Bab 5

9.8K 260 0
                                    


"KIRA tak nak!"
   "Syamil tak nak!" Aku dan Haziq saling berpandangan sebelum memalingkan muka kami.
   "Kira tak nak duduk berdua dengan dia," kataku sambil menunding jari ke arah Haziq. Haziq memandangku tajam.
   "Kau ingat aku nak juga ke?"
   "Sudah-sudah! Keputusan kami sebagai ibu bapa adalah muktamad. Kalau kamu berdua nak bantah pun, semuanya akan jadi sia-sia." Aku terus naik ke atas menuju ke bilikku sambil menghentakkan kaki.
   Haziq aku tengok macam dah redha. Cepat sangat kau redha wahai Haziq!😤 Aku masuk ke dalam bilik terus menghempas tubuhku ke atas katil.
   "Ahh!!!" Jeritku sambil muka ditekup dengan bantal. Adik-adikku sibuk di dalam bilik mereka membuat kerja sekolah. Cuti seminggu memang banyaklah kerja cikgu bagi tapi aku dah siapkan awal-awal lagi. Sebab takut kalau-kalau perkara yang tak nak berlaku, terjadi. Macam sekarang.








Haziq P. O. V

   Penat bertekak, Anis naik ke atas. Aku pandang je dia naik. Malas juga nak hadap muka dia tapi dalam hati rindu~
   "Syamil, tolong pujuk Kira ya. Uncle tahu kamu sorang je boleh pujuk dia," rayu uncle Faizal. Aku cuma mengangguk. Itu je yang aku mampu balas. Aku meminta pamit untuk pergi ke bilik Anis.
Aku mengetuk pintu bilik Anis yang berada betul-betul di hadapan tangga. Macam mana aku tahu? Sebab setiap pintu bilik adik-beradik dia mesti ada nama dorang. Contohnya, bilik dia ni ada tulis 'Ketuk dulu bilik Kira.' Macam tulah aku tahu yang ni bilik dia.
Aku tunggu sahaja dia membuka pintu biliknya. Aku mengetuk sekali pintu biliknya. Kali ni lagi kuat. Sengaja nak buat dia takut. Dari luar ni aku dapat mendengar bunyi tapak kaki dia menghampiri pintu.
"Jangan kacau Kira–" Aku mengangkat kedua keningku memandangnya sambil bersandar di tepi pintu. Terkejut dia bila tengok aku kat depan pintu dia.
"Kenapa tak boleh kacau Kira?" Aku menanyakan kepadanya.
Anis hanya menundukkan kepalanya. Malulah tu! Aku masuk ke dalam biliknya tanpa diundangnya.
"Haziq, keluarlah!" Aku cuma memekakkan telinga. Aku mengerling sekeliling. Lawa bilik! Boleh buat isteri ni. Aikk, bukan ke akan jadi isteri?
"Haziq, keluarlah. Nanti abah nampak mati saya," rayunya. Aku memandang sekilas sebelum merebahkan badan ke atas katilnya. Empuk gila!
"Haziq..." Aku mengangkat sedikit kepala memandangnya.
"Sinilah," aku menepuk katil di sebelahku. Mula-mula aku nampak dia macam takut tapi bila aku pandang dia macam nak makan orang dia terus duduk kat sebelah aku.
Aku membetulkan posisiku. Sebelum ni aku baring, sekarang ni aku duduk bersila sebelah dia. Aku memandang dia yang sedang menundukkan kepala.
"Macam mana cuti kau?" Anis memandang aku naif. Ya Allah, comelnya dia ni!
"Biasa je lagipun kita baru cuti ni, kan?" jawabnya. Tenang je aku dengar suara dia walaupun aku tahu dia tengah gugup bila dengan aku.
"Biasanya waktu cuti sebelum ni kau buat apa?" tanyaku sambil bermain hujung selendangnya. Sengaja nak bermanja dengan dia. Dia pun aku tengok macam tak marah je.
"Saya–"
"Habiskan masa dengan Eiman, kan?" Membulat mata dia bila pandang aku. Terkejut ke bila aku tahu rahsia dia? Aku tahulah sebab tuh memang adat bila orang tengah bercinta.
"Anis, aku tahu yang kau dengan dia putus sebab perkahwinan kita ni, kan?" Anis kembali menundukkan kepalanya. Aku tahu dah apa jawapan dia.
Aku mengambil tangannya lalu mengusapnya. Macam dah kahwin pula! Aku memandang dia dari bawah. Tiba-tiba tangan aku jadi basah. Aku ternampak titisan-titisan air mata dia menitik. Aku tahu dia tengah menangis. Aku melentokkan kepalanya ke atas dadaku.
"Menangis lah. Menangis sampai tak ada air mata nak keluarkan. Luahkan semua perasaan sakit kau kat atas dada aku ni," ujarku. Terus dia menangis dengan kuat sekali.
"Saya sayangkan dia, Haziq. Saya tak boleh nak lupakan dia. Dia orang yang paling saya sayang lepas ibu dengan abah." Walaupun hati aku rasa sakit tapi aku terpaksa kuat. Daripada terlepas tanggung rasa sakit lepas kahwin, lebih baik tanggung sakit sebelum kahwin ni.
Habis basah baju aku bahagian dada ni. Aku terasa nafas Anis mula teratur. Aku memandang wajahnya. Tidur dah rupanya. Perlahan-lahan aku membaringkan tubuhnya ke atas katil kemudian menyelimutkan tubuhnya.






