part 25

2.7K 146 1
                                    

Author: Nurul Fitri Shafiza

[Around 6AM aku tersedar dari tidur]

Aku mimpi mereka, aku mimpi mereka berlari lari di tempat warna putih seperti di dalam syurga. Ya Allah habib dan bonda di dalam syurga! Bersihnya muka mereka suci sangat ') mereka pandangku, mereka tersenyum dan mereka hulurkan tangan tapi tiba-tiba aku ditarik, semakin jauh daripada mereka. Muka mereka berubah, mereka sedih kerana aku ditarik dan berjauhan daripada mereka. Aku ditarik pergi ke mana? Tiba-tiba tubuhku rasa panas, seolah-olah api dekat pada diriku. Semakin merasa hangat aku mula menjerit kerana kepanasan yang amat! Mataku tiba-tiba dicucuk dengan pisau (kerana tidak menjaga pandangan), hatiku tiba-tiba terkeluar dari tubuh (kerana berzina hati), telingaku putus (kerana suka mendengar orang mengumpat), lidahku putus dan dibakar (kerana memburukkan/membuka aib orang).

Allah SWT berfirman:

وَقُلْ لِّـلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَـضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّ ۖ  وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَآئِهِنَّ اَوْ اٰبَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَآئِهِنَّ اَوْ اَبْنَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَآئِهِنَّ اَوْ مَا مَلَـكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التّٰبِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِ ۖ  وَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُـعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ   ۗ  وَتُوْبُوْۤا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(QS. An-Nur 24: Ayat 31)

Ya Allah! Aku terus tersedar dari mimpi. Apakah ini petunjuk dari Allah yang aku adalah ahli neraka? Ya Allah~ aku sungguh berdosa ya Allah ') tetapi apa yang aku lakukan selepas dapat mimpi tersebut? Aku berubah ke? No, not yet. Syaitan masih menguasai diri. Selepas tersedar, aku buat-buat macam tiada apa yang berlaku, ye aku mimpi mereka kerana aku rindu. Ye aku mimpi neraka maybe itu hanya mainan syaitan. Aku tidak mengambil serious dan aku mulakan hari baru iaitu mencari kerja. Hari baru, hidup baru, kebahagiaan baru dan dugaan baru.

(aasiif pendek sbb smlm kehabisan idea, fkr smpai tak sedar dah nak subuh haha inshaAllah part 26 lebih panjang)

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now