh (kemudian ali menyerahkan dx beltnya kepada kristina)

Kristina: hmm...ali, nampaknya faiz masih belum cukup sempurna.

Ali: apa maksud aunty?

Kristina: begini, faiz sebenarnya masih ada lagi 2 tahap perubahan barulah ia sempurna.

Ali: 2 tahap?

Kristina: ya, ianya digelar sebagai axel form dan blaster form.

Ali: tapi macam mana saya nak capai tahap tu?

Kristina: kamu akan tahu nanti.

Alicia: kalau ali berjaya mengakses tahap tersebut, adakah kitorang ada peluang untuk kalahkan uno.

Kristina: bukan sahaja berpeluang malah korang pasti boleh. Sebab orga dengan psyga adalah project yang gagal dan tidak sempurna.

Ridzuan: nampaknya kita dah tahu sesuatu tentang itu dan ia boleh memberi kita kelebihan.

Ali: akhirnya, ada jugak cara untuk hentikan mereka.

Sementara itu di HQ M.A.T.A

Kesemua ejen dan ketua teras berada di dalam cell tahanan. Cell tahanan tersebut di kawal oleh rio troopers.

Khai: apa kita nak buat ni, kita tak boleh keluar dari sini.

Moon: jangan risau, aku percaya pada ali, aku yakin dia akan datang selamatkan kita.

Dayang: tak sangka kita tewas di tangan uno macam tu je.

Zain: apa kita boleh buat, dia ada kelebihan.

Uno: seronok berbual?

Rudy: kau...kenapa kau buat macam ni...kau...AKU DAH ANGGAP KAU MACAM IDOLA AKU!, aku tak sangka kau sanggup buat macam ni.

Uno: aku tak kisah kau nak merayu sekali pun, kau tetap akan berada dalam ni.

Rudy: tak, ali akan selamatkan kami dan waktu tu kau akan terima balasannya.

Uno: hmmph, tadi pun dia dah kalah, inikan pulak nak selamatkan korang semua, korang cuma boleh tengok aku ambil nyawa dia depan mata korang semua.

Zain: kau akan terima balasannya Djin.

Uno: Djin dah mati, yang tinggal hanya uno.

Dengan itu uno berlalu pergi dari situ dan meninggal mereka semua di dalam cell tahanan.

Kembali semula kepada ali.

Ali sedang baring di dalam bilik yang di sediakan oleh aunty kristina dan berfikir.

"Macam mana aku nak akses axel form dengan blaster form"

Tiba-tiba ali terdengar sesuatu di dapur, ali terus bangun, mengambil dx beltnya dan pergi ke dapur. Ali bersembunyi di sebalik dinding dan gunakan iris untuk imbas keadaan sekeliling. Dan ali melihat ada seorang perempuan yang ali pasti itu bukan kristina tapi seseorang yang seperti dia pernah lihat.

Ali: nanti...itu..jenny.

Ali terus memasangkan dx beltnya kemudian memasukkan kod 555 pada telefonnya dan memasang faiz driver pada dx belt itu dan ali berubah menjadi Faiz. Ali mengaktifkan blaster mode pada faiz driver, dia menukar bentuk drivernya dari telefon ke sepucuk pistol dan terus pergi ke arah jenny. Faiz mengacukan Faiz driver ke kepala jenny.

Faiz: apa kau buat dekat sini?

Jenny: nanti ali, dengar dulu, aku datang nak tolong kau.

Faiz: aku takkan percayakan kau lagi, pembelot.

Tiba-tiba ridzuan,alicia,general rama dan kristina keluar dari bilik mereka dan melihat ali dalam bentuk faiz dan sedang mengacukan drivernya ke arah jenny.

General rama: jenny!,apa kau buat di sini.

Faiz: dia menyelinap masuk ke dalam rumah ni.

Jenny: tolong percayakan aku ali, aku nak tolong kau kalahkan uno.

Faiz: hmmph!, kau dah belot pada M.A.T.A dan kau hampir buat ejen bakar terbunuh, macam tu aku patut percayakan kau!?

Jenny: aku tahu aku salah, tolong maafkan aku, aku memang nak tolong korang semua dapatkan M.A.T.A semula, tolonglah percayakan aku, uno dah melampau, dia bukan sahaja nak hapuskan M.A.T.A tapi dia nak hapuskam seluruh cyber raya ni.

General rama: ali, turunkan senjata.

Faiz: tapi general..

General rama: ini arahan.

Faiz terpaksa akur dengan arahan itu dan menurukan senjatanya. Dia memisahkan drivernya dengan dx belt itu dan berubah semula kepada ali.

General rama: jenny, macam mana cara nak tewaskan uno.

Jenny: dengan mengaktifkan axel form dan blaster form faiz.

Bersambung....

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now