24

235 23 0
                                    

Sebuah kereta Honda Accord Hf-s memasuki perkarangan rumah Mak Timah. Menjenguk ke luar rumah melalui tingkap. Melihat gerangan siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu tengah hari.

Melihat insan yang dia kenali buatkan senyumannya melebar.

"Mak Timah ku sayang!!" terus dia melompat mendakap Mak Timah. Insan yang dia rindu.

Pak Kassim yang melihat hanya tersenyum lebar. Anak gadis ini sudah dia anggap seperti anaknya sendiri. Dia hanya dikurniakan empat cahaya mata. Semuanya lelaki dan sudah berumah tangga. Tinggallah dia sendirian dengan isteri.

"ya Allah, apa melompat macam tu" lengannya dipukul lembut.

Aku tertawa.

Mak Timah memandang kereta yang dinaiki Isra.

"Isra, Mak Timah rasa kereta kamu yang mini kapur tu. Kenapa hari ini bawa kereta lain?" tanya Mak Timah pelik.

Aku masih ketawa lepas. Apa punya Mak Timahlah cakap kerana mini cooper aku tu Mini kapur.

"Mak Timah!" aku bercekak pinggang.

Mak Timah pun turut bercekak pinggang. Aku apa lagi. Bahan gelaklah. Comelnya usik Mak Timah.

"apa labelkan kereta mini cooper Isra jadi mini kapur!"

Pak Kassim pun ketawa. Seronok melihat telatah isteri dengan anak gadis yang sudah dianggap anak itu.

"Mak Timah mana reti sebut. Asal hampir bunyinya. Bolehlah tu"

Aku masih dengan tawa yang tidak berhenti.

"ini kereta Khalif. Kereta mini cooper Isra tu kena hantar bengkel. Esok nak kena ke Johor. Itu yang servis kereta dulu tu" beritahunya.

Mak Timah mengangguk.

"buat apa ke Johor?" dia sudah buka kasut untuk naik ke rumah Mak Timah.

"pasal kes Aqilah"

Duduknya dilabuhkan. Uish, lega dia dapat duduk. Sudahlah dari Negeri Sembilan. Terus ke kampung. Esok pula dah kena pergi Johor. Semuanya memandu kerana dia paling benci kapal terbang.

Kapal terbang buatkan dia susah nak bergerak. Kena cari teksi bila dah mendarat.

"tak habis lagi?"

Geleng.

"Aqilah disahkan mengandung. Tapi bekas suami dia jatuhkan talak sebab Aqilah tak boleh bagi zuriat dekat dia. Now, dia dah mengandung. Agak complicated kes ni bila Aqilah disahkan mengandung after diaorang habis tempoh idah"

Makin sakit kepala dia.

"suaminya nak rujuk balik ke?"

Angguk.

"Aqilah?"

"dia tak nak rujuk balik. Takkan nak jilat balik ludah kut" dia bersila di kerusi jati milik Pak Kassim.

Dah macam buat rumah sendiri.

"dah berapa bulan?"

"5 bulan"

"tempoh idah Mak Timah rasa 3 bulan kan?"

"bahasa mudah Mak Timah. 3 kali suci" dia gelak sendiri.

"tapi iddah dia terpaksa disambung sebab dia hamil selepas bercerai. Tempoh idah Aqilah hanya akan tamat sebaik sahaja dia melahirkan anak atau keguguran. Tapi, takkan kita nak sampai keguguran. Tu rezeki kurniaan Tuhan tu"

Mak Timah pukul lengannya.

"pening Mak Timah. Lebih baik Mak Timah buat cucur udang. Ada sambal sotong tu dekat dapur. Petang-petang macam ini kalau makan panas-panas. Sedap tu"

Membulat mata Isra dibuatnya.

"jangan dipelawa Mak Timah" berdesup dia pergi dapur.

Nak membantu Mak Timah memasak. Rutinnya bila dia berada dirumah Mak Timah. Dengan dia membantu, dapatlah dia merasa sedikit makanan yang dimasak oleh Mak Timah. Kenangan sewaktu kecil yang sukar dia hendak lupakan.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now