Bab 2

90 2 0
                                    



Selimut merah jambu berbunga-bunga itu ditariknya laju. Muka Cik Onah dah masam mencuka dengan dahinya yang berkerut seribu. Terdengar kuat nafasnya menahan marah. Dilihatnya tubuh itu sedang enak dibuai mimpi meskipun matahari sudah terpacak di atas kepala. Sekali lagi dia menarik nafas dalam-dalam..

"Nurul Farisha Binti Muhammad!!!!"

Terbungkang Farisha yang terkejut mendengar jeritan itu. Matanya dibuka kecil kerana masih belum puas tidur, namun wajah ibunya yang sedang marah amat jelas kelihatan. Serta merta matanya terbuka luas dan dia segera bangun. Selimut itu dilipatnya tanpa sebarang kata. Cepat-cepat dia mencapai tuala dan menghadiahkan senyumannya kepada ibunya sebelum segera masuk ke tandas untuk mandi.

Cik Onah menggeleng-gelengkan kepalanya. Semenjak warungnya dibesarkan 2 tahun yang lalu, Cik Onah sudah mempunyai beberapa orang pekerja sendiri. Rezeki Allah, Alhamdulillah Cik Onah bersyukur sentiasa. Tetapi hal ini lah yang menyebabkan anak sulungnya itu menjadi semakin malas. Sejak dua menjak ini, bukan main lagi Farisha bangun lambat. Yalah, dia sudah tidak perlu menolong ibunya membungkus nasi lemak lagi. Pada mulanya, Cik Onah tidak berapa kisah, sebab sepanjang hidup Farisha selepas tamat sahaja SPM, dia sudah mula bangun awal untuk membantu ibunya membungkus nasi lemak. Namun dia menjadi semakin risau, anaknya itu sudah semakin berumur, kalau orang kampung tanya umur Farisha mesti dicopnya sebagai anak dara tua.

"Mak, hehehe orang dah mandi." Farisha menyengih.

Lamunan Cik Onah terhenti, dipandangnya tajam Farisha yang berbalut tuala di atas kepalanya.

"Tengah hari baru nak bangun? Kalau mak tak balik ni agaknya sampai petang kau tidur."

Mukhadimah kepada leteran Cik Onah bermula. Farisha menunjukkan muka bersalah dan hanya berdiam diri. Yelah sudah tentu diri sendiri yang bersalah takkan nak melawan pula. Nasib Farisha baik, baru sahaja Cik Onah hendak membebel lebih lanjut Mai sudah tersegul di hadapan pintu dapur.

"Mai! Dah balik, jom sini makan cepat. Mak bawa lauk dari kedai."

Mai yang dipelawa ibunya terus mengambil tempat di hadapan Farisha. Pelbagai jenis lauk pauk membulatkan lagi mata Mai yang sedia bulat.

Farisha pun apa lagi, ini suatu peluang keemasan untuk dia mengubah topik.

"Mai nak lauk apa? Akak ambilkan." Laju tangannya menyedok nasi ke pinggan Mai.

"Nak ayam masak lemak!" kata Mai sambil menelan air liurnya.

"Macam mana pergi sekolah naik basikal? Seronok?" Cik Onah memandang anak bongsunya yang sedang enak mengunyah.

"Best mak! Mai suka naik basikal, tak penat." Mai menjawab sebelum kembali menyuap nasi.

"Baguslah tu." Lembut tangan Cik Onah membelai rambut Mai yang tebal dan ikal itu.

"Hmm Cha, kau ingat tak apa mak suruh kau buat petang ni?"

Terkebil-kebil Farisha dibuatnya. Cuba mengingat kembali apa yang diminta ibunya semalam.

"Ohh! Mak suruh Icha kemas homestay Pak Ngah kan?" bersinar matanya apabila dapat mengingat kembali.

"Nasib baik kau ingat, kalau tak ingat aku tak tahulah nak cakap apa Cha. Penat mak membebel."

Farisha senyum kambing.

Dia pun penat mendengar leteran ibunya itu, mana taknya hampir setiap hari ada sahaja yang tidak kena dengan dirinya. Namun siapalah Farisha, hanya anak yang tidak mampu memberi kesenangan kepada keluarga.

Telah hati kecilnya.

*************

Habuk yang jelas di mata kasar Farisha menyebabkan dia menjadi semakin serabut. Dengan lantai yang seperti tidak pernah dijejak orang, sofa yang berdebu, kipas yang hitam belaka penuh debu, dan banyak lagi lah. Dia mengeluh, tidak tahu mahu mula dari mana.

Katanya lusa baru orang yang menyewa itu sampai, patutlah suruh kemas awal-awal. Bersepah teruk rupanya!

Getus hati kecilnya itu.

Farisha memulakan operasinya dengan menyapu lantai bermozek itu, terpaksa kerana memang bukan lantai yang boleh dipijak dek orang! Penuh habuk-habuk, ranting-ranting kecil dari pokok luar rumah. Biasalah rumah kampung, sehari tidak menyapu sudah serupa berminggu dibiarkan begitu.

Lagu kegemarannya di mainkan, menari-nari Farisha sambil mengemop lantai. Matanya meliar melihat sekeliling.

Rumah dua tingkat ini kepunyaan Pak Ngahnya yang sekarang ini tinggal di Perak, kerana urusan kerja. Bila entah kali terakhir Pak Ngah ke sini, dia pun tidak pasti. Memang luas rumah itu, jauh beza dengan rumahnya. Pelik juga kerana belum pernah ada yang ingin menyewa rumah ini sebagai homestay. Mana tidak pelik, homestay ini terletak betul-betul di dalam kampung dan tidak ada yang menarik pun di sini, hanya sebuah kampung biasa. Kalau nak menyewa selama dua tiga hari tidak mengapa juga, tapi sebulan! Siapa ya yang menyewa di sini nanti?

Lamunannya terhenti bila bunyi motor buruk yang sangat dikenali kedengaran di halaman depan rumah.

Farisha tersenyum kecil. Seraya kakinya melangkah ke muka pintu, dilihatnya Mat Pin masih lagi di atas motor. Sedang membetul-betulkan entah apa yang berada di bakul motor. Farisha tersenyum lagi, kali ini lebih lebar. Kerjanya yang dianggap tidak mungkin akan siap sehingga lusa nampaknya boleh disiapkan hari ini juga. Yang sudah tentu dengan bantuan Mat Pin!

***********

Jus oren itu diteguknya laju. Siapa sangka yang Farisha sudah siap mengemas! Farisha hanya perlu tinggal membentangkan karpet pelbagai corak dan sedikit hiasan untuk diletakkan di homestay itu.

"Terima kasih pin, kalau kau takde aku rasa sampai esok pun aku tak dapat nak siap." Luah Farisha ikhlas.

"Apa guna kawan, tak sampai hati aku nak biar kau kemas sorang."

Farisha sedikit terkedu. Wah! Cool juga kawan dia seorang ini. Memang betul-betul gentleman!

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Hmm." Sambung Mat Pin tanpa memandang Farisha.

"Apa dia?" tanya Farisha ingin tahu. Aduh Mat Pin ni, bagitahu jelah ni main teka-teki pulak.

"Bulan Oktober ni aku pindah KL, eh taklah KL pun. Dekat bangi je."

Terkelip-kelip mata Farisha tidak percaya.

"Tu.. Kejap.. Maknanya lagi tiga bulan lah ni?" tergagap-gagap Farisha dibuatnya.

"Haah, mak cik aku ada carikan aku kerja. Tapi bulan sepuluh nanti baru ada kosong. Jadi, aku pindah sana nanti. Aku bagitahu kau awal-awal biar kau tak terkejut. Yelah, mana kau nak cari kawan hensem macam aku kat kampung ni lagi." Terang Mat Pin separuh bergurau.

Mungkin tubuhnya yang kebetulan tengah penat, menyebabkan air matanya turun dengan laju. Sebentar sahaja sudah kedengaran Farisha menangis teresak-esak.

"Oii! Kau nangis kenapa? Aduh.." Serba salah Mat Pin, dia tidak tahu hendak buat apa. Mata Farisha yang lecak dengan air mata direnungnya. Tiba-tiba dia pun berasa sebak. Farisha adalah sahabatnya semenjak kecil sehingga lah sekarang. Usia persahabatan yang melebihi 25 tahun itu bukannya biasa-biasa. Air mata jantannya ditahan, kang tidak pasal-pasal jadi pesta air mata nanti.

Kesepian memenuhi ruang itu. Masing-masing tidak bercakap walau sepatah pun. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan Farisha.

***

Sorry guys bab 2 ni pendek sikit dari biasa. InsyaAllah bab 3 akan update secepat yang mungkin. sebab bab 3 ni dah start first encounter Farisha dengan Adam Daniel! Please be excited! ehehe

not sure whether to continue this as a novel or cerpen... what do u guys think?

oh ya.. buat masa sekarang sis letak jisoo blackpink sebagai heroin. ok ke?

Cinta kambingWhere stories live. Discover now