Encik Riduwan yang sedang mengajar di hadapan tidak Keisha endahkan. Fikirannya sibuk memikirkan mahu masak apa untuk Aiden balik nanti. Seminggu sudah berlalu dan Keisha masih lagi dalam proses menambat hati Aiden.
Masak masakan kegemaran dah , lemah lembut dengan Aiden dah , goda dia ? Belum belum. Minggu lepas , lepas balik sahaja dari kampung Aiden dia sudah datang bulan. Tak dapat lah nak goda Aiden haha.
"Keisha ? Jauh termenung." Tersentak Keisha dengan teguran itu. Terus dia tegakkan badan memandang Encik Riduwan yang sedang memandangnya.
"Jumpa saya selepas habis kuliah." Serentak itu Keisha mengeluh. Haih fikirkan Aiden punya pasal lah ni.
"Kau fikir apa ni Keisha ? Aku tengok kau tak fokus langsung dengan Encik Riduwan tu." Julia yang berada di sebelah sudah membebel. Dah hobi nak buat macam mana.
"Aku sibuk lah fikir laki aku tu. Encik Riduwan ni pun satu sibuk betul sikit sikit aku je yang kena." Rungut Keisha perlahan.
"Uih fikir Aiden ? Hahaha kau dah ada rancangan ke nak goda dia ?." Terjongket kening Julia menyoal. Memang dia sudah agak yang Keisha sedang memikirkan Aiden. Dah cerita pun pasal niat nak goda Aiden.
"Kau ni jangan la cakap kat sini malu lah." Lengan Julia dipukul perlahan.
"Tapi betul kan ?" Julia gelak jahat.
"Ish dah dah nanti aku cerita lah."
Julia sudah tersenyum. Ada ada sahaja Keisha ni. Julia merupakan satu satunya kawan baiknya di kolej ini. Hanya kerana pakaian Keisha yang terlampau kebaratan dia sukar mendapat kawan.
"Okay that's all for today. Thank you."
Pelajar pelajar lain mula mengemas barang dan bersedia untuk pulang. Keisha juga diantaranya , tetapi dia harus berjumpa dengan Encik Riduwan itu. Bukan dia tak suka cuma Encik Riduwan ini bujang terlajak , sudah berusia 35 tahun tetapi masih lagi berseorangan. Sebab itulah dia kurang suka dengan pensyarah itu. Gatal.
"Keisha aku tunggu luar." Ujar Julia sebelum pintu dewan itu ditutup. Keisha menghampiri Encik Riduwan yang juga sedang mengemas barangnya.
"Ada apa Encik nak jumpa saya ?" Soal Keisha malas. Mata dialihkan ke arah lain.
"Macam mana dengan lamaran saya ?" Ah sudah. Ini lah sebab dia tidak suka dengan Encik Riduwan. Suka suka sahaja melamar Keisha walaupun sudah banyak kali Keisha memberitahunya yang dia sudah berkahwin.
"Apa Encik ni , saya dah cakap kan yang saya dah kahwin." Jeling Keisha sebelum berkata begitu. Sorry lah kalau nak tengok Keisha berlembut hanya dengan orang tersayang sahaja.
"Awak jangan tipu lah Keisha. Jangan jadikan kahwin sebagai alasan kalau awak belum berkahwin." Encik Riduwan semakin mendesak. Ditekankan suaranya.
"Saya malas nak cakap pasal hal ni lagi dengan Encik. Yang penting saya dah bagitahu yang saya sudah berkahwin." Keisha merengus kasar sebelum meninggalkan Encik Riduwan.
Diluar dewan wajah Keisha sudah masam mencuka. Julia yang setia menunggu tahulah dia kalau muka Keisha sudah cemberut begitu.
"Encik Riduwan tanya pasal lamaran tu ?" Duga Julia walaupun dia sudah tahu jawapannya. Mereka mula berjalan.
"Yalah apa lagi kalau bukan pasal tu. Eii geram betul , kalau aku tak fikir bulan ni aku last belajar memang aku dah berhenti kolej." Geram masih terasa. Diketap giginya. Kalau nak lihat Keisha yang pemarah dan berlainan dari sifat lembutnya lihatlah perangai dia di kolej. Sombong , berlagak semua watak yang perempuan gedik ada dia ada.
"Sabar lah. Sekarang fokus kat Aiden je ya,"
Laju Keisha mengangguk sebelum tersenyum lebar. Misi menggoda suami. Ahaks !
***
Tanpa menukar pakaian Keisha terus bergerak ke pejabat Aiden. Dah alang alang hantar Julia dekat rumahnya yang berdekatan dengan pejabat Aiden , Keisha ambil keputusan untuk berjumpa Aiden.
Pakaiannya yang agak seksi mampu menggoyahkan iman para lelaki di pejabat itu. Ramai juga mata-mata lelaki yang memandangnya tapi Keisha buat endah.
"Tuan Aiden ada dalam bilik ?" Soal Keisha sebaik sahaja tiba di meja setiausaha Aiden.
"Eh Puan. Haa Tuan Aiden ada nak saya bagitau ? Sebab sekarang Tuan kata dia tak nak diganggu." Ujar Atika dengan sopan kepada isteri majikannya.
"Oh tak apa saya masuk jelah. Nak buat surprise." Keisha tersengih. Atika yang berpakaian formal biru hanya tersenyum.
Perlahan pintu bilik itu dibuka. Kelihatan Aiden sedang khusyuk meneliti helaian kertas di tangannya sampai tak sedar kehadiran Keisha.
"Tuan." Sengaja Keisha berkata begitu.
"Saya sudah kata saya---" Kata kata Aiden terhenti apabila dia mengangkat kepala dan melihat Keisha yang sedang berjalan ke arahnya.
"Hai baby." Sapa Keisha manja. Dia meletakkan tangan di atas meja dan tubuhnya menonggek ke belakang. Wajahnya cuba merapati Aiden yang sedang keliru.
"Kau buat apa dekat sini ?" Aiden kawal suara. Sebenarnya melihat Keisha sebegitu sudah mampu membuatnya tidak senang duduk.
Keisha tarik senyuman manis sebelum berkata ,"Saja. Saya rindu awak." Satu perkataan , menggoda.
Entah dari mana datang keberanian Keisha , dia cuba pula berjalan ke arah Aiden dan berdiri di hadapan Aiden yang sedang duduk.
"Kau nak buat apa ni ?" Gugup lagi. Ego. Semua kerana ego.
Keisha pula dengan beraninya duduk di riba Aiden dan