Air mata yang mengalir keluar ini seakan tidak mahu berhenti. Puas seharian menangis tetapi masih lagi keluar air mata itu. Hatinya rasa terluka sangat kerana Aiden langsung tidak datang menjenguknya. Dari pagi tadi dia tunggu tapi bayang pun tak nampak.
Terpaksa dia cover mukanya yang sebek itu dari pandangan jururawat yang setiap jam periksa keadaan dirinya. Tidak mahu mereka mengesyaki apa-apa.
"Mana awak ni...dah tak sayangkan saya ke ? Saya nak minta maaf ," Semakin deras air matanya bersama esakan. Walaupun kebanyakan yang berlaku bukan salah dia , namun Keisha dahulu yang memohon maaf dari Aiden. Dia fikir , dia masih belum menjadi isteri yang sempurna buat lelaki itu.
Tadi ada juga ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya datang melawat tapi waktu itu Keisha sudah diberikan ubat yang menyebabkan dia mengantuk.
Jadi bila dia sedar tiada siapa di dalam biliknya sekarang. Dia dapat tahu pun sebab ada jambangan bunga dan sebakul buah-buahan kegemarannya. Tapi sekarang langsung tiada selera mahu makan.
Keisha bersandar di katil. Air matanya dikesat kasar. Tenang Keisha , mungkin Aiden dah datang tadi tapi kau tengah tidur. Dia cuba bersangka baik. Semoga ianya benar.
***
Punggung dihenyakkan ke atas sofa. Pandangan mata coklat itu kini beralih kepada lelaki dengan jaket kulit hitam.
"Nice work Noah , sekarang kerja i pula." Lara duduk tersenyum sinis melihat Noah. Kerana cadangan Noah pagi tadi , Lara mendapat habuannya yang mungkin menjadi peluang terakhirnya.
"I nak 'makanan' i malam ni." Rokok disedut sedalamnya. Sambil melepaskan asap , matanya terarah tepat ke dalam mata Lara.
Lara bangun dengan lagak menggoda dan menghampiri Noah. Jaket kulit itu perlahan dia tolak ke tepi.
"Mestilah malam ni ," Nada yang cukup menggoncang nafsu Noah. Sekelip mata bibir mereka bertaut rapat. Masing-masing saling berbalas ciuman dengan asyik.
Noah memulakan kerjanya mencabut tudung yang dipakai Lara. Rokok yang masih berbaki dicampak ke dalam sinki. Lara juga turut meraba tubuh sasa lelaki itu. Dah lama tak mendapat , gian juga rasa. Heh.
"Esok ada kerja lagi jangan lupa ," Pesan Lara saat mereka mengambil nafas.
"Demi you i akan buat semuanya. " sekali lagi bibir merah milik Lara diragutnya.
.
.
Matanya dibuka luas. Suasana bilik ini dipandang. Ini bukan bilik aku. Aiden bangun dari perbaringannya. Sesekali kedua belah tangannya meraup rambut yang serabai itu.
"Ya Allah apa dah jadi ni ?" Aiden cuba ingat perkara yang berlaku sebelumnya tetapi dia tidak dapat ingat. Seperti telah diberikan sesuatu yang membuatkannya seperti khayal.
Namun tubuh tanpa baju itu digagahkan juga. Tak betah mahu duduk lama di bilik asing ini. Dan yang paling penting dia harus pulang ke rumah kerana Keisha sedang menanti. Eh ?
Kemeja putih yang berselerak di lantai dikutipnya. Segala barang-barang seperti dompet dan telefon diambilnya. Pantas kakinya keluar dari bilik itu.
Aiden yang masih terhuyung-hayang keluar dari rumah itu dengan tanda tanya. Kenapa di ruang tamu ada gambar Lara. Betul ke itu Lara atau ianya hanya gangguan mindanya ?
Dia sendiri tidak pasti tapi pada masa akan datang dia akan periksa semula.
***
Baru niatnya mahu menarik pintu wad Keisha , dia dapat hidu sesuatu yang kurang enak untuk rongga pernafasannya. Akibat bau itu mencucuk kuat serta merta pandangan Aiden bertukar gelap dengan cepat.
"Lemahnya kau." Noah dengan pakaian serba hitam menarik Aiden ke bahunya. Untuk bawa lelaki ini keluar dia harus berpura-pura kelihatan seperti Aiden sedang berjalan bersamanya.
