45. Hospital

6.6K 220 1
                                    


Aina membuka pintu pejabat Tengku Hakimi apabila tidak mendapat jawapan daripada Tengku Hakimi.

"Abang," panggil Aina.

Aina memandang ke sekeliling pejabat itu. Dia terkedu apabila melihat jasad Tengku Hakimi terbujur kaku di lantai pejabat itu.

"ABANG KIMI!!"

Aina terus menerpa ke arah tubuh Tengku Hakimi. Dia terus memangku kepala Tengku Hakimi.

"Aizat! Adam!" panggil Aina, kuat.

Adam dan Aizat kebetulan mengikut Aina ke pejabat Tengku Hakimi. Mereka tidak masuk bersama-sama Aina kerana mahu memberi laluan kepada Aina untuk meminta maaf.

Adam dan Aizat terus menerjah masuk ke dalam pejabat itu. Mereka terkejut apabila melihat tubuh Tengku Hakimi yang kaku itu. Wajah Tengku Hakimi yang pucat itu membuatkan mereka segera bertindak.

Adam segera mendekati Aina lalu meminta Aina supaya membantunya membuat bantuan kecemasan. Manakala Aizat terus menekan intercom yang ada di telinganya untuk memberi arahan kepada orang bawahannya supaya menyediakan ambulans untuk Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi perlu dirawat segera. Nyawanya di hujung tanduk. Mereka perlu pantas bertindak supaya nyawa Tengku Hakimi dapat diselamatkan.

"Adam, macam mana ni? Abang Kimi.. abang Kimi tak bangun," rintih Aina. Air matanya sudah lama jatuh di pipinya.

"Tengku Hakimi kuat orangnya. Dia takkan mengalah. Sebab tuanku Aina ada di sampingnya," pujuk Adam.

Beberapa orang masuk ke dalam bilik itu. Mereka terus mengangkat Tengku Hakimi lalu terus membawanya ke ambulans yang sudah menunggunya di hadapan kediaman itu.

"Aina," panggil Tengku Juliana.

Aina yang mendengar suara Tengku Juliana terus menerpa ke arah Tengku Juliana. Dia terus menyembamkan mukanya di bahu Tengku Juliana.

"Abang Kimi, Ju.. Abang Kimi," kata Aina bersama esakan.

Tengku Juliana mengusap-usap belakang Aina, memujuk Aina.

"Jangan risau, Aina. Kanda Kimi akan okay. Dia akan okay," kata Tengku Juliana. Namun, dia tidak pasti akan kata-katanya.

Aina mengangkat kepalanya. Dia memandang Adam dan Tengku Juliana yang ada di situ. "Mana telefon aku? Aku nak call abang Amir."

Tengku Juliana mengisyaratkan Adam untuk pergi mengambil telefon bimbit Aina di kamarnya.

"Abang Amir kata dia ada kat sini. Dia ada conference. Mesti dia boleh selamatkan abang Kimi kan?" kata Aina.

Tengku Juliana hanya mengangguk. Namun, dia tidak tahu sama ada kata-kata Aina itu akan menjadi kenyataan ataupun tak. Dia tahu keadaan Tengku Hakimi. Tengku Hakimi sendiri memberitahunya beberapa hari lepas bahawa keadaannya semakin teruk.

Adam datang mendekati Aina. Dia menyerahkan telefon bimbit yang berada di tangannya kepada Aina.

"Thanks, Adam," ucap Aina lalu terus berlalu daripada situ. Dia terus mendail nombor abangnya itu.

Tengku Juliana dan Adam hanya memandang ke arah Aina itu.

"Awak rasa kanda Kimi akan survive ke?" soal Tengku Juliana kepada Adam.

Adam menggigit bahagian dalam pipinya. "I don't know, tuanku. Kita hanya mampu harapkan yang terbaik buat Tengku Hakimi. Moga-moga dia selamat."

Tengku Juliana senyum hambar. "Tahu tak, Adam, kadang-kadang saya rasa kesian tengok kanda. Dia dah banyak diuji. Penyakit dia, orang yang dia sayang tinggalkan dia and dia punyai tanggungjawab yang berat. Saya nak dia gembira. Tapi, macam-macam yang berlaku," kata Tengku Juliana sambil memeluk tubuhnya.

Bahagia Untuk AwakDonde viven las historias. Descúbrelo ahora