Bab 1

303 3 0
                                    


Udara pagi yang nyaman menerpa muka Farisha lembut. Farisha yang sedikit kesejukan memeluk tubuhnya sendiri. Daun-daun kering di hadapan rumah yang bertimbun dilihatnya dan dia tersenyum sendiri.

'Another day to another journey!'

Bisik hati kecilnya.

Penyapu lidi kecil dicapainya laju dan segera dia melangkah ke luar rumah. Begitulah hari-hari Farisha berlalu di rumahnya. Bangun pagi, kemas rumah dan menolong ibunya menyediakan nasi lemak untuk dijual.

Setelah selesai, dia bersedia untuk mandi dan solat subuh. Usai solat subuh dia terus ke dapur mencari Puan Rosnah atau nama panggilannya Cik onah, ibu Farisha merupakan pemilik sebuah warung kecil di tepi jalan tidak berapa jauh dari rumahnya. Puan Rosnah memang terkenal dengan air tangannya yang sedap serta kepetahannya berbicara. Ada sahaja cerita yang timbul apabila terjumpa dengan Cik Onah ini.

Slang sekarang ni orang panggil 'mak cik bawang'. Rasanya boleh jika Cik Onah dikategorikan sebagai 'mak cik bawang.'

"Cha, amikkan mak kacang atas gerobok tu." Cik Onah mengarah.

Tanpa banyak kata, Farisha mencapai sebungkus kacang tanah di atas almari dan menyerahkannya kepada Cik Onah. Kini kakinya melangkah ke meja makan dan duduk di kerusi. Kertas bungkusan nasi lemak di ambilnya dan dia mula membungkus. Tidak sampai 10 minit dia sudah siap membungkus lebih sepuluh bungkus nasi lemak. Farisha bangga dengan diri sendiri. Sudah lebih dua tahun dia membantu ibunya membungkus nasi lemak. Dia yakin yang dia sudah layak dipanggil pro!

"Kau ni cuba pakai elok sikit. Tudung tu dahlah tak bergosok! Anak dara apa macam ni." Cik Onah mula membebel apabila melihat baju yang dipakai Farisha.

Baju t-shirt berbunga kuning, seluar senam warna biru dikenakan pula dengan tudung merah jambu terang. Sungguh rupa Farisha serupa badut!

"Apa mak ni.. Sampai hati hina anak sendiri." Bibirnya dimuncungkan konon merajuk.

"Kalau macam nilah gaya kau keluar rumah, orang gila pun ketawakan kau tau. Carilah baju yang elok sikit, tudung tu kalau malas gosok kau pakai jelah tudung sarung mak tu. Berlambak dalam bilk!" Omel Cik Onah. Cik Onah kalau mula membebel mahunya tidak terjual nasi lemak harini. Sampai ke tengah hari tidak habis omelannya. Bisa juga seharian!

"Hehehe. Yelah Icha tukar. Tunggu jap tau mak. Tau tau. Lima minit je!" Farisha tersengih kemudian dia berlari naik ke bilik.

Cik Onah menggeleng-gelengkan kepalanya. Risau juga dia dengan anak daranya itu. Umur sudah berusia 27 tahun tapi masih belum pandai bergaya. Kalau tiada siapa yang mahu masuk meminang bagaimana? Ikhlas sungguh dia berasa risau kalau-kalau anaknya itu menjadi anak dara tua.

Sebenarnya Cik Onah tidak perlu risau. Farisha seorang yang cantik sebenarnya. Kulitnya putih dan mulus kerana berdarah campuran cina dari keluarga sebelah bapanya. Kalau dia pandai bergaya dan bersolek sedikit, rupanya persis model cantik dari Negara Filipina.

Kerusi dan meja disusun Farisha sambil dia menyanyi riang. Lagu yang menjadi kegemarannya sekarang ialah Asalkan kau bahagia. Suka betul dia dengan lagu itu sampai diulangnya banyak kali dalam sehari. Cik Onah pun dah hafal liriknya.

"Apa kurangnya aku di dalam hidupmu.. Hingga kau curangi aku!!"

Baru sahaja seronok Farisha hendak menyanyi korus terdengar suara garau dari belakang yang sambung menyanyi.

"Katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia!! Aku punya ragamu tapi tidak hatimu!!"

'Kacau daun sungguh! Dahlah sumbang.' Bisik hati hatinya. Geram kerana 'spotlightnya' dicuri, dia kemudian menoleh ke belakang. Tidak sampai sesaat dia ketawa terkekek-kekek. Sakit perutnya ketawa sampai sesak nafas!

Cinta kambingWhere stories live. Discover now