BAB 3 : Panas

124K 2.1K 6
                                    

Sebulan sudah usia perkahwinan mereka. Dalam tak sedar Keisha semakin menyayangi Aiden. Sejak kejadian malam itu , Aiden kembali menyepikan dirinya. Tidak mahukan Keisha terlalu mengambil berat terhadapnya. Hanya kerana Aiden takut untuk jatuh cinta pada isterinya.

Pintu bilik Aiden dibuka perlahan. Aiden terlihat masih lagi tidur meniarap tanpa baju.

Keisha berkira-kira mahu mengejutkan lelaki itu atau tidak. Lemah lututnya mahu bergerak. Tapi dia gagahkan juga.

Air liur ditelan perlahan sebelum Keisha duduk di birai katil. "Aiden bangun.." Kata Keisha lembut.

Serta merta tubuh bogel itu bergerak gerak. Aiden memisat-misat matanya. "Keisha.." Jantung Keisha bagai nak pecah bila Aiden menyeru namanya dengan suara serak itu.

"Ya ? Kenapa Aiden you tak sihat ke ?" Perlahan Keisha menghampiri Aiden. Dahi Aiden yang serabai dengan rambutnya dikemaskan sebelum merasai dahi Aiden.

Panas.

"Baby..you demam ni. Tak payah masuk office eh." Keisha naikkan kakinya dan duduk bersila di sebelah Aiden. Kepala Aiden diurut lembut.

"Uhm.." Seperti selesa dengan urutan Keisha , Aiden hanya diam memejamkan mata.Selesa rasanya apabila tangan mulus itu mengurut kepalanya. Perlahan rasa sakit kepala itu berkurangan. Sejak malam tadi kepalanya sakit jadi apabila dapat diurut , Aiden rasa selesa.

Keisha sudah tersenyum. Suka dia dengan Aiden yang tidak menolak perbuatannya. Selepas kejadian cium malam itu Aiden langsung menyepi dan menolak keras sentuhan Keisha. Kuat betul Aiden menahan nafsu.

"Badan you panas sangat ni. I basahkan dulu petang kita pergi klinik ya ? Em you nak bubur ? I boleh buatkan." Keisha mengusap usap leher Aiden. Cukup hangat.

"No tak payah. I..I just want you. Please stay." Suara yang serak basah itu menggetarkan jiwa raga Keisha. Menusuk. Apabila rasa kurang sihat , Aiden memang jenis yang suka bermanja. Kalau dahulu bermanja dengan ibunya kini pastinya dengan isteri sahnya.

Mata mereka bertemu. Lama dia memandang mata kelabu itu. "Okay anything for you." Dalam kesempatan ini Keisha kucup bibir Aiden sebelum membaringkan tubuhnya rapat ke tubuh bogel Aiden.

Secara automatik Aiden menarik pinggang Keisha ke dalam pelukannya. Apabila hangat tubuh terasa ditubuh Aiden , Aiden rasa selesa. Keisha tergamam. Pertama kali , pertama kali Aiden memeluknya. Keisha juga membalas pelukan itu dan mencium dada Aiden lembut.

Dagu Aiden yang berada di atas kepala dieratkan. Rasa bersalah menerpa kerana dia tidak melayani Keisha seperti sepatutnya. Pelukan dikemaskan sebelum dia berkata , "I'm sorry." tanpa suara.

***

Tidur Keisha terganggu apabila dia terasa ada sesuatu basah di sekitar lehernya. Apabila sesuatu itu mengenai titik kelemahannya terus dia mendesah. "Ahh.." Terus segar segala saraf. Meliuk lentik tubuh Keisha.

"Ai...Aiden ?" Panggil Keisha perlahan. Terus kepala Aiden yang berada di lehernya itu mendongak melihat wajah Keisha. Aiden hanya merenungnya. Sungguh dia tidak tertahan melihat leher putih itu yang seolah memanggilnya untuk mencium.

"You..dah okay ?" Teragak agak Keisha mahu bertanya.

"Hm.." Seraya itu dia bangun dari menindih Keisha. Keisha sudah rasa bersalah. Aku potong mood dia ? Aku ada tersalah cakap ?

"Sorry. Cepat siap petang nanti kita balik kampung." Sekelip mata tubuh Aiden hilang dari pandangan.

"Aiden..."

Tiba tiba hatinya diruntun sebak. Entah kenapa dia sangat perlukan sentuhan Aiden. Ciuman tadi cukup untuk Keisha merasakan sesuatu dalam diri Aiden.

.

.

Kereta diberhentikan di hadapan rumah kayu yang sudah malap itu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Agak lewat mereka tiba di Kedah.

Wajah Keisha yang sedang nyenyak diulit mimpi itu dipandang lama. Putih , licin dan menawan. Aiden tersenyum tawar. Siapa je yang tak akan jatuh cinta dengan wajah sebegini ?

Perlahan tangannya mengusap pipi Keisha. Hatinya terasa sakit setiap kali dia hiraukan Keisha. Hatinya sentiasa memberontak mahu kan Keisha. Tapi kerana ego yang menebal dia abaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Bukan mudah untuk mencintai seseorang sepenuh hati. Tapi kenapa setiap kali cinta berputik sepenuh hati , hati ini disakiti ? Kenapa ? Sakitnya dikhianati. Sakitnya dianiyai. Sakitnya dihina.

Aiden akui setiap bicara , setiap sentuhan Keisha padanya amat menenangkan. Seolah-olah penawar segala kesakitan. Tapi ego yang meninggi dia abaikan Keisha.

Maafkan aku Keisha.

"Aiden ? Kita dah sampai ?" Tersentak Aiden dari lamunannya tatkala Keisha mengenyeh matanya. Cepat-cepat dia jarakkan diri.

"Dah sampai. Kau masuk dulu , aku nak angkat barang." Seraya itu Aiden terus melangkah keluar. Keisha yang masih mamai hanya menuruti arahan.

"Ya Allah cucu nenek !" Sebaik sahaja Keisha memberi salam wajah tua seorang wanita menyergahnya.

"Nek.." Sapa Keisha mesra pada Nek Mah nenek Aiden. Mereka sudah pernah bertemu sebelum berkahwin jadi Nek Mah sudah mengenali Keisha.

"Lambatnya datang..lauk dah sejuk dah." Nek Mah menarik Keisha duduk di atas kerusi kayu. Keluarga Aiden sebelah ibunya semua berasal dari Selangor , cumanya neneknya gemar dengan suasana kampung jadi dia berpindah ke Kedah setelah kematian suaminya di awal perkahwinan mereka. Katanya untuk merawat hati yang luka dan kerana sebab peribadi wanita itu. Jadi Nek Mah hanya berloghat biasa walaupun sudah lama tinggal di Kedah.

"Jalan jammed tadi tu yang lambat sikit." Jawab Keisha. Tidak lama kemudian Aiden muncul dengan satu beg bagasi. Cukup untuk memuatkan pakaian dan barangan mereka berdua.

"Assalamualaikum nek." Aiden menyalami tangan itu. Tersenyum Nek Mah.

"Lama tak jenguk nenek ye lepas kahwin."

Aiden tarik senyum senget. "Sorry Nek Aiden busy sikit."

Keisha hanya diam mendengar perbualan itu. Tidak rasa mahu menyampuk. Dan dia perasan yang Aiden sangat lain dengan Nek Mah.

"Masuk lah bilik rehat. Kamu mesti penat."

"Kami masuk dulu ya. Selamat malam." Keisha sempat tarik senyuman kepada Nek Mah sebelum mengekori Aiden.

.

.

Keisha menguap panjang sebelum dia membuka baju yang tersarung di tubuhnya. Mahu membersihkan diri sejuk pula kalau sudah di kampung ni. Jadi Keisha hanya menukar pakaiannya.

"I tidur dulu eh good night baby." Keisha dalam keadaan separuh sedar kerana terlalu ngantuk. Pipi Aiden dikucup sebelum membaringkan tubuhnya ke atas katil.

Aiden terkebil-kebil dengan tindakan Keisha. Kemudian laju langkahnya menuju ke bilik air.

Goda Mr. PhilophobiaWhere stories live. Discover now