Bab 24

8.3K 250 42
                                    

"Abang! Kenapa ni". Hana menerpa ke arah Aidil yang terhuyung hayang keluar dari bilik air.

"Kepala aku pening. Semua benda berpusing-pusing". Hana segera mendapatkan Aidil. Memapahnya ke katil. Namun dengan kudratnya yang tidak seberapa untuk menampung badan Aidil menyebabkan mereka sama-sama terjatuh ke atas katil. Badan sasa Aidil menghempap badan Hana yang kecil molek itu.

"Aduh!". Hana ingin menggosok dahinya yang berlaga dengan dahi Aidil tetapi terbantut kerana ianya sudah bercantum. Haruman shower menusuk deria bau Hana. Nafas Aidil pula bertaut dengan nafasnya. Kaku memandang anak mata masing-masing.

Aidil dapat merasakan degupan jantungnya serancak degupan jantung Hana.

"A.. Ab..abang...". Panggil Hana perlahan.

"Oh! Maaf". Mohon Aidil dan kemudiannya bangun dan duduk di birai katil.

"Tak apa. Abang berhak". Jawab Hana. Dia juga bangun dan duduk di sebelah Aidil.

"Abang... Hana nak minta sesuatu boleh tak?". Pinta Hana lembut.

"Hmmm...". Dia nak minta apa ni. Takkanlah... Keluh Aidil di dalam hati.

"Boleh tak jangan cakap kasar-kasar dengan Hana. Bahasakan diri aku kau. Hana tak biasa. Abang tak ingat Hana pun tak apa asalkan abang tak membenci Hana". Hana menahan air matanya dari merembas keluar.

"Aa..Arghhh... Tak boleh la. Rasa janggal". Aidil bersuara lemah.

"Tak apa. Sekarang tak boleh. Esok abang cuba lagi dan lagi. Hana tunggu. Hana nak abang yang dahulu". Hana menggenggam erat tangan Aidil.

"Saya dahulu macam mana. Hmmm... Maksud saya sepanjang saya masih ingat siapa awak?". Tanya Aidil. Hana tersenyum gembira. Tidak membahasakan diri seperti sebelum ini pun tak apa. Janji tidak kasar lagi.

"Abang seorang suami yang sangat memahami, penyayang dan sangat perihatin. Boleh menerima Hana seadanya walaupun Hana ni lebih tua dari abang, balu pulak tu". Aidil menoleh seketika meneliti seraut wajah isteri yang tidak dia ingati. Langsung tak nampak tua dari aku pun. Kata Aidil di dalam hatinya.

"Kenapa pandang Hana macam tu". Tanya Hana pelik apabila mata Aidil mencerlung kepadanya.

"Betul ke awak lebih tua dari saya?". Tanya Aidil.

"Betul la. Kejap saya tunjuk kad pengenalan saya". Hana cuba bangun namun Aidil segera menghalang.

"Tak payah tunjuk. Saya percaya". Hana tersenyum lagi apabila mendengarnya.

"Abang... Mari Hana pakaikan baju. Mesti sejukkan". Hana mengambil baju melayu yang dia sediakan siap-siap semasa Aidil tengah mandi.

"Err.. Tak apa. Saya pakai sendiri". Segan Aidil dibuatnya sampai baju pun kena orang pakaikan.

"Ala... Selalu Hana yang pakaikan untuk abang. Bagilah Hana pakaikan ya". Cubaan untuk menggoda suami sendiri. Biarlah sebelum ini dia tidak pernah pun pakaikan untuk Aidil. Malu itu masih ada walaupun sudah menjadi suami isteri.

"Ye ke selalu pakaikan? Macam tak je?". Aidil memandang wajah Hana yang makin merona kemerahan.

"Ye la.... Cepatlah. Nanti Triple H kita bangun dah tak boleh manja-manja". Kerasukan agaknya si Hana ni. Walau apa cara sekalipun dia akan cuba asalkan dapat memiliki kembali suaminya.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now