BAB 3.2

408 40 7
                                    

"Aku balik dulu la Yun. Tak manis la kalau orang nampak kita berdua-duaan macam ni."

"Orang? Mana?"

"Ishh kau ni. Dah, dah..aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

     
Khalis yang paling lambat balik sebab nak sembang sikit dengan aku tadi. Yang lain semua terus balik lepas aku berhenti menangis. Rasa bersalah ke? Entah.

     
Aku duduk di atas tangga di luar rumah. Aku pandang sekeliling. Sunyi betul kawasan rumah aku ni. Sebenarnya seberang jalan rumah aku ni ada dua buah rumah kayu. Tapi penghuninya dah lama meninggal, sejak aku bersekolah rendah lagi. Dulu tak sunyi sangat macam ni. Masa orang tua tu ada selalu juga aku melawat rumah mereka.

     
Dekat rumah Nek Gayah aku selalu dapat makan roti homemade, dekat rumah Nek Kinah dan Tok Amin pula aku selalu dapat makan buah-buah dari kebun dan rendang landak hasil jerat Tok Amin. Tapi kalau diorang nak bagi durian aku tolak awal-awal. Aku memang tak boleh makan durian, bau dia saja pun dah boleh buat aku pening kepala dan loya. Tak tahulah kenapa, sejak kecil macam tu. Yang bestnya orang-orang tua tu yang selalu jemput aku pergi rumah mereka. Jadi mak aku tak bolehlah nak marah atau menolak. Dengan mereka sajalah aku dapat menumpang kasih.

     
Tapi kadang-kadang kalau datang mood meroyan, ada jugalah mak aku kurung aku kat luar. Mak aku kunci pintu awal-awal jadi masa dah balik rumah tu aku tak dapatlah masuk. Dah agak-agak dekat waktu tidur barulah mak buka pintu. Sampai aku jadi tak takut lagi dengan gelap walaupun masa tu aku baru berumur tujuh tahun.

     
Nek Gayah, Nek Kinah dan Tok Amin selalu cakap benda yang sama. Rindukan cucu-cucu dan anak-anak yang jarang pulang ke kampung. Aku selalu nampak rumah diorang meriah masa Hari Raya saja. Manalah tak rindu. Nek Gayah meninggal masa aku darjah tiga, Nek Kinah masa aku darjah lima, dua bulan lepas tu Tok Amin pula menyusul. Lepas tu aku dah tak nampak lagi sesiapa tinggal dekat rumah-rumah tu. Iyalah, siapa saja nak tinggal dekat ceruk kampung macam ni? Nak ke pekan jauhlah juga, ambil masa 45 minit macam tu. Tapi dekat pekan tu memang macam-macam dah ada. Restoran makanan segera bersepah, mall pun ada. Nak tengok wayang pun dah senang, tak macam masa aku sekolah rendah dulu. Waktu tu hanya ada pasaraya kecil dan kedai-kedai keperluan harian saja di pekan.

     
Tak semena-mena otak aku memainkan kenangan semasa Tok Amin menjemput aku ke rumahnya pada suatu hari. Masa tu aku baru darjah dua. Aku masuk ke rumah Tok Amin seperti biasa, dengan wajah yang gembira dan teruja.

 
"Tok! Nenek mana?"

 
"Nenek takde. Nenek keluar dengan kawan-kawan dia. Yun nak keropok tak? Tok ada beli keropok."

 
"Nak!" Aku mengambil tiga bungkus keropok jagung berperisa keju yang dihulurkan oleh Tok Amin. Salah satunya aku buka dan makan isinya.

 
"Yun baring tau. Tok nak urut Yun ni. Mesti Yun suka."

     
Aku letak keropok di tepi dan baring tanpa banyak soal. Tok Amin membuka butang dress aku dan melucutkannya ke bawah.

 
"Kenapa Tok buka baju Yun? Yun malulah." Aku bangun dan silangkan tangan aku ke dada, tanda aku malu.

 
"Nak urut kenalah buka baju. Takpe, Yun baring je. Tok nak urut ni."

     
Aku baring semula seperti yang disuruh. Kali ini seluar kecil aku pun dilucut sama. Aku dapat dengar Tok Amin bernafas makin kuat. Tangannya mula merayap pada sekitar bahagian dada aku. Sesekali tubuh aku dipicit-picit. Aku rasa tak selesa tapi aku diamkan saja.

 
"Tok...Yun tak suka pun. Tak mau urut boleh?"

 
"Kejaplah. Yun nak sihat tak? Kalau nak sihat, Yun kena bagi Tok urut Yun."

     
Aku mengangguk perlahan. Tangan Tok Amin mula menjalar ke bahagian bawah badan aku. Aku terasa sesuatu yang membuatkan aku makin tak selesa. Aku lihat Tok Amin cuba memasukkan jarinya ke bahagian sulit aku. Aku tutup mata, rasa nak nangis.

 
"Assalamualaikum!"

     
Cepat-cepat Tok Amin pakaikan semula seluar kecil dan dress aku apabila terdengar suara Nek Kinah memberi salam. Selesai aku memakai baju barulah Tok Amin ke depan membuka pintu.

     
Sejak dari kejadian tu kadang-kadang ada juga Tok Amin menjemput aku ke rumahnya. Katanya nak bagi keropok dan gula-gula banyak-banyak dan nak 'urut' lagi. Tapi aku tak pernah lagi pergi ke rumah Tok Amin semasa Nek Kinah tak ada. Aku tak nak. Aku rasa tak selesa walaupun masa tu aku tak tahu apa itu istilah 'cabul'.

     
Ya, aku tahu hidup aku teruk. Sejak kecil pun dah teruk.

*****

Sedang aku berbaring atas kusyen aku terfikir. Patutkah aku simpan saja Azly dan Atiqah dekat rumah ni tanpa perlu membunuh? Yelah, aku kan duduk sorang-sorang. Elok juga buat peneman di kala sunyi. Kalau nak lepaskan memang tak lah. Aku bukannya bodoh.

Malam ni aku rasa macam rajin pula jadi aku bercadang nak mandikan Atiqah. Lagipun aku rasa macam nak puaskan Atiqah lagi. Aku bangun dan turun ke bilik underground.

"Hello! Anybody home? Hehehe.." Aku menyapa Azly dan Atiqah.

"Laa..tak nak jawab ke? Oopss..lupa..mulut kena gam. Atiqah sayang..jom kita mandi." Aku tersenyum manis dekat Atiqah. Atiqah pula asyik menggeleng dan buat bunyi. Nampak macam nak menangis pun ada.

SINISTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang