4

335 33 0
                                    

Abah pulang dengan baju lusuh dan kasut lusuh. Aku menanti setia di tangga usang itu. 

"abah dah balik?" tanyaku dengan nada sendu. Baru selesai menangis di hadapan pencipta yang maha Esa. 

Abah pesan, tak kira susah mahupun senang. Ingatlah Tuhan itu adalah segala-galanya. Dia maha mengetahui apa yang tidak diketahui manusia itu sendiri. 

"kakak sekolah ok?" tanya abah dengan senyuman yang tak pernah hilang dek apa jua cabaran yang dihadapinya hampir setiap hari. Mungkin setiap detik.

Tuhan beri abah dugaan,

Abah senyum.

Tuhan bagi abah anugerah,

Abah senyum.

Senyuman itu tetap menghiasi hari kami tanpa henti. 

Kepalaku angguk perlahan. 

"adik ada buat masalah tak dekat sekolah?" tanya abah sebaik sahaja duduknya dilabuhkan diatas kerusi kayu yang hampir reput itu. 

Aku geleng sambil menundukkan wajah. Takut abah tahu apa yang berlaku. 

"kakak dah siap kerja sekolah?" tanya abah. Prihatin walaupun wajah itu sudah terlalu penat bekerja seharian demi secupak nasi.

Ku senyum tipis dan mengangguk. Lalu menghantar kepergian abah ke rumah bawah dengan ekoran mata. 

Tuhan,

Berikanlah abah kekuatan.

Kami hanya ada dia sebagai tempat bergantung.

Tanpanya, kami tiada tempat untuk berpaut. Tanpanya, kami tak ada tempat bermanja. 

Tuhan,

Aku janji, aku akan hargainya sehingga ke hujung nyawaku. Janganlah engkau membawanya pergi jauh dari kami. 

Aku merayu..

Tuhan..

Dengarlah rayuan aku ini. Tak banyak yang aku pinta..

Hanya seorang abah yang sentiasa kuat demi kami berdua.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now