09| KAMU

683 79 4
                                    

  Hii...sorry guys author buzy sikit. Dah lama tak update.now author belanja 1 bab lagi okey! Lgi  satu,wahai silent readers  please munculkan diri anda sama ada komen or vote . Komen lah apa² agar author tak ksunyian Huhuhu... 

_______________________

    Pagi keesokkan harinya, Ayra lantas bangun dan bersiap² ke sekolah setelah selesai solat subuh. Beg yang ada di kerusi tempat belajarnya di capai dan segera dibawa turun ke bawah. Bunyi tapak kaki Ayra di tangga itu membuatkan Puan Mardhia memanggil nama anaknya.

"Ayra sini  sarapan dulu, kamu tu dah lah gastrik kalau tak makan nanti" ujar Puan Mardhia sambil menuangkan air teh ke dalam cawan. Ayra menapak ke dapur dan duduk mula bersarapan di situ .

.
.
.

Sampai sahaja di dalam kelas, Miera dan Liya sudah mendaptkan Ayra terlebih dahulu.

"Ayra, nak tahu sesuatu tak? "Soal Liya.

"Apa? " balas Ayra sambil meletakkan beg di kerusinya.

"Cikgu Raimah yang ajar subjek P. Islam tu dah pindah kat sekolah lain! Nanti kita akan dapat cikgu baru! lega weh.... Dah lah cikgu Raimah tu garang" jelas Liya dengan panjang lebarnya.

"Really?  So siapa cikgu baru tu? "Soal Ayra sambil duduk di kerusi disertai dengan Liya dan Miera.

"Itu tak dapat di kesan cik polis" balas Miera dengan sedikit gelakkan kecil. Ayra memandang tajam.

"Aku tahu lah aku kadet polis alahai~" balas Ayra dengan muka annoyingnya. Miera dan Liya tersengih kecil.

KRING!!!

Waktu pertama telah bermula dan cikgu subjek pertama pun masuk.

+++

"Harash... Buka lah pintu ni... Dari pagi tak bukak²" ujar Puan Hani sambil mengetuk² pintu bilik Harash. Risau di buatnya dengan tingkah laku anaknya. Hari ini Harash tidak sekolah kerana doktor berikan cuti.

Tiada sahutan didengari di dalam bilik itu. Sudah berapa kali diketuknya tetapi masih tidak ada sahutan. Puan Hani mula risau dan mula memanggil suaminya iaitu Encik Azam. Kebetulan suaminya tidak berkerja pada hari ini.

"Abang! Sini naik cepat" laung Puan Hani di tingkat atas. Encik Azam yang berada di ruang tamu tergupu gapah bergegas ke atas setelah mendengar panggilan suara isterinya.

"Kenapa Hani? "Soal Encik Azam sambil menggosok dadanya kerana penat berlari ke atas.

"Ni, anak awak ni tak bukak pintu. Lagi tadi saya ketuk tak ada pun sahutan dari dia. Bang, saya risau bang" jelas Puan Hani dengan sedikit kerisauan.

"Sekejap, abang ambil kunci pendua kat bawah"balas Encik Azam. Setelah mendapatkan kunci tersebut, Encik Azam segera membuka pintu bilik Harash. Di dalamnya kosong dan sepi.

"Harash~" panggil Puan Hani sambil berjalan melihat sekeliling bilik itu. Bergitu juga Encik Azam.

"Har–"Puan Hani yang baru sahaja ingin memanggil nama anaknya terus terkaku. Matanya membulat.

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now