BAB 3

88 1 0
                                    

Hey guys! Im back! I ada letak youtube link kat atas ni, so bolehlah korang dengar sambil baca eh. hehe okayy enjoy!!

Bab 3

Kepala Adam Daniel pusing melihat keadaan set yang berantakan. Dia mendengus keras. Kerutan di dahinya secara semula jadi muncul semula. Dia duduk sebentar sambil mengusap ke belakang rambutnya yang sudah sedia panjang. Jadual penggambaran yang tidak menentu menyebabkan dia kekurangan masa untuk menguruskan diri. Skrip yang berada di atas meja dicapainya.

Ya Allah, tak sampai separuh jalan lagi ni.

Getus hatinya. Serta merta keluhan keluar dari bibirnya.

"Zaef!" Jeritnya memanggil.

Berlari-lari zaef yang entah dari mana ke arah Adam Daniel.

"So macam mana esok? Kita gerak pagi atau petang? Aku dah pening ni dengan nak uruskan set, kamera ni semua." Tanya Adam Daniel bertalu-talu.

"Esok kita gerak pagi, lepas subuh macam tu. Pasal prop, barang-barang kat set ni tuan tak perlu risau sebab saya dah suruh diorang settle awal-awal." Jelas Zaef panjang. Berharap tiada yang kurang dalam penjelasannya. Mahu ditengkingnya lagi nanti! Bukan dia tidak tahu bosnya itu sedang serabut.

"Hm. Make sure everything went smoothly. I tak nak ada apa-apa masalah."

Adam Daniel bangun dan berlalu pergi. Meninggalkan Zaef terkebil-kebil sendiri.

Zaef menghembus nafas lega. Terlepas dia dari menjadi mangsa kemarahan singa jantan seekor ini. Sejak kebelakangan ini, Adam Daniel semakin cepat marah. Jika ada sesuatu yang tidak kena walau sekecil mana pun, hah kedengaranlah segala jenis perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Meskipun begitu, dia faham. Bukan senang menjadi sebagai seorang pengarah filem. Pekerjaan ini memerlukan tanggungjawab yang sangat besar serta kredibiliti untuk mengetuai kru-kru yang tidak terkira ramainya dan begitu juga dengan barisan pelakon. Zaef kagum juga dengan Adam Daniel, dengan usia muda begitu dia sudah berjaya menjadi salah seorang pengarah terkenal Malaysia. Mungkin sikapnya itulah yang menjadikan dia berjaya seperti mana sekarang. Zaef kagum. Memang kagum!

**

Baru sahaja dia melelapkan mata, bahunya terasa seperti ditepuk seseorang.

Ahh! Kacau betul!

Matanya dibuka, sekali pakej dengan kerutan di dahi. Bengang tidurnya diganggu.

"Tuan Adam, dah sampai ni. Sambung tidur kat dalam lah ya." Jelas Zaef berhati-hati.

Kerutan di dahinya seraya hilang. Dia segera melangkah keluar dari kereta. Matanya terfokus pada sebuah rumah dua tingkat yang tersergam di hadapannya.

Boleh tahan besar juga rumah ini.

Bisik hatinya.

Kakinya segera melangkah masuk ke dalam rumah. Prop? Kamera berharga dan segala jenis peralatan yang akan digunakan di set tidak diendahkannya. Apa yang difikirkannya sekarang ialah untuk menyambung tidurnya yang diganggu tadi.

**

Bunyi penggera yang di setnya di telefon memecah kesunyian bilik itu. Segera dicapai telefon itu dan melihat jam berapa sekarang.

Terbuntang matanya apabila sedar sudah hampir tengah hari.

Lama juga aku tidur.

Dia mahu segera mandi dan segera bersiap. Kerana apa yang paling penting sekarang ialah untuk dia mengisi perutnya yang kosong tidak di isi dari pagi.

**

Farisha meneguk teh ais itu laju.

