Bab 15

500 59 1
                                    

Rowena Rivera

Saya terpegun apabila kaki saya melangkah ke dalam rumah Aalaric. Rumah yang baru beberapa jam saya tinggalkan mendadak berubah. Perabot-perabot moden yang menghiasi ruang tamu sudah ditukar dengan perabot bercorak bunga-bungaan membuatkan ruangan tamu kelihatan lebih feminine dan comel. Saya terpegun beberapa minit menyebabkan Aalaric tertawa.

Manakala kawasan dapur pula berubah menjadi lebih kemas dan padat. Almari dan rak yang dahulunya tinggi sudah ditukar kepada yang lebih rendah dan besar. Cawan-cawan dan peralatan memasak pula hanya diletakkan di bahagian bawah yang lebih mudah dicapai.

Saya memandang Aalaric kebingungan. Kenapa perlu menukar perabot-perabot yang masih elok, Adakah dia akan mengundang tetamu atau adakah dia akan berkahwin tidak lama lagi. Dan tiba-tiba saya merasa sakit hati dan kecewa memikirkan kemungkinan yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain.

Namun semua pertanyaan saya terjawab apabila Aalaric membuka mulutnya. “I do this for you angel so that you feel yourself at home.” Dia menjawap perlahan. Saya dapat merasakan keikhlasan dia. Dan tiba-tiba saya merasa serba salah. Saya tahu yang saya tidak akan tinggal di rumah ini selama-lamanya, beberapa hari lagi saya akan balik ke apartment saya tapi saya tidak tahu bagaimana untuk memaklumkan kepada Aalaric kerana dia sudah berusaha untuk menjaga keselesaan dan keselamatan saya.

“Thank you Aalaric. I will always remember your kindness.”

“It's ok my bella angel. It's my pleasure. Now go change I'll make a feast for us.” Aalaric memberikan arahan dan saya mengikut arahannya seperti kerbau yang dicucuk hidung. Saya naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.

*******

Tanpa disedar sudah seminggu saya menumpang di rumah Aalaric. Pino masih berada di klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut. Dan terima kasih kepada doktor Marie kerana Pino dijangka akan keluar tidak lama lagi.

Sepanjang saya berada di rumah Aalaric, hubungan kami semakin mesra dibandingkan dengan dulu. Hari demi hari Aalaric melayan saya semakin baik. Pada setiap petang dia akan membawakan bunga dan seperti biasa saya akan menyimpan bunga tersebut ke dalam pasu lalu Aalaric akan meletakkan pasu tersebut di meja makan.

And speaking of eating......  adalah menjadi rutin Aalaric untuk memasak pada setiap hari. Apabila saya cuba untuk membantu menyediakan makanan, Aalaric hanya menggelengkan kepalanya sebelum bergurau yang dia tidak ingin saya membakar dapurnya.  saya hanya mampu menyediakan air minuman.

Kadang-kadang Alex akan menyertai kami untuk makan malam. Dan saya sering terdengar mereka berdua berbisik antara satu sama lain namun Aalaric hanya memberitahu saya yang mereka sedang berbincang mengenai kerja apabila saya bertanya kepada dia. Melalui beberapa perbualan saya bersama Alex, saya mendapat tahu yang Alex sudah bekerja selama 3 tahun dengan Aalaric. Alex juga merupakan orang kepercayaan Aalaric tapi yang menghairankan saya Alex tidak bekerja dalam pejabat, sebaliknya dia lebih banyak melakukan kerja luar. Saya membuat kesimpulan bahawa Alex seorang lelaki yang baik dan mengingatkan diri saya agar memperkenalkan Alex kepada Nekel.

Lamunan saya terhenti apabila sepasang tangan menyentuh pinggang saya. Saya tidak perlu berpusing untuk mengetahui siapa pelakunya daripada keselesaan yang sentuhan dia berikan.

“What's the matter bella ?” Satu senyuman kecil terukir di bibir saya apabila dia memanggil saya bella. Saya tidak tahu apa maksud bella atau bahasa apa yang dia gunakan tapi setiap kali dia memanggil saya dengan nama bella, bunga- bunga mula mekar di hati saya. So, saya simpulkan yang bella adalah panggilan sayang.

“Why angel, did someone upset you? “ Aalaric bertanya lagi apabila saya hanya mendiamkan diri. Dia memusingkan badan saya untuk berhadapan dengannya. Muka dia penuh kerisauan.

“Nothing. I just miss my apartment.”

Aalaric melepaskan satu keluhan. Dia menarik saya ke ruang tamu dan mendudukan saya di sofa, disebelahnya.

“I know bella. But like I said before it's easier if you stay here. It's not safe for you to go back to your apartment alone.”

“What do you mean it's not safe? It's my apartment.” Saya mengangkat sebelah kening kepadanya seolah-olah mencabar dia untuk memberitahu sebab kenapa apartment saya tidak selamat.

“Aalaric please tell me.” Saya menguatkan suara saya.

Aalaric mengeluh lagi buat kali kedua sebelum membalas “Remember that freaking rapist guy?” Saya mengangguk, sudah tentu saya masih ingat tentang lelaki yang hampir merogol saya di lorong gelap apartment saya.

“Well, he escaped.”

“B..but. H..how ?” Saya tergagap-gagap. Memikirkan yang lelaki gila tersebut masih bebas diluar sana membuatkan saya kecut perut.

Aalaric mengusap lembut rambut saya . Dia tahu saya masih trauma dengan kejadian itu. “We gave him to the police but after that he had escaped.We still don't know how.”

“That's why it's not safe for you to be alone in your apartment angel. Besides, I have to attend three days meeting  in the countryside. Of course, I want to bring you with me but I'm afraid you want to stay here.”

Tiba-tiba saya merasa sedih. Aalaric perlu menghadiri meeting selama tiga hari di luar negara, bermaksud saya akan berseorangan. Saya sudah begitu terbiasa dan selesa dengan kehadiran Aalaric pada setiap hari oleh itu ketiadaan dia disisi saya selama tiga hari terasa pelik.

“Wh..when you leave?” Saya bertanya dengan terketar-ketar, tapi bukan sebab ketakutan tapi akibat menahan kesedihan.

“Tomorrow morning.” Aalaric menjawap perlahan. Saya tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipi saya. Aalaric kelihatan terkejut dengan reaksi mengejut saya. Dia kelihatan panik, tidak tahu apa yang perlu dibuat sehinggalah dia melutut dilantai menghadap saya kemudian memeluk saya dengan erat.

Air mata saya semakin laju mengalir. Perasaan saya terasa sangat pelik. Baru saja beberapa minggu atau bulan lalu saya berdiri ketakutan di depan Aalaric tapi sekarang saya sedang menagisi pemergian dia.

“Shhs angel don't cry.” Dia memujuk lembut sambil tangan dia tidak henti-henti menepuk-nepuk bahu saya.

“Please don't cry bella. It's hurting me seeing you like this.” Dia memujuk lagi apabila esakan saya semakin kuat. Bahu saya turun naik menahan tangisan yang semakin kuat. Oh, saya memang cengeng.

“It's just..just fe..feel so weird. I..Im familiar with yo..ur your presence. I..i.. don't know how to  manage without you.” Saya membayangkan bersendirian di rumah yang besar ini tanpa kelibat Aalaric yang akan menemani saya.

Tiba-tiba Aalaric tersenyum. Senyuman yang lebih indah daripada yang dia pernah berikan. Senyuman yang penuh kegembiraan dan kelegaan. Saya memandang dia kebingungan .

Really ! Is it fun to watch someone cry ?!

Apabila dia menyedari yang dia tidak sepatutnya gembira, dia mengelap sisa- sisa air mata di pipi saya dengan lembut.

“I just so happy that you are comfortable with me. Don't worry my angel three days will past just like wind. I will arrange bodyguards to pick and send you to work. But please, you will not go anywhere without the bodyguards. Promise me bella ?” Aalaric merayu. Dia mengaitkan jari kelengkeng kami kemudian mengucup tangan saya.

“And now bella let's enjoy our time together...”





Note
Hello😍 2 hari kan baru saya dapat update..sorry
Dan saya ada berita buruk, mungkin dalam beberapa hari ini saya tak dapat update atau lambat update. Because im on vacation ! 😂😍😍😍 nanti saya belanja gambar ya😂
But ipromise i will update ASAP dan bab seterusnya akan ada sikit ‘mature content’ 😂
Ok babai, have a nice day ya walaupun kota kinabalu sekarang sedang hujan.

StargazingWhere stories live. Discover now