Bab 48

5.4K 240 50
                                    

Memang benar, talak seorang suami yang dipaksa untuk melafazkan talak adalah tidak jatuh talaknya.

Sabda Rasululkah SAW maksudnya: tiada talak dalam ighlaq (paksaan). -- riwayat al-Hakim.

Dalam hadis lain pula Rasulullah bersabda maksudnya: dimaafkan daripada umatku (perbuatan tersalah, terlupa dan apa-apa yang mereka terpaksa untuk melakukannya).
-- riwayat al-Tabarani.

"Abang tak payah nak gembira sangat. Airina tak jahil sangat pasal agama. Talak tadi tak terjatuh pun. Airina sengaja minta abang buat begitu supaya betina tu ingat abang sudah ceraikan dia. Biar dia rasa kecewa seperti Airina rasa selama ini". Bicara Airina telah merobohkan tembok harapan Aidil.

"Kalau tak jahil kenapa buat macam ni?. Sampai hati Airina culik isteri dan anak-anak abang". Tanya Aidil.

"Matlamat Airina cuma dapatkan abang sahaja. Memang cinta tidak boleh dipaksa. Jadi tidak ada sesiapa pun yang dapat paksa Airina supaya berhenti mencintai abang. Cinta memang gila malah membuatkan Airina semakin menggila".

"Oleh kerana kita akan bersatu awal pagi esok. Airina akan ceritakan semua perkara yang berlaku selepas abang tolak cinta murni ini". Kata Airina sambil memegang dadanya.

Aidil tidak beriaksi langsung dengan butir bicara Airina itu. Malah membiarkan sahaja gadis itu teruja seorang diri.

"Pada malam majlis nikah abang dengan Nelly, Airina bertindak meninggalkan rumah walaupun ketika itu cuti semester belum habis lagi. Airina pergi tanpa hala kerana terlampau kecewa dengan penolakkan abang".

"Pada malam itu jugalah titik hitam dan sisi gelap telah muncul dalam diri Airina. Maruah Airina diragut secara bergilir-gilir oleh samseng jalanan. Setelah badan ini lunyai dan nyawa-nyawa ikan, mereka humbam pula Airina ke dalam lombong". Barulah Aidil beriaksi dengan kata-kata Airina.

"Ya Allah Airina. Kenapa tidak beritahu kepada keluarga?. Kami sentiasa ada untuk Airina kan?". Aidil bersimpati dengan perkara yang menimpa Airina.

"Jangan terlalu cepat simpati dan kesian dengan Airina. Banyak lagi yang abang tidak tahu". Ucap Airina dengan pandangan sinis. Aidil mati kata dan mengunci mulutnya.

Airina meneruskan bicara. Dia nekad untuk membuka segala-segalanya supaya Aidil tahu dan sedar betapa bodohnya dirinya itu.

"Hurmmm... Airina diselamatkan oleh seseorang semasa hampir mati lemas. Seseorang yang merawat segala luka dan sakit di badan ini. Sebulan menghilangkan diri tetapi tidak seorang pun dari keluarga abang mencari Airina. Remuknya hati dan jiwa Airina ketika itu".

"Airina kan cakap nak balik ke kampus melalui sepucuk surat yang Airina tinggalkan sebelum pergi. Jadi kami tidak carilah Airina, lagipun selepas itu Airina balik ke rumah seperti biasa". Kata-kata Aidil itu Airina patahkan dengan tawa terbahak-bahak.

"Sebab kamu semua bodoh dalam membuat penilaian dan keputusan. Betul kata Uncle. Orang bodoh layak untuk dipermainkan sahaja. Seperti Abang, Nelly dan Hana".

"Airina balik dengan matlamat untuk menghancurkan hidup orang yang menolak cinta Airina dahulu. Kerana dia Airina menjadi seorang yang kotor dan tidak bermaruah. Kerana dia jugalah sebuah organ yang sangat berharga bagi seorang perempuan terpaksa dipisahkan dari badan ini". Bernada sedih tetapi tetap keras butir bicara Airina. Aidil cuba beriak biasa walaupun telah terkesan dengan luahan Airina itu.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now