PSK 2

143 14 22
                                    

Aku masih di hospital ini. Tidak dibenarkan pulang. Sejak aku tahu si Syafiq ni kawan kepada Airil, asyik nama Airil je dia sebut.

Contoh?

'Airil tak kasi awak pulang lagi. Airil yang suruh awak makan ni. Airil tu, airil ni.'

Menyampah aku!

Syafiq kata harini Airil akan pulang dari Paris. Dia datang untuk melawat aku.

Ceh. Semak je.

Pintu diketuk dan... Syafiq masuk.

"Nak apa?" Aku soal Syafiq.

Syafiq duduk di kerusi bersebelah katil aku.

"Farah. Saya nak cakap sikit."

"Cakap lah." Kata ku dengan nada dingin.

"Pasal Airil. Saya tahu awak masih sayangkan dia."

"Apa doktor merepek ni?"

"Saya tahu. Saya tahu semuanya. Saya sendiri jumpa kawan kawan awak. Mereka yang bagitahu saya. Kenapa awak memaksa diri untuk terus bencikan Airil?"

Aku terdiam. Dia... Dia jumpa kawan kawan aku? Tak guna!

"Bukan hal doktor. Jangan masuk campur hal saya." Kataku tegas.

Syafiq melepaskan keluhan.

"Saya tahu saya tak patut campur. Tapi tolong. Airil tu sayangkan Farah. Dia dan wife dia dah bercerai. Dia sangat sayang kan Farah. Dia nak tolong Farah. Dia masukkan Farah dalam hospital ni pun demi kebaikan Farah.

Tak boleh ke Farah terima je perasaan sayang Farah tu? Tak salah pun. Tak dosa pun Farah."

Syafiq seperti memaksa aku. Apa masalah dia?

Ini hal aku, bukan dia!

Aku hanya diam. Malas nak bercakap.

Seperti biasa. Syafiq melepaskan keluhan. Dan dia beredar.

Aku... Aku sayang Airil.

Jujur. Aku masih sayangkan dia. Mungkin aku keliru antara benci dan sayang.

Airil pulak sering muncul. Dia call, text aku. Buatkan aku rindu dia.

Aku tahu sesuatu pasal Airil. Sesuatu yang penting..

Pasal.. Penyakit Airil dan aku.

Aku boleh sembuh. Dia? Hm

Okay. Aku mula rasa bersalah.

Airil menghidap kanser hati tahap akhir. Dan aku? Hanya kemurungan dan tekanan jiwa.. Jiwa ke perasaan? Hm entah.

Dan Airil membantu aku. Aku dimasukkan ke hospital ini Kerana dia.

Dia kan kaya. Hospital ni bapak dia punya. Macam lah aku tak tahu.

Haih. Airil..

Kau ni lah. Hmm

"Farah... Bangun lah."

"Farah."

Aku tersedar bila mendengar nama aku disebut berkali kali.

Siapa?

Aku membuka mata. Dan..

"Airil?! Buat apa sini?" Soalku terkejut.

Bila mamat ni ada sini?!

"Saja. Nak melawat kesayangan saya ni."

"Kesayangan?"

[C] Perginya Sang KekasihWhere stories live. Discover now