02| KAMU

1.2K 98 3
                                    


Kring!! ~

   Kedengaran bunyi deringan lonceng yang agak bingit menandakan waktu rehat. Pelajar bergerak pantas ke kantin untuk membeli makanan. Katanya dah tukar cik kantin baru, so nak rasa lah masakan baru kali ni.

"Kau rasa ,jadi tak?". Kepala Ayra di sebalik belakang pokok di keluarkan dan sekejap di sembunyikan. Harash di sebelahnya juga turut ikut sama .

"Aku rasa... Jadi kot, tu lagi sikit jer lagi nak kena! " Bisik Harash. Ayra di sebelahnya mengangguk lalu memerhatikan sahaja mangsa dia kali ni.

"Arghh! "

Satu jeritan bergema di dalam kantin itu. Apa lagi bersorak gembira lah Ayra dan Harash di belakang pokok yang tak beberapa jauh dengan kawasan kantin itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan jatuh dari kerusi. Di gosoknya banyak kali di punggung. Pelajar yang berada di dalam kantin itu tergelak melihat perempuan tingkatan 5 yang jatuh itu. Haih... Apa lah kakak senior ni, cubalah tunjuk contoh yang baik pada adik-adik tu.

"Baru dia rasa nikmat jatuh macam mana! "Ujar Ayra dengan gelakkan sinis.

"Anyway macam mana kau tahu yang dia duduk kat situ Harash? "Soal Ayra sambil memandang wajah Harash di sebelahnya. Harash tersenyum

"Masa dia dan geng dia tiba kat kantin, aku nampak dia letak buku kat atas meja bulat tu. Pastu dia pergi beli makanan dengan geng dia sekali. Masa tu lah aku amik kerusi dia and gantikan kerusi yang dah reput kat tepi pondok tu"balas Harash sambil mulutnya memuncung ke arah pondok di sebelah kanan. Ayra mengangguk

"Not bad"balas Ayra.

"Weh dah jom arh blah, diorang dah tunggu tu kat pondok belakang tu nanti bebel pulak diorang tu nanti" ujar Harash. Ayra mengangguk sambil memandang sekilas ke arah perempuan yang terjatuh tadi. Baru dia rasa. Siapa suruh dengki Ayra dengan menolaknya sampai jatuh pagi tadi. Ayra terus mengikut Harash di belakang setelah beredar dari situ.

.
.
.

"Ha baru muncul! Korang pergi mana tadi? Penat kitaorang tunggu tahu? Ni makanan kau ni dah nak sejuk dah" bebel Miera sambil menunjukkan nasi lemak yang berada di atas meja. Liya, Haykal dan juga Mika turut mengangguk. Ayra dan Harash hanya tersengih macam kerang busuk lalu duduk di hadapan mereka.

"Sorry lah tadi ada hal sikit... Kan Harash? "Ujar Ayra sambil tangannya mengambil pinggan yang berisi nasi lemak lalu diletaknya di hadapannya.

"Haah, tadi ada hal. Sorry geng" balas Harash. Rakannya hanya membuat muka menyampah dengan alasan yang entah apa .

Kadang kala rakannya turut cemburu dengan keakraban sahabat di hadapannya. Bagi pandangan mereka, Ayra dan Harash selalu bersama walau apa-apa keadaan sekali pun. Pernah hari tu kerja sekolah Harash tak siap dan di denda oleh cikgu Baizura, tetapi Ayra beranikan dirinya untuk backup Harash. Last-last dua-dua kena denda kat luar kelas. Kagum dengan persahabatan mereka. Tapi siapa tahu di sebalik persahabatan mereka menanggung kesakitan kerana hanya sebuah perjanjian ketika dulu yang masih segar di ingatan Harash dan Ayra.

+++

Selepas rehat sahaja ,mereka masuk ke dalam kelas iaitu kelas 5 Gold di tingkat 3.

"Meira, nak tengok buku tulis subjek kimia, aku tak siap lagi lah"ujar Mika yang tiba-tiba muncul di sebelah Miera.

"Tak siap lagi? Ha nasib baik mood aku okey hari ni"balas Miera sambil mengeluarkan buku tulisnya lalu beri kepada Mika. Mika hanya tersengih lalu mengambil buku itu dan duduk di tempat asalnya. Selepas beberapa minit baru lah cikgu masuk ke dalam kelas dan pelajaran di mulakan.

+++

Darah yang keluar dari luka di tapak tangan Ayra dilapnya dan ditekap perlahan oleh Harash . Sudah pasti jangkaan Harash yang perkara ini akan terjadi lagi. Kain yang telah dikoyakkan olehnya segera di balut ke kawasan tapak tangan Ayra.

"Sakit lagi? "Soal Harash. Ayra menggeling.

"Kau nak main lagi ke? Kang tak pasal-pasal jatuh lagi nanti"Ayra hanya memerhati ke arah pasukan lawannya. Di lihatnya mereka menyepak bola dan kelajuannya memang handal. Hanya dirinya sahaja perempuan yang bermain dan masuk ke dalam gelanggang futsal. Wajah Harash di pandangnya sekilas.

"Eh ni aku lah Ayra, aku tak kan mudah kalah. Diorang ingat aku ni perempuan so lemah lah? Jom aku nak sambung main lagi " ujar Ayra lalu terus berdiri dengan megah. Harash di sebelahnya hanya tersengih dan tersenyum nipis. Memang dah agak dengan ramalannya. Pertama, dia tahu yang Ayra tidak mudah mengalah. Kedua, berani dan kuat . Ketiga, pantang di cabar.

"Okey jom"balas Harash lalu mengikut langkah Ayra dari belakang yang sedang menuju ke arah gelanggang futsal. Permainan di mulakan setelah wesel di bunyikan.

Kali ni, mata yang telah di score kan jauh berbeza dengan masa awal tadi. Dari 2-0 kini sudah 2-5. Cepat betul Ayra membuat jaringan. Jantan-jantan yang ada di situ turut terganga. Biar betul minah ni?.

"Apa macam power tak aku? "Soal Ayra lalu meneguk air mineral dengan rakus. Hari kini makin lewat malam. Matahari sudah mula beransur terbenam.

"Ok dok! Power gila kau main. Lepas ni nak main lagi ke?" soal Harash

"Tengok lah macam mana nanti, sebab SPM kan dah nak dekat... Takut aku tak leh fokus pulak nanti"balas Ayra lalu berdiri diikuti dengan Harash.

"Okey aku faham"balas Harash. Mereka menuju ke tempat basikalnya. Rumahnya dekat sahaja dengan gelanggang futsal jadi tak payah menghabiskan minyak moto untuk pergi ke sini.

"Esok jumpa lagi ok bye"ujar Ayra sambil melambai tangan ke arah Harash. Harash hanya tersenyum dan menghantar pandangannya sehinggalah kelibat Ayra hilang. Tanpa sedar, di lubuk hati Harash sudah timbulnya satu perasaan yang agak sukar untuk difahami.

Semenjak melihat perubahan Ayra yang dulu comot dan sehinggalah kini berubah seperti bidadari, tidak pernah membuat hatinya bosan dengan sikap Ayra yang kadang kala tak matang itu.

"Aku harap, kita dapat bahagia seperti ini buat selama-lamanya Ayra Qaisarah"


Kata Akhirmu
Bersambung

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now