part 29

2.3K 122 0
                                    

Author: Nurul Fitri Shafiza

Hari kedua aku bekerja disini tanpa masalah alhamdulillah. Aku melihat jam di tanganku menunjuk dah nak masuk solat zohor, aku pun nak pergi solat nanti apa orang cakap kan, pakai baju labuh, tudung labuh tapi tak solat (niatku tak ikhlas kerana niat sebenar nak dipandang baik allahu). Selepas habis solat aku kembali menuju ke kedaiku dan aku terlihat seorang lelaki berdiri di depan kedai aku lalu aku pun berlari anak ayam takut dia nak beli apa-apa di dalam kedai tersebut.

"ye encik beli apa? Maaflah saya solat tadi" kataku. Eh ni mamat semalam, kali ni dia bawa ibu dia for real?! Serious ah, aku ingat dia datang next week ke apa ke tapi kenapa nak datang sini lagi? Ke saiz baju tak cukup? Ke besar sangat?

"ni ke perempuan yang Fahmi cakap? Cantik orangnya" kata ibunya, "ehh ibu apa ni, orang nak tunjuk kedai ni je lah sebab baju yang Fahmi beli besar sangat kan haaa, awak saya nak tukar saiz boleh kan?".

Aku terpaku kat situ, yela apa maksud ibu dia? Aku tak kenal mamat ni dan tetiba ibu dia cakap macam tu. Aku buat biasa je dan masuk kedai beri baju yang sama saiz dengan ibu dia, MasyaAllah layanan ibu dia sangatlah baik. Dia bukan melayanku sebagai pekerja tapi dah macam anak sendiri. Hm rindunya bonda, dia serupa macam bonda. Bonda, mairah rindu. Bisik hatiku.

Lepas tukar baju dan lain-lain jadi mereka pun berlalu pergi. Lega hati aku sebab aku perasan mamat tu cuba nak pandang aku lepas tu tunduk. Aku segera capai phone dan beritahu semuanya apa yang terjadi pada hari ini dekat Qasidah. Excited sangat qasidah sampai dia ajak video call haha. Aku ingat dia jenis yang serious je rupanya lagi teruk dia masuk air haha dan ni sebab aku sayang sangat kat dia.

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now