👱 Fakta 56 👱

429 34 1
                                    

KEROSOKAN GIGI IBU MENGANDUNG

Fakta mengatakan bahawa ibu mengandung berpontensi untuk mengalami kerosakan gigi. Namun, ingin di jelaskan dengan TEGAS  di sini   kerosakan gigi ibu bukan di sebabkan kalsium telah diserap oleh bayi.

Mitos ini salah sama sekali ye kawan-kawan. Kerosakan gigi ibu mengandung ada 3 faktor :

1. Perubahan hormon.
Pada keadaan ini emosi ibu yang hamil sangat berubah-ubah. Yang sudah bergelar ibu pasti lebih arif bagaimana keadaannya. Mahu makan itu dan ini. Kehendak begitu dan bergini. Oleh demikian, gusi mereka lebih mudah terdedah dengan jangkitan dan mulut juga selalu kering.

2. Alahan
Kebanyakan ibu hamil mengalami alahan dan sering muntah di awal fasa kehamilan. Asid dari dalam perut yang keluar ketika muntah boleh menghakis permukaan gigi.

3. Perubahan Diet
Kecenderungan ibu hamil mengambil makanan yang tinggi kandungan gula ketika hamil juga salah satu penyumbang faktor kerosakan gigi. Hal ini kerana, tiada menjagaan gigi yang bersih dan terlalu sering makan makanan yang manis.

Kesimpulannya,  kerosakan gigi ibu hamil boleh ditangani dengan menjaga kesihatan mulut dengan sempurna bukan sebab baby ye.

Inilah Fakta ✔Where stories live. Discover now