👹 Fakta 52 👹

493 42 9
                                    

KHADAM

Pernah dengar apa tu khadam??  Mesti pernahkan.. Orang Melayu tak akan lari dari benda ini.

Khadam ini ada banyak jenis. Jom author kongsi ilmu ini.

1. Khadam belaan atau saka.  Biasanya jenis belaan ini diambil oleh seseorang untuk tujuan tertentu. Khadam ini perlu ada perjanjian antara manusia dengan jin. Tugasan khadam ini biasanya adalah menjaga ahli keluarga pemiliknya. Khadam jenis ini sukar untuk dibuang sekiranya dah ambil kecuali pemiliknya meninggal dunia dan diserahkan kepada pewaris seterusnya. Kalau tidak di warisi oleh sesiapa. Habis lah. Satu keturunan kena ganggu. Bahaya-bahaya.

2. Khadam pendamping. Khadam jenis ini sengaja diambil. Biasanya ia hadir dalam bentuk susuk. Khadam ini bertujuan untuk menjaga pemakaian supaya muda dan cantik. Sekiranya tidak dibuang, ia akan membawa kesan yang buruk kepada pemiliknya. Lagi-lagi bila nak meninggal dunia.

3. Khadam ilmu pula hadir daripada amalan seseorang itu melalui pembacaan. Selain itu, ia juga boleh hadir melalui memasukkan sesuatu pada badan supaya menjadi kebal.

4. Khadam keris. Khadam ini berasal dari dalam besi keris atau pembuat keris. Tujuan pembuat keris memasukkan khadam supaya keris yang dimiliki mempunyai kelebihan tertentu. Kehebatan khadam itu bergantung pada pembuatnya. Semakin tinggi ilmu pembuat keris, semakin hebat khadam di dalamnya.

5. Khadam biasa. Biasanya ia wujud pada sesuatu batu permata.  Sesetengah orang percaya batu permata ini mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya batu geliga embun, geliga lipan, buntat kelapa dan macam-macam lagi jenis batu.

Banyakkan jenis khadam. Rasa ada lagi tapi buat masa ini, author kongsi yang ini dulu ye. Semoga bermanfaat. Jangan berpaut pada makhluk lain selain Allah. Allah lebih berkuasa dari mereke. Berserahlah pada Allah.

Inilah Fakta ✔Where stories live. Discover now