Dakap Selalu

105 3 4
                                    

Buka lagu diatas supaya kalian memahami lagu ini. Ini semua hanyalah isi hati seseorang. Terima kasih.







Kedengaran seperti
Cintanya tiada lagi

Aku sedar akan perubahan kau. Makin lama makin aku nampak. Makin jelas, sayang dan cinta kau semakin nipis dan akan hilang. Kau berubah sejak kita gaduh besar untuk pertama kali. Dan sejak itu. Segalanya berubah. Dan aku dapat rasakan. Perasaan itu, sudah hilang. Diri kau penuh dengan ego. Kau nak menang. Dan kau nak tunjuk bahawa kau mampu jaga aku walaupun tanpa 'Cinta'.

Kita masih bersama tapi rasanya berbeza
Kau bukan seperti kamu
Ya mungkin manusia berubah
Tapi mengapa hatimu ikut sama,

Yaa, kita masih bersama. Masih dalam hubungan percintaan. Masih bertahan dengan perangai  jadah kau. Walaupun kita masih bersama. Rasanya, tidak seperti dulu. Kau tidak sama lagi seperti dulu. Keadaan kita, tidak sama seperti dulu. Kau bagaikan bukan kau. Aku fikir, aku sudah cukup kenal kau. Rupanya tidak. Ada sisi hitam kau yang aku tak nampak. Di sebalik muka baik kau, terdapat sisi hitam, yang tak siapa sangka. Aku tahu, manusia berubah. Sesiapa saja berubah. Tetapi sejak aku terima kau. Aku sering berharap agar hati kau, dan kau tidak ikut mereka yang lain. Kau.... Kecewa kan aku.

[C] Perginya Sang Kekasihजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें