Part 2

827 27 0
                                    

"Aathif, mulai hari esok, ni lah sekolah Aathif." Ujar Aimi. Dia menunjuk tabika dihadapan mereka. Tidak semena mena air wajah Aathif berubah.

"Ibu, Aathif dah kena pergi sekolah ke esok?" Soal Aathif perlahan.

"Ya sayang. Aathif nak pandai tak? Kalau nak pandai, Aathif kena lah pergi sekolah." Lembut Aimi memujuk anak terunanya itu. Farah yang berdiri bersebelahan Aimi tersenyum melihat gelagat dua beranak itu. Dia terasa seperti ingin memiliki anak yang comel dan baik persis Aathif. Pandai sahabatnya mendidik anak walaupun tanpa seorang suami disisi.

"But ibu, I am still tired. Please. Let me rest for another two days?" Aathif petah berbicara. Cubaan untuk tawar menawar dengan ibunya itu.

"Kan Aathif dah rehat dua hari. Cukup la tu." Jawab Aimi.

"Tapi Aathif letih lagi. Dah la penat kemas rumah tadi tak hilang lagi. Please, ibu.." Rayu Aathif sambil menayang muka kesian. Farah menggeleng kepalanya. Timbul rasa kesian terhadap Aathif.

"Dah la Aimi. Kesian la Aathif tu. Kau daftar je dulu Aathif hari ni. Esok kau bagi la chance Aathif rehat dulu. Lusa, baru dia masuk belajar." Pujuk Farah.

"Please ibu.." Aathif menarik narik baju ibunya. Aimi tersenyum. Dia menggosok kepala Aathif.

"Promise me, the day after tomorrow you will go to the school."

"Yes ibu. I promise you!" Aathif senyum keriangan.

"Yeay!! Thanks Aunty Farah for helping me." Aathif mendapatkan Farah dan memeluk Farah.

"Jom kita masuk. Pergi daftar nama Aathif dulu ya." Ujar Aimi. Aathif menggangguk kepalanya.

**********

Setelah penat seharian bekerja, Rafiqin membuat keputusan untuk berehat sementara di sofa ruang tamunya. Perlahan lahan dia membaringkan dirinya sambil lengan kirinya di dahi. Entah kenapa dia mula terkenangkan seseorang. Seseorang yang jauh dari dirinya.

"Kamu dah balik? Dah solat maghrib ke Raf?", Soal mama Rafiqin, yang muncul dapur. Mungkin baru selesai mengemas dapur. Rafiqin tersentak dengan teguran mamanya membuatkan dia kembali ke dunia nyata.

"Haah. Raf dah solat dah kat pejabat tadi." Balas Rafiqin sambil posisinya kepada duduk.

"Kamu dah makan ke belum? Lauk kat dapur tu ada atas meja. Pergi lah makan dulu."

"Nanti la ma..Raf tak rasa nak makan lagi.." Jawab Rafiqin. Datin Ruzaifah perasan nada suara anak kedengaran sedih. Dia tahu anaknya masih lagi terkenangkan memori lalu.

"Raf, mama minta maaf. Mama tahu semua ni salah mama. Mama paksa kamu terima Alya sedangkan kamu dah ada isteri masa tu. Kalau lah mama tak paksa kamu, mesti kamu tengah bahagia kan sekarang ni. Mama menyesal. Mama dah silap menilai orang. Mama sangka Alya tu baik tapi tak sangka dia..."

"Hissshhh..mama..Dah la. Benda dah berlaku kan? Mungkin dah bukan jodoh kami. Sebab tu kami berpisah. Lagipun, Raf tau bekas isteri Raf tu sebenarnya ada lelaki lain. Sebab tu dia beria ia minta Raf terima Alya." Datin Ruzaifah sebak. Ya, semuanya salah dia. Dia yang menyebabkan keluarga anaknya itu hancur. Sungguh dia menyesal. Disangkakan Alya itu baik tapi rupanya dia hanyalah perempuan pisau cukur.

Rafiqin menjadi sakit hati bila teringatkan kejadian lalu. Di mana dia ternampak adegan mesra bekas isterinya dengan lelaki lain. Mungkin dia terlampau cemburu tetapi siapa sanggup bila melihat si isteri bergelak ketawa dengan lelaki lain. Patutlah bekas isterinya itu beria ia meminta dia untuk menerima Alya sebagai isteri kedua.

"Mama tak rasa yang dia ada lelaki lain. Mama tahu dia...."

"Dahla mama. Raf dah taknak bercakap pasal ni lagi. Raf naik dulu. Nak mandi.." Raf memotong percakapan mamanya. Datin Ruzaifah mengeluh melihat Rafiqin mula membuka langkah menuju kea rah biliknya yang berada di tingkat atas.

"Mana kamu sekarang ni, ya? Mama nak sangat ketemu dengan kamu.." Datin Ruzaifah sekali lagi mengeluh. Sungguh dia amat berharap untuk berjumpa kembali dengan bekas menantunya itu.

**********

Aathif semakin ralit menonton cerita Naruto. Mungkin dia terpengaruh dengan hobi ibunya yang suka menonton anime. Aimi bukan sahaja minat akan anime tetapi tergila gilakan juga drama jepun berbanding drama korea. Farah yang baru keluar daripada biliknya tergeleng kepala melihat kelibat Aathif. Farah mengambil tempat disebelah Aathif.

"Ibu mana, Aathif?" soal Farah, mengusap usap kepala Aathif.

"Ibu ada dalam toilet. Tengah berak kot." Farah gelak mendengar jawapan Aathif. Aduhai budak ni. Aathif tidak ambil peduli dengan gelak Aunty Farahnya. Scene di televisyen lagi menarik perhatiannya.

"Fuuhhh..lega dapat berak. Alhamdulillah..nikmat.." ucap Aimi, sejurus keluar daripada toilet. Dia cepat cepat menuju kea rah ruang tamu untuk sambung menonton Naruto.

"Oii berak. Busuk gilaa!!" Jerit Farah, bergurau.

"Weihh..biarlah aku berak busuk pun. Habis tu, kau berak bau wangi ke?", Balas Aimi, bersila di hadapan Farah.

"Haah..memang pun. Kalau aku berak, harum semerbak bak kasturi tau!"

"Aunty Farah..Aunty nak tahu tak, ibu kata ni la ayah Aathif.." Sebelum sempat Aimi menjawab, Aathif memotong percakapannya.

"Haaahh? Yang rambut kelabu ni? Yang mata dia buta sebelah tu?" Aimi ketawa mendengar soalan Farah.

"Haishh! Aunty ni. Nama dia kakashi lah. Mata dia tak buta la. Mata dia yang sebelah tu ada sharingan la. Dia boleh tiru teknik ninja orang lain tau." Jawab Aathif, panjang lebar.

"Hensem kan ayah Aathif ni. Sebab tu Ibu jatuh cinta dengan dia." Aimi tergelak. Farah mencebik bibirnya.

"Sebab tu Aathif pun hensem, kan ibu?"

"Haah. Anak ibu ni memang hensem sangat sangat." Aathif tersenyum hingga menampakkan giginya. Aimi meredupkan matanya. Sungguh. Wajah Aathif seiras dengannya. Daripada mata, hidung dan bibirnya. Aimi mengeluh. Farah perasan akan perubahan di wajah sahabatnya itu.

"Aathif, dah pukul 10 malam ni. You need to go to sleep now." Perintah Aimi. Terus hilang senyuman di wajah Aathif.

"But ibu, please let me watch another episode. Please.." Pujuk Aathif.

"No means no. It is getting late. You need to go to sleep now." Aimi mengeraskan suaranya. Mata Aathif mula berair. Farah terkesima melihat Aimi mengeraskan suaranya seperti itu. Dia tahu Aimi jarang sekali berbuat sedemikian.

"Hey Aimi. Calm down. Aathif dah nak menangis tu.." Teguran Farah menyedarkan Aimi. 'Ya Allah, apa aku dah buat ni?', desis Aimi. Dia menggosok mukanya. Terus dia bangun dan duduk mengadap Aathif.

"Aathif, I am sorry. Please forgive me, sayang. Ibu tak sengaja buat macam tu. I promise you, tomorrow we will continue watching Naruto again. Tapi Aathif tidur la dulu. Budak comel macam Aathif ni tak elok tau tidur lewat. Nanti dah tak comel dah." Pujuk Aimi, lembut. Aimi menyapu air mata di wajah Aathif.

"Aathif minta maaf. Sebab Aathif tak dengar cakap ibu. Aathif sayang ibu. I hate when you are getting angry. Ibu bila marah dah tak cantik. Aathif suka bila ibu senyum. Cantik". Aimi dan Farah tergelak. Pandai sungguh Aathif berkata kata. 'Ni bila besar mesti pandai mengayat awek ni', Farah tergelak.

"Kalau macam tu, come. Ibu teman Aathif masuk bilik. Hari ni Aathif nak ibu cerita pasal kisah Nabi apa?"

"Herm..hari ni Ibu cerita pasal kisah Nabi Musa, boleh?" Pinta Aathif

"Boleh sayang.." Aimi mendukung Aathif dan menuju ke bilik tidur Aathif. Farah mencapai remote dvd player untuk menghentikan cerita Naruto yang sedang dimainkan. Lalu dia menukarkan kepada siaran televisyen biasa.

Dia milikku.Where stories live. Discover now