Idea dari Noah dan aturan yang dibuat oleh Lara membuatkan pasangan itu semakin diambang kemusnahan. Kalau bukan sebab kotak merah yang Noah letak itu , pasti hubungan mereka akan berbaik semula.
Noah tahu semuanya kerana pada hari Keisha tinggalkannya di restoran , Noah telah mengekorinya. Dia ikut ke mana sahaja Keisha pergi.
Terlihat Keisha ke butik pakaian dalam wanita , Noah sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Shit !
Jadi sebab itu lah dia merancang tentang kotak merah itu bersama Lara. Dan ia membuahkan hasil.
Aiden diletakkan ke dalam kereta yang diparkir di kawasan dalam hospital. Noah tersenyum nipis seraya itu memasukkan sesuatu ke dalam tubuh Aiden dengan sekali injection.
"After this , Lara will be mine." Senyuman psiko ditayang.
***
Sampai sahaja ke rumahnya , Aiden terus membersihkan diri. Masih lagi tidak faham atau ingat perkara yang berlaku. Dan ketika ini dia boleh fikir yang Keisha tinggal di rumah ibu bapanya.
Rambut basahnya di lap dengan tuala kecil. Baju yang dia sudah letakkan di atas katil diambil dan disarungkan ke tubuh.
Saat dia mahu bangun dari katil untuk menyidai tuala , kakinya terasa seperti tersepak sesuatu di bawah katil. Dengan penuh rasa curiga Aiden mengintai. Apa yang mengejutkannya apabila dia terjumpa sebuah kotak merah yang Keisha sorokkan darinya.
Wait , wait Keisha sorokkan ? Thats mean... damn it dia ada kat hospital sekarang !
Kesedarannya mula terasa. Aiden sudah rasa seperti orang waras sekarang. Dalam hatinya mahu segera keluar dari rumah ini tetapi kotak merah ini mengaburkan sebentar fikirannya.
Tanpa melengahkan masa , kotak itu dibuka. Benda pertama yang Aiden lihat adalah gambar dia dan Lara sewaktu di Itali. Dia ingat gambar ni berada di mana. Sewaktu mereka ke tapak hotel.
Tunggu sekejap , how can she get all this stupid things ? Who gave to her ?
Pertanyaannya seolah dibalas apabila Aiden membuka kad kecil yang dari tadi menarik perhatiannya. Sudah pasti dia boleh mengagak siapa yang menghantar kotak itu.
Kotak itu diselongkar lagi. Dalam itu penuh dengan gambar-gambar sewaktu di Itali. Jadi ini bermakna Keisha memang dah tahu yang dia ke Itali dengan Lara.
Aiden mengutuk dirinya. Patutlah Keisha beria tanya rupanya dia dah tahu. Memang padan muka kau Keisha tak layan , salah sendiri sebab tak jujur.
Aiden meraup wajah. Dia ingat kembali kelakuan Keisha yang tetap melayannya walaupun pagi itu dia telah menipu isterinya. Patutlah hari esoknya Keisha dingin semacam.
Ahh bodohnya kau Aiden ! Tak tahu hargai perempuan. Dan kau boleh pula cuba menyalahkan Keisha dalam hal ni.
Aiden mula berperang dengan hatinya. Sebab itu lah dia tidak mahu berkahwin selepas dilukakan oleh Lara. Sebab dia takut perempuan yang bakal didampingi olehnya sakit. Tapi jelas terbukti sekarang yang Aiden masih lagi takut pada cinta.
Kukuhkah rasa cinta kau terhadap Keisha ? Masih nak berdalih lagi walaupun kau bakal timang anak ? Anak kau tu Aiden. Sedar diri tu !
Aiden seakan sedar ke dunia realiti semula. Lalu cepat-cepat dia menutup kotak itu dan Aiden bergegas mahu ke hospital.
Pray for my wife.
Kalau you all rasa jalan cerita ni berbelit just comment. Bagitau i apa yang tak faham ok ? And thank you for voting love ! 🌹💓
YOU ARE READING
Goda Mr. Philophobia
RomanceDarren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad ?" "Okay" Tapi bila dah goda dia , "You teasing me so well Keisha , now it's your turn." "Ahh..Aid...