Part 25

738 38 12
                                    

Aimi mundar mandir di ruang bilik kerjanya. Hatinya resah bila memikirkan apa yang akan berlaku nanti. Dia tahu Rafiqin pasti akan datang untuk berjumpa dengannya lagi. Semalaman dia tidak tidur memikirkan hal ini.

'Walau apa pun terjadi, aku takkan benarkan Rafiqin rampas Aathif daripada aku. Aathif hak aku! Rafiqin takde hak atas Aathif.' Aimi menggigit jarinya.

Dengan lemah dia kembali duduk di atas kerusi di meja kerjanya. Aimi mencapai dokumen yang harus dia siapkan. Aimi menampar lembut kedua dua belah pipinya.

'Fokus Aimi. Fokus.' Bisik hatinya. 'You are a fighter. Never lose to a someone like Rafiqin. Dont be afraid of him.' Aimi mengangguk angguk kepalanya. Dia mula membereskan kerjanya yang tertangguh daripada semalam.

**********
"Kak Siti, panggilkan Aimi ke bilik saya sekarang." Perintah Rafiqin sebelum dia melangkah masuk ke pejabatnya. Tepat jam 4.30 petang baru Rafiqin sempat sampai di pejabatnya. Sebolehnya dia mahu masuk kerja  awal pagi tetapi terdapat urusan di HQ yang dia harus selesaikan dahulu.

Rafiqin melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia mengeluarkan bingkai gambar Aimi dan Aathif yang dia ambil semalam daripada briefcasenya.

Rafiqin mengusap usap gambar tersebut. 'Aimi, kejamnya kau menyembunyikan anak aku daripada pengetahuan aku selama bertahun tahun. Sampaikan anak aku sendiri tidak kenal siapa ayah dia!' Rafiqin menggepal tangannya. Api kemarahannya bertambah. Sakit hatinya kian mendalam.

**********
Telefon pejabat di atas mejanya berbunyi. Lantas Aimi mengangkat gagang telefon itu.

"Hello.."

"Cik Aimi, Encik Rafiqin minta Cik Aimi ke pejabatnya sekarang.." ujar Kak Siti. Terus jantung Aimi berdebar debar. Degupan jantungnya makin tidak keruan sehingga dia dapat merasakan nadinya semakin laju.

"Hah? Hermm..baa..baik la. Terima kasih kak.." Gagang telefon diletak di tempatnya semula.

"Allah..Allah..Allah..apa yang harus aku lakukan ni?" Aimi kerisauan. Pada fikirannya, dia mungkin terselamat untuk tidak berjumpa dengan Rafiqin hari ini memandangkan jam menunjukkan lagi 30 minit sebelum jam 5. Namun, tekaannya meleset apabila mendapat panggilan daripada Kak Siti.

Dengan langkah lemah, Aimi menuju ke ruang pejabat Rafiqin.

**********
Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!", perintah Rafiqin. Pintu dibuka dan kelibat Aimi kelihatan. Aimi melangkah masuk. Pintu itu ditutup kembali. Aimi mendekati meja kerja Rafiqin dengan perasaan yang tidak keruan.

"Please have a seat." Rafiqin mempelawa Aimi kerusi di hadapannya. Aimi duduk tanpa bantahan.

"So, how was your day? Ehhh..no..no..no..it's supposed to be how was your sleep last night? Do you have a nice sleep?" Soal Rafiqin dalam nada sarkastik. Aimi hanya diam membatu. Dia hanya menunduk kepalanya. Tidak berani untuk memandang wajah Rafiqin.

"So, you are started to be mute, now? What happened kepada Aimi yang suka menjawab ni?" Sindir Rafiqin lagi. Aimi menggenggam erat tangannya. Dia tahu keadaan akan menjadi semakin teruk sekiranya dia membuka mulut.

"Wow..dah jadi bisu pula." Rafiqin semakin berang.  "I'm asking you! Look at me and answer my question, Aimi!" Jerkah Rafiqin.

"Okay fine! Kalau encik panggil saya sekadar nak sindir sindir saya, baik tak payah la. Buang masa saya!" Akhirnya Aimi bersuara setelah dia tidak tahan dengan provokasi yang dilakukan Rafiqin. Tipu la kalau dia tidak gementar di saat ini tapi sindiran Rafiqin menyakitkannya.

"You really do know how to test my patience, dont you?" Rafiqin memandang tajam ke arah Aimi.

"What do you mean?" Aimi membalas pandangan tajam Rafiqin.

"Ohh..pura pura buat tak tahu pulak? Okay..fine. It's okay." Rafiqin memperlahankan nada suaranya.

"You know what, aku akan bincang dengan lawyer aku untuk tuntut Aathif daripada kau.." ujar Rafiqin. Mata Aimi terbeliak.

"No! You cant do that!" Jerit Aimi.

"Ohh? Why?" Rafiqin mengangkat keningnya.

"He is my son!" Tegas Aimi.

"Then he is my son too!"

"Tak! Tak! Tak!" Aimi menggeleng kepalanya.

"Kau sembunyikan Aathif daripada pengetahuan aku selama bertahun tahun, dan sekarang kau nak denied yang Aathif tu anak aku? You are so fucking selfish!"

"No! Aathif satu satunya harta yang saya ada. Please, encik. Jangan rampas Aathif daripada saya." Rayu Aimi. "Saya minta maaf. Saya tak sengaja nak sembunyikan Aathif daripada encik. Lepas kita bercerai, saya sendiri tak tahu yang sebenarnya saya tengah pregnant masa tu. Please, encik. Saya merayu. Aathif nyawa saya.."

"Tak sengaja? Kau cakap kau tak sengaja?! Sedangkan kau ada banyak peluang untuk beritahu pasal Aathif kat aku. Kita bukan baru sehari dua berjumpa, Aimi. Its almost fucking 6 months now! Lagi kau cakap kau tak sengaja. Dalam masa 6 bulan tu, kau boleh je bagitahu aku pasal Aathif. Tapi kau? Pilih untuk sembunyikan dia sampai anak aku sendiri tak kenal aku ni ayah dia!" Rafiqin menghentak tangannya di atas meja.

"Kalau encik nak berjumpa Aathif, saya takkan halang tapi tolong..tolong jangan rampas Aathif daripada saya. Saya merayu, encik.."Rintih Aimi. Wajahnya sudah basah dengan air mata yang mengalir tanpa henti.

"No! I will claim him no matter what!" Tegas Rafiqin.

"Please encik, I'm willing to do anything. Tapi jangan pisahkan saya daripada Aathif. Saya merayu, encik.."

"Oh really?" Soal Aathif. Aimi mengangguk kepalanya.

**********
"Aathif, jom kita balik.." panggil Aimi. Aimi memimpin tangan kanan Aathif.

"Eh, uncle pun ada sekali?" Soal Aathif. Rafiqin yang berada di belakang Aimi tersenyum. Rafiqin bertegas mahu turut serta untuk menjemput Aathif petang itu. Dalam keadaan terpaksa Aimi hanya turutkan permintaan Rafiqin.

"Haah. Uncle rindu dengan Aathif. Ni yang uncle datang jumpa Aathif." Aathif ketawa kecil.

"Ibu, Aathif lapar..." rungut Aathif.

"Lapar? Jom kita pergi makan. Uncle belanja.." Belum sempat Aimi menjawab, Rafiqin sudah memotong percakapannya.

"Yeayy."Aathif melompat keriangan. Mereka bertiga berhenti di hadapan kereta Rafiqin.

"Eh, ni kereta siapa? Kereta ibu mana?" Soal Aathif.

"Ni kereta uncle. Tadi ibu datang dengan uncle." Jelas Aimi.

"Ooooo"

"Jom masuk dalam kereta." Rafiqin membuka pintu penumpang belakang. Dia mengangkat Aathif dan meletakkan Aathif di atas seat. Aimi mengambil tempat di sebelah pemandu. Rafiqin menghidupkan enjin kereta. Tidak lama selepas itu, mereka meninggalkan kawasan taska itu.

Suasana dalam kereta itu riuh dengan celoteh Aathif yang membuatkan Rafiqin tidak berhenti ketawa. Gelagat comel Aathif benar benar mencuit hatinya.

Aimi banyak mendiamkan diri. Perasaannya berperang antara satu sama lain. Pilihan yang diberi Rafiqin benar benar buat dia tersepit. Aimi buntu apa yang harus dia lakukan?

**********
P/s : i feel like there is something wrong with this part. Maaf kalau ada yang kekurangan. Still hoping you guys will enjoy this part. Kepala sis dah ting tong sebab terlampau mengantuk so that's why part ni kurang sket. Feel free to drop any comment and vote. Thank you guys. Kalau tetiba ada part yang sis edit lepas publish part ni, sis akan bagitau tapi kalau sis takde bagitau pape, maknanya takde edit la tu. 😂

Dia milikku.Where stories live. Discover now