Ep.12 Faiz

2K 84 11
                                    

Kesemua ejen sedang berkumpul di bilik misi kerana general rama ada sesuatu nak beritahu mereka.

General rama: semua sudah berkumpul?

Ejen karya: sudah.

General rama: bagus, tujuan saya memanggil kamu semua adalah untuk memberitahu sesuatu yang amat penting. 5 hari lepas, ali memberitahu saya bahawa dia telah diserang oleh dos dalam perjalanan pulang ke rumah, dan dos menyerangnya menggunakan senjata terbaru mereka. Ianya sejenis sut tempur yang sangat canggih. Dah sampai untuk kamu tahu kebenarannya,
Sebenarnya, M.A.T.A pernah menghasilkan sut tempur tersebut tapi ujian awal telah mendapati ianya berisiko untuk diteruskan. Tapi saya telah meminta ejen rizuan melakukan siasatan dan mendapati mereka telah berjaya membina 4 lagi sut tempur. Iaitu faiz,delta,psyga dan juga orga. Saya tak pasti apa yang mereka mahukan tapi saya dapat rasa mereka ada rancangan yang besar. Itu sahaja yang saya nak beritahu kamu semua boleh bersurai.

Dengan itu mereka semua keluar dari bilik misi kecuali ali,alicia,bakar dan rizuan.

General rama: saya ada maklumat penting untuk kamu. Semasa ejen rizuan melakukan siasatan, ejen rizuan sempat menanda dos dengan alat pengesan supaya kita dapat ikut jejak mereka dan berada selangkah di hapadan mereka. Dan alat pengesan yang ejen rizuan lekatkan pada dos telah merakam rancangan mereka, mengikut rakaman suara tersebut, pada malam ini dos,trez dan komeng akan melakukan rompakan di makmal nuklear di bahagian barat cyberaya, dikatakan makmal tersebut ada menyimpan besi vibranium yang sukar dijumpai.

Ali: besi itu antara besi terkuat di dunia.

General rama: tepat sekali, mereka mahukan besi tersebut untuk menjayakan rancangan mereka. Jadi saya mahu kamu ke sana dan halang mereka. Bertindak segera!

BAIK!

Makmal nuklear barat cyberaya.
22:45 p.m

Ali,alicia,bakar dan rizuan sedang menunggu kehadiran dos,trez dan komeng. Setelah 5 minit menunggu mereka melihat sebuah van berwarna hitam memasuki kawasan makmal tersebut. Dan mereka melihat dos,trez,komeng dan konco-konconya keluar dari van tersebut. Dan ali terlihat komeng membawa 2 beg bimbit yang tertulis "faiz" dan "delta" pada beg itu.

Ridzuan: itu mereka, mari.

Dengan itu mereka memasuki makmal tersebut menggunakan laluan alternetif.

Pengawal-pengawal di makmal tersebut cuba menghalang mereka dari mendapatkan vibranium tersebut. Pengawal-pengawal tersebut terus menembak untuk menghalang mereka. Dos,trez,komeng dan konco-konconya berlindung di sebalik dinding.

Komeng: bro semua, bersedia untuk gunakan rio troopers. (Beritahu komeng kepada konco konconya)

Dos: tak perlu, biar aku uruskan ini.
(Dos berkata sambil menunjukkan kaixa dx belt)

Semua pengawal tersebut berhenti menembak untuk memeriksa keadaan. Dos keluar dari tempat berlindung dengan kaixa dx belt di tangannya. Dia memasang dx belt padanya dan memasukkan kod 432 pada telefon itu, dan menekan butang 'enter' pada telefon tersebut. "Standing by",

Dos: Kaixa.

dos mengabungkan telefon itu dengan dx belt tersebut. Cahaya berwarna kuning keluar dan dos terus berubah menjadi kaixa. Kaixa mengeluarkan pedangnya dan terus menyerang pengawal pengawal tersebut. Tembakan dari semua pengawal itu tidak berkesan pada kaixa. Kaixa tamatkan nyawa pengawal tersebut satu per satu. Selepas selesai, trez,komeng dan konco-konconya keluar dari tempat berlindung.

Komeng: bagi la chance aku jadi delta.

Kaixa: uno arahkan aku bukan kau.

Komeng: cis.

Ejen Ali: Side StoryWhere stories live. Discover now