Anis P. O. V

Tinggal sehari lagi nak PT3. Sekejap je, kan? Kalau aku pun macam tak percaya. Lagi-lagi tarikh pernikahan aku dengan Haziq dah nak dekat juga. Sekarang ni takut aku bukan pada PT3 tapi pada hari pernikahan aku.
Lepas kejadian yang berlaku kat rumah aku yang hanya aku dan Haziq je tahu, aku dah boleh move on sedikit demi sedikit. Tapi kalau aku pandang muka Eiman tengah seronok ketawa, hati aku rasa sakit. Lagi-lagi kalau dengan geng aku yang perempuan.
Hubungan aku dengan geng-geng aku yang lain jadi renggang lepas aku putus dengan Eiman. Sebab dorang yang satukan aku dengan Eiman. Nasiblah ada Haziq temankan aku pergi mana-mana.
Cakap pasal Haziq, sekarang aku dah boleh kenal dia macam mana. Rupanya dia pun macam aku. Cuma dia boleh terima takdir Allah. Tak sangka dia boleh macam tuh sekali. Lagi-lagi bila dia faham perasaan aku.
Aku selalu pandang rendah pada dia. Rasa bersalah pula aku pada dia tuh. Bila waktu cuti Sabtu dan Ahad, dia selalu datang rumah aku. Katanya nak ulang kaji sama dengan aku. Aku pun terima dengan hati terbuka. Ikhlas tau!
"Amboi, termenung jauh nampak!" Aku mengerling ke sebelah. Pelik budak dia. Asal tiba-tiba tegur aku ni?
"Tak adalah, Pja. Ni kenapa tiba-tiba baik dengan aku ni?" tanyaku straight to the point terus.
   "Betul ke kau dah nak kahwin lepas PT3 ni?" Ya Allah, macam mana berita ni boleh dia tahu?!!!
   Aku hanya mendiamkan diri. Aku pandang je dia. Aku tengok dia macam nak mengumpat aku. Hafizah pergi dari tempatku menuju ke tempat kami selalu lepak dalam kelas. Dan mulalah agenda dia~
   "Weh, nak tahu tak? Lepas PT3 nanti, dengar Anis dah nak kahwin." Dah agak dah. Aku tengok semua geng aku. Semua terkejut. Aku tunggu je sambungan ayat dia.
   "Tadi aku tanya Anis sebab nak tanya kepastian tapi aku tengok dia macam senyap je, mesti betul berita tuh." Geng-geng aku tanya dia bila. Kalau nak tahu lebih lanjut, lebih baik tanya aku bodoh!
   "Aku rasakan mesti perut dah ada isi–" Wow, ini dah melebih. Macam orang tua lah pemikiran kau ni, Pja. Aku bangun terus pergi ke tempat dorang.
   "Nanti jemputlah datang rumah ya," selamba badak air je aku pergi terjah dorang. Mulalah terkejut beruk. Macam tak kenal siapa Anis.
   "Anis, betul ke kau kahwin sebab perut kau–" Belum Izam habiskan ayat dia, aku dah potong line.
   "Kalau kau percayakan khabar angin yang tak elok tuh, percayalah. Tapi aku tak tanggung dosa kau. Pandai-pandailah kau tanggung dosa fitnah tu ya." Aku terus berlalu pergi keluar. Kebetulan Haziq keluar dari kelas. Haish, dah memang jodoh kita orang ke apa? Asyik sama je.
   "Anis." Aku senyum nipis je pada dia. Tengah mood tak baik ni.
   "Asal ni?" tanya dia. Aku pandang dia kosong. Tak tahu apa nak cakap pada dia. Nak mengadu macam gedik pula. Nak pendam pula makin sakit hati adalah.
   Haziq menarik tangan aku untuk aku ikut langkah dia. Aku pun ikut je. Aku rasa dia je yang boleh faham aku sekarang ni.
   "Cerita pada aku. Kot-kot aku boleh tolong kau," ujarnya. Aku menundukkan kepala ambil menggosok lengan kiri.
   "Pasal kahwin kita."
   "Ok, lepas tuh?" Entah kenapa tiba-tiba air mata aku mengalir. Terkejut juga Haziq bila lihat aku macam ni.
   "Jangan nangis. Beritahu aku cepat," arahnya.
   "Kawan-kawan saya makin ramai bencikan saya." Haziq memeluk tubuh aku. Aku tak membalas pun.
   "Aku faham kau. Kau jangan risau. Aku boleh jadi kawan kau. Jangan fikirkan orang lain. Fikirkan aku je. Aku takkan bencikan kau dan sakitkan hati kau. Aku sayang kau, Anis." Terkebil-kebil aku pandang dia. Apa yang dia cakap tadi?
   "Apa maksud awak 'awak sayangkan saya'?" Dia tersenyap. Tersalah cakap ke? Aku pandang dia nakkan jawapan. Haziq balas pandang aku sambil senyum sebelum menggeleng.
   "Masih awal untuk kau tahu benda ni."  Dia menarik aku balik ke kelas semula. Aku masuk kelas aku, dia masuk kelas dia.

Bertakhta Di Hati [C]Where stories live. Discover now