part 12

3.7K 185 5
                                    

Nampaknya tinggal aku dan adikku, dah tiada lagi kedua orang tuaku. Mungkin mereka bahagia disana kerana dapat berjumpa, paksu nak kami tinggal bersamanya tetapi aku menolak kerana aku nak masuk pondok bersama adikku maka paksu aku pun setuju.

Hari ini, aku sudah 18 tahun. Alhamdulillah walaupun habib dan bonda tidak sempat melihat keputusan SPM aku, tetapi aku sudah berjaya buat mereka bangga dan gembira disana. Saat ini, baru aku sedar. Kawan boleh ganti berapa banyak kita nak dan mana yang kita nak tetapi kedua orang tua kita takkan pernah ada pengganti.

Hari pertama aku di pondok, alhamdulillah banyak benda aku pelajari. Alhamdulillah berkat doa habib dan bonda aku berjaya menghafal 10 juz Al Quran. Alhamdulillah aku sudah buat niatku memakai niqab. Alhamdulillah Allah masih menerimaku sebagai hambaNya. Tetapi perjuanganku belum berakhir di sini. Kisahku belum berakhirnya di sini.

Aku fikir hidup aku akan tenang tetapi aku jatuh kembali. Imanku jatuh kembali. Aku mengalah, aku kalah dengan duniawi. Aku buta dengan duniawi yang aku anggap syurga tetapi inilah syurga sementara.

Apa yang aku ingin sampaikan? Iya, cinta. Aku cuba untuk menjaga hati tetapi aku kalah. Aku fikir, aku dapat kawal diri ini semasa main media sosial. Niatku yang ingin menutup kerana Allah menjadi niat nak ikut trend di laman sosial, aku post gambar aku pakai niqab di ig, wechat, twitter dll walaupun menutup aurat dengan sempurna tetapi aku boleh pikat melalui mata dan followers aku di ig semakin hari semakin menaik, semakin ramai orang puji. Aku post ayat dakwah tetapi guna gambar aku seperti acah alim. Tetapi aku bukan acah alim kerana aku belajar di pondok, aku budak pondok.

Nampak tak cara aku cakap? Seperti riak. Memang riak tetapi aku kena juga teruskan kisah disebalik niqab hitam ini.

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now