10-Awak

79 4 0
                                    

Kereta masih dipandu laju.

'Awak!, bukan laju macam ni, perlahanlah sikit, takutlah,' Syifa menutup matanya.

'Awak juga yang kata, meter sesuku lah, nak lajulah, saya bawalah laju, hihi,' Lut Mifzal ketawa kecil.

'Awak... takutlah..,' Syifa seakan merengek simpati.

'Yer, baiklah Cik Syifa, saya bawa biasa-biasa jer, lagi pun dekat jer tempat yang awak nak pergi tu dengan tempat yang saya nak bawa awak dinner tu, jalan pun jalan yang sama,' Senyum Lut.

'Tak lambat ke kita nanti kalau awak bawa macam ni,'

'Tak, kejap lagi sampailah,'

'Oh! ok,'

Syifa termenung seketika, terimbas kembali hal petang tadi. Air matanya seakan mahu memenuhi kelopak mata. Di kawalnya segera. Hatinya boleh menerima, tapi manusia tidak lepas dari rasa marah dengan sesuatu perbuatan yang menyakitkan hati.

'Sakitnya hati aku ni dengan kata-kata dia tu, nama jer raja tapi perangai, huh! dahlah suka berfoya-foya, menipu pula tu, orang macam tu sepatutnya biar jer di timpa kemalangan, biar tahu rasa sakit, luka-luka, berjahit, eee...geramlah,' Syifa menutup matanya tanda hatinya letih. Dia terlelap seketika.

Kereta milik Lut kini memasuki ruang pakir sebuah rumah anak-anak yatim.

'Awak kita dah sampai,'

'Awak!,'

Lut Mifzal tersenyum melihat Syifa Amira terlelap.

'Syifa?,'

'Ermm?,' Syifa tersedar.

'Baru jer awak bercakap dengan saya, cepat betul awak terlelap, awak letih ke?

'Eh! taklah...tak letih pun, sejuk aircond ni, itu yang di buai mimpi tu, oh!...kita dah sampai yer?,'

'Ya, kita dah sampai,' Senyum Lut.

'Awak, awak tunggu sekejap yer, saya nak jumpa dengan seseorang,' Syifa membuka 'seat belt' nya. Syifa tersenyum dan keluar dari kereta. Lut membalas senyumannya.

'Assalamu'alaikum Pak Cik Akhbar,'Senyum Syifa.

'Wa'alaikumsalam, oh! Syifa, ini mesti Syifa nak berjumpa dengan Puan Hajar, kan?,' Pak Cik Akhbar selaku pengawal.

'Yer Pak Cik, Kak Hajar ada tak?,' Senyum Syifa. Ramah Syifa dengan Pak Cik Akhbar, sudah setahun dia mengenalinya. Terasa keakraban.

'Oh! ada, sekejap yer, eh! itu ha, dah datang, tak sempat nak panggil,' Senyum Pak Cik Akhbar.

'Assalamu'alaikum,' Seorang perempuan dalam lingkungan 40 an menghampiri Syifa dan Pak Cik Akhbar.

'Wa'alaikumsalam, Kak Hajar,' Syifa bersalaman.

'Datang pun Syifa, ermm..Syifa, malam ni, Kak Hajar nak perkenalkan Syifa dengan anak-anak yatim yang baru, dah seminggu mereka di masukkan ke sini, tapi...ermm,tak pelah.. jom kita masuk ke dalam dulu,' Senyum Puan Hajar.

'Kak, kawan saya, ermm... sebenarnya....,' Syifa tertunduk. Aduhai... serba salah pula nak cakap aku ada dinner. Wajah Syifa merah.

'Yang berada dalam kereta tu ke?,' Tunjuk Puan Hajar.

'Yer...yer kak, eh! ke mana pula dia, tadi ada,'

'Encik Lut dah masuk,' Senyum Puan Hajar.

'Eh! tapi...,' Syifa terkelu.

'Kita masuk dulu, nanti Lut akan ceritakan pada Syifa, jom,'

'Oh! baik kak, Pak Akhbar! Syifa masuk dulu yer,' Syifa senyum dan senyumannya dibalas dengan senyuman dan anggukkan Pak Akhbar, Syifa berjalan bersama dengan Puan Hajar menuju ke arah rumah anak-anak yatim tersebut.

DIA KEPUNYAAN TENGKUWhere stories live. Discover now