Geram juga dia kenapalah Cik Yam perlu ke rumah anaknya di Selangor. Bukan sehari, seminggu pula tu! Sudah dia pula yang perlu menolong ibunya di warung. Bukan dia tidak sudi membantu ibunya, cuma dia berasa kurang selesa dengan orang-orang kampung yang spesies mak cik bawang ni. Sibuk sahaja bertanya sama ada dia sudah berpunya ke belum. Hei! Farisha ni muda lagilah, baru 26 tahun kot.

Getus hati kecilnya.

Sejak warung ibunya itu semakin besar dan maju, makin ramai lah anak-anak muda datang melepak di sini. Dari kampung sebelah, kampung seberang, kampung hadapan. Sudah semua lah! Entah dari mana tapi yang penting semua cuba mencipta peluang mengurat Farisha.

Tapi ibunya berpesan, jangan kurang ajar dengan pelanggan. Nanti mereka tidak ke sini lagi. Terpaksalah Farisha palsukan senyuman, dan memaksa ketawa. Geram sungguh dia jika difikirkan semula.

"Dik kira!"

Farisha melangkah longlai, tiada mood meskipun jam baru menunjukkan pukul 1 tengah hari.

Keningnya diangkat, senyuman meleret di bibir setelah melihat siapa di hadapannya.

Eh, ini bukan ke abang yang duduk dekat homestay Pak Ngah tu?

Ucapnya di dalam hati.

"Ni Abang Zaef kan? Yang duduk kat homestay tu?" Soal Farisha teruja.

"Haah. Lah Farisha kerja sini ke?" Soal Zaef.

"Ini kedai mak Icha. Hehe. Saya tolong aje sebab orang yang kerja dengan mak ni cuti." Terangnya panjang lebar sambil melirik ke arah lelaki di sebelahnya itu.

Kelihatan lelaki itu sedang menikmati teh o ais tanpa melihatnya dan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Ohhh, gitu ke."

Zaef yang sedar dengan pandangan mata Farisha segera memperkenalkan bosnya itu.

"Oh ya, yang ni bos abang. Dia lah pengarah filem tu."

Senyuman Farisha semakin melebar.

"Nama saya Farisha, saya duduk dekat depan rumah tu je. Hehe. Kalau ada apa-apa masalah boleh contact saya lah. Sebab saya yang uruskan homestay tu."

Allah sahaja yang tahu betapa terujanya dia sekarang. Zaef telah menerangkan kepadanya pagi tadi bahawa mereka akan tinggal di rumah itu buat sementara waktu kerana akan ada penggambaran filem di sekitar sini. Wah, bukan main terkejut lagi Farisha mendengarnya. Lagi terkejut dia apabila mengetahui bahawa Hesh Amin merupakan watak utama filem itu. Pelakon idolanya itu!

"Sekarang ni nak kira ke tak sebenarnya?" soal Adam Daniel sedikit keras. Pandangan tajam dihadiahkan kepada Farisha.

Kelam kabut Farisha dibuatnya.

Dengan sepantas kilat dia menekan kalkulator itu. Jumlahnya diberitahu. Namun belum sempat dia menyambut wang yang dihulur Zaef, lelaki itu segera bangun meninggalkan mereka di situ.

Farisha terpinga-pinga. Dia ada tersalah cakap ke tadi?

"Icha jangan terasa lah ya. Tuan Adam tengah sensitive tu sekarang. Nanti kalau ada apa-apa abang call." Ucap Zaef sebelum segera bangun dan berlari-lari anak ke arah kereta, mengikuti langkah bosnya itu.

Tulah banyak mulut sangat! Tengok kau dah tersalah cakap. Dekat pengarah filem pulak tu! Makin nipislah peluang kau nak jumpa Hesh Amin macam ni.

Farisha merungut dalam hati. Menyesal kerana tidak berjaga dalam berkata-kata.

Pinggan-pinggan dan cawan kotor diletakkan di dulang. Dia menuju ke dapur, kembali longlai langkahnya apabila memikirkan wajah tidak senang tuan pengarah tadi.

Haih dah nasib kau lah Farisha!

**

Cinta kambingWhere stories live. Discover now