10

289 24 0
                                    

Matanya melilar memandang ke sekitar rumahnya. Rumah banglo yang dulunya dipenuhi dengan suara sang isteri. Kini sepi semenjak kepergian isteri ke Rahmatullah.

Rumah ini, pernah hampir ditarik bank kerana dia sudah muflis. Tapi dengan bantuan wang kertas rm50 ringgit itu. Tuhan bantu dia.

Betapa murninya pemberi wang itu. Buatkan segala urusnya dipermudahkan. Dan semenjak itu, dia kembali memandang pencipta yang berada diatas sana. Bertahun dia angkuh. Bertahun dia leka dengan dunia. Bertahun dia alpa dengan harta. 

Tuhan tarik semuanya pergi tanpa dia sedar dalam sekelip mata. Begitu juga dengan isterinya.

"mummy pergi pun sebab daddy" suara Izrael menghentikan lamunannya.

"daddy tahu" 

Sepi. Tiada lagi suara yang menyambung untuk memecahkan tembok kesunyian. 

Isteri yang hampir terabai kerananya dijemput yang maha Esa dengan satu cara. Hanya kerana terjatuh dari tangga. Dan tangga itu yang menyaksikan bagaimana sang isteri pergi pulang ke sisi ilahi.

Selepas dia terima semula apa yang miliknya dahulu, dia kembali mencari empunya duit bernilai rm50. Jasanya walaupun dilihat kecil sebenarnya mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar.

"kerana rm50, daddy dapat balik rumah yang penuh dengan memori ini. Tapi daddy tak dapat mummy balik" dia bersuara memecahkan tembok keheningan.

Izrael menoleh.

"daddy boleh kahwin lain?" tiba-tiba.

Lengan Izrael dipukul.

"mummy kamu tu cinta pertama dan terakhir daddy. Mana boleh ganti dengan orang lain" tegas sahaja nada suaranya. seperti biasa.

Izrael tersenyum tipis.

"kalau mummy cinta pertama daddy kenapa daddy tak hargai mummy sewaktu mummy masih hidup"

Tan Sri Isa terdiam.

"mungkin sebab dikaburi kekayaan. Daddy lupa yang sokongan mummy adalah punca utama daddy berjaya dalam bidang perhotelan" 

"bantu daddy uruskan Baisa Hotel" lengan Izrael disentuh.

"bagi Izra masa"

Tan Sri Isa menggeleng.

"daddy nak berehat. Daddy dah tak boleh nak bagi Izra masa. You need to handle this hotel too. Dah terlalu lama daddy bagi masa untuk Izra berfikir" tiba-tiba dia luahkan rasa yang dia simpan.

"just give me more time. Bila Izra dah agree. Izra akan ambil alih perusahaan perhotelan milik daddy"

Diam. Hubungan yang kurang akrab ini buatkan mereka agak kekok untuk berbual terlalu lama. Seperti ada tembok pemisah yang buatkan mereka mengasingkan diri diantara satu sama lain. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now