part 50 (last part)

4.1K 209 12
                                    

Alhamdulillah akhirnya kami jejak juga di tanah air kami iaitu Malaysia. Adik tak tahu pun aku balik ke Malaysia, saja buat suprise. Kami pun menuju ke pondok adikku belajar.

"assalammualaikum" serentak aku dan zauj memberi salam.

"waalaikumsalam, ehh akak! Ya Allah akak ke ni?! Adik rindu akak tau" kata adikku sambil memelukku dan mengesat air matanya.

"hehehe alhamdulillah sekarang akak sini kan? Heee akak dapat tahu hari ini hari terakhir adik belajar di pondok ni ye? Akak dapat tau dari group whatsapp family kita, so kiranya akak dah alang-alang sampai ni terus bawa adik pulang lah ye? Satu lagi soalan pasal hakim. Haaa macam mana? Paksu pun dah setuju, tunggu tuan badan ni je nak setuju ke tak. Kalau setuju, kita mempercepatkan taklah tangguh." kataku panjang lebar.

"haah hari ni hari terakhir adik hm mesti adik rindu sangat-sangat sebab hati adik memang dekat sini. Hm pasal hakim, adik redha dengan ketentuan ni. Kalau dia jodoh adik, baiklah adik terima dia sebagai jodoh adik. In shaa Allah 😊" katanya.

Alhamdulillah lega hati ni bila adik cakap macam tu, zaujku mendengar pun turut gembira dengan keputusan dia.

___________________________________

Aku bertemu qasidah di tepi pantai yang pertama kali kami berjumpa. Dia duduk di situ sambil memandang permandangan yang indah. Aku nak kejutkan dia dari belakang tapi tak sampai hati maka aku pun tegurnya bagaimana dia menegurku dahulu.

"assalammualaikum, awak. Awak buat apa sini sorang-sorang? Tak takut ke?" kataku sambil duduk di sebelahnya.

"waalaikumsalam, ehh mairah! Ya Allah sahabat! Mairah, sy rindu awak! Tengok ni, sy tengok gambar-gambar kita. Demi Allah rindu! Kenapa tak bagitahu datang Malaysia?" katanya sambil memelukku dan aku mengesat air matanya.

"hehe masyaAllah rindunya dia kat kita ni. Maaflah heee. Sy tahu dekat dalam media sosial tak puas pun kita nak bercall heee so sy balik lah Malaysia sebab rindukan sahabat dunia dan akhirat sy ni. Kenapa dalam gambar tu awak nampak gemuk hahaha gurau je, dahlah jangan nangis. Awak buat sy menangis juga, ye sy juga rindukan awak duhai sahabatku heee" kataku dengan sebak.

Ya Allah aku juga rindukan dia, inilah dikatakan sahabat dunia dan akhirat. Kau jagalah dia sekiranya aku tiada nanti sesungguhnya aku amat menyayangi dia keranaMu ya Allah.

___________________________________
(seminggu kemudian)

"Aku terima nikahnya Suhana Humairah Binti Muhammad Syed Shukri dengan mas kahwin rm300 tunai"

Alhamdulillah dengan sekali lafaz adikku sudah menjadi isteri yang sah pada Mohammad Hakim Bin Zulkifli.

Dan alhamdulillah aku dapat tahu yang aku bakal menjadi seorang ummi dan zaujku menjadi seorang abah. Kami semua excited lagi-lagi atuk dan neneknya haha. Kami merancang banyak tempat lepas bayi dalam perut ni keluar heee.

Alhamdulillah tanpanya rezeki Allah pasti aku takkan merasa nikmat ini. Dan terima kasih kepada Illahi kerana mengkurniakan seorang bayi untuk kami. Alhamdulillah Allah masih uji kami dengan pelbagai dugaan, kami masih boleh bersabar dan bersyukur dengan apa yang terjadi. Pesan orang "Allah uji kerana sayang, Allah uji kerana rindu" yes sungguh manisnya ujianMu ya Allah. Aku teringat surah Al-Mu'minun 23: ayat 7-11.

Allah SWT berfirman:

فَمَنِ ابْتَغٰى وَرَآءَ ذٰلِكَ فَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْعٰدُوْنَ  

"Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِاَمٰنٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ 

"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;"

وَالَّذِيْنَ هُمْ عَلٰى صَلَوٰتِهِمْ يُحَافِظُوْنَ

"Dan mereka yang tetap memelihara solatnya;"

اُولٰٓئِكَ هُمُ الْوَارِثُوْنَ 

"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -"

الَّذِيْنَ يَرِثُوْنَ الْفِرْدَوْسَ ۗ  هُمْ فِيْهَا  خٰلِدُوْنَ

"Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."

(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 7-11)

_________________________________

For My Last Diary Before End This Book And Keep It In The Store:

Hai diary, hari ni hari terakhir aku meluah kat kau heee sebab lepas ni kau pasti berhabuk dalam stor tu haa. Maybe aku akan baca balik kalau rindu heee. Aku mula perasan selama aku hidup dari mula aku meluah melalui kau, aku dapat lihat Allah amat menyayangiku. Kenapa aku tak perasan dari dulu eh? Ohh sebab aku lalai dengan duniawi hm. Syukur Allah masih ingat. Hm ibrah disebalik niqab hitam aku ni? Haaa ada. Dearself, seandainya kau terjatuh disaat kau diuji, aku mohon bangkit semula keranaNya. Seandainya kau semakin menjauh padaNya, aku mohon buatlah solat taubat kerana Dialah Maha Pengampun, seandainya kau lupa pada cinta Allah, aku mohon ingatlah disaat kau diuji dan ada hikmahnya, seandainya kau lupa Pencipta kau, aku mohon ingat kembali disaat kau ingin berubah dan berhijrah, betapa susahnya kau nak hadapi semuanya. Dearself, jangan sesekali kau lupa pada cinta yang hakiki kerana Dialah segala-galanya. Jasad ini memang milikku tetapi hatiku milik Allah. Wasalam dariku, gadis disebalik niqab hitam. Yang baik semuanya datang daripadaNya dan yang buruk semuanya dari aku.

-Tamat-

Dostali jste se na konec publikovaných kapitol.

⏰ Poslední aktualizace: Jan 13, 2018 ⏰

Přidej si tento příběh do své knihovny, abys byl/a informován/a o nových kapitolách!

Disebalik Niqab HitamKde žijí příběhy. Začni objevovat