Bab 5

80 1 0
                                    

Farisha tergelak sendiri. Gembiranya dia apabila impiannya untuk menjejakkan kaki ke set penggambaran di mana beradanya Hesh Amin tercapai.

Kalau tidak disebabkan maknya pagi tadi, tidak mungkin hal ini akan terjadi.

Puas dia memujuk maknya untuk berbohong sunat kepada Zaef bahawa tempahan nasi lemak dan karipap untuk hari ini tidak dapat disiapkan.

Caring juga ya mak dekat aku.

Fikirnya.

Eh.. ke sebab mak nak tanda tangan Hesh Amin jugak?

Ahh. Lantaklah. Yang penting, aku dapat jumpa dia!

Serba salah juga dia sebenarnya apabila melihat wajah hampa Zaef pagi tadi apabila diberitahu tempahannya belum tersedia.

Tapi tak apa! Farisha kan ada? Farisha boleh tolong hantar. COD kan orang panggil? Hehehe

Dia teringat kembali kata-katanya kepada Zaef pagi tadi.

Kakinya melangkah laju. Jam ditangan menunjukkan jam 7 pagi. Berdebar-debar Farisha. Yelah, langkahnya inilah yang membawa kepada pertemuannya dengan Hesh Amin.

Dekat rumah kayu ni ke diorang shooting? Hmm. Patutlah. Cantik juga pemandangan kampung aku ni ya.

Bisiknya.

Kelihatan ramai kru-kru set sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Ada yang sedang sibuk menyusun alatan solek, ada yang sedang gigih mengalihkan segala jenis peralatan yang tidak pernah langsung dilihat Farisha seumur hidupnya dan ada juga yang tekun menyelak helai demi helai kertas yang ditanggapnya sebagai skrip filem itu.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Apa yang penting, kelibat yang dicarinya itu bukan Zaef. Dia juga berharap Zaef tidak muncul secara tiba-tiba, mengambil tempahannya dan segera menyuruhnya pulang. Mana tidaknya, kelibat Hesh Amin sedikit pun tidak kelihatan. Apatah lagi bayang-bayangnya. Dia tidak mahu usahanya untuk bertemu dengan Hesh Amin ini menjadi sia-sia.

Matanya kembali melilau. Sebenarnya berat juga nasi lemak dan karipap yang digendongnya ini. Tetapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan Hesh Amin.

Sedang matanya melilau mencari Hesh Amin, dia terlanggar bahu seseorang dan belum sempat dia berbuat apa-apa. Farisha sudah jatuh terjelepuk ke hadapan. Sakit juga badannya mencium tanah dan rumput.

Farisha mengaduh kesakitan. Dia menoleh untuk melihat nasi lemak dan karipap yang digendongnya tadi.

Dia menghela nafas lega. Selamat !

Cepat-cepat dia bangun sendiri dan duduk di atas tanah, memegang lututnya yang pedih.

Hmm. Mesti luka ni.

Getusnya.

"Awak okay ke?"

Dia segera menoleh ke arah suara garau yang menyapanya itu.

Terbuntang mata Farisha apabila melihat Adam Daniel di hadapannya, menghulurkan tangan.

Terkebil-kebil Farisha dibuatnya.

Dia tak tahu ke kita bukan muhrim?

Farisha bangun sendiri dan membetulkan tudungnya yang sudah senget.

"Saya okay. Hehe. Jatuh sikit je."

Kepala yang tidak gatal digarunya. Entah mengapa tiba-tiba dia berdebar melihat pandangan yang diberikan lelaki itu.

"Apa dalam bag tu?" Soal Adam ingin tahu.

"Ohh! Yang ini nasi lemak, yang ni karipap. Sorry lambat. Saya cari Abang Zaef juga nak bagi tapi tak jumpa pulak. Yelah kan semua busy." Jelas Farisha panjang lebar. Matanya masih lagi cuba untuk mengelak daripada bertentangan dengan Adam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta kambingWhere stories live. Discover now