17|KAMU

920 67 1
                                    

Sebulan kemudian...

Keadaan dalam dewan peperiksaan itu sunyi sepi. Hanya bunyi angin menyapa daripada kipas itu. Semua pelajar SPM sedang menjalani peperiksaan. Pasti semua akan buat sebaik mungkin. Sekejap je masa sudah berlalu. Sekarang adalah penentuan membawa diri masing-masing untuk berjaya atau tidak dalam SPM ini

"Perhatian kepada calon semua, masa anda lagi 10 minit sebelum buku jawapan akan dikutip " kata ketua pengawas itu melalui mikrofon yang dipegangnya itu. Masing-masing sudah tak menentu arah. Cuba siapkan soalan yang mana belum di siapkan.

Kertas fizik itu ditenung lama oleh Ayra. Mengharap semua akan baik-baik sahaja.

Setelah masa tamat. Pantas buku jawapan itu dikutip oleh pengawas yang bertugas.

Skip-

"Huwaaaa akhirnya tamat juga! Kita dah habis SPM weh!!!  Tak sangka! " ujar Liya sambil tersenyum gembira. Ayra dan Miera menggeleng-geleng

"Iya Liya aku tahu. Erm nanti mesti aku rindu kat korang! "Kata Miera sambil mulutnya mencebik.

"Haah kan! Nanti semua dah belajar jauh-jauh pastu lupa member kat sini"kata Liya lagi

"Haish korang ni lek arh" kata Ayra menyampuk.

"So apa kata nanti kita buat makan-makan? Ajak satu kelas sekali" cadang Miera.

"Buat kat mana? "Soal Ayra

"Buat kat rumah kau lah"kata Miera sambil tersengih

"Amboi banyak cantik? Rumah aku pulak mangsanya"kata Ayra sambil bercekak pinggang.

"Nantilah, apa-apa kita bincang"kata Ayra. Liya dan Miera menangguk laju.

+++

"Harash"panggil puan Hani. Harash yang sedang leka melihat TV memandang ke arah wajah ibunya

"Yes? Kenapa ibu? "Soal Harash.

"Ibu nak keluar kejap dengan ayah. Harash jaga rumah tau"pesan Puan Hani. Harash menangguk

Lepas sahaja kedua ibu bapanya keluar Harash menonton cerita kegemarannya sampai habis. Jam menunjukkan jam 11.00 malam.

Pantas Harash mendail no ibunya

Turut... Trut...

"Hello? " jawab Puan Hani

"Ibu, lama lagi ke? Dah pukul berapa dah ni" soal Harash risau

"Kejap lagi ibu balik. Ibu singgah kedai makan kejap tadi" balas puan Hani

"Okey"balas Harash. Panggilan segera ditutup.

Brrr.. Brrr. 

Harash memegang perutnya. Kedengaran perutnya minta untuk disisi. Pantas Harash melangkah ke dapur. Tudung sajinya dibuka. Tiada makanan. Roti di sebelah nya dipandang lama.

"Okey roti malam ni hidup kau tamat kat perut aku"kata Harash dan mula makan roti itu diletakkan dengan jem coklat.

Prak!!

Harash memandang sekeliling. Bunyi itu menarik perhatiannya. Makanan di dalam mulutnya segera dihabiskan

Harash bangun dan memerhati di kawasan dapur itu.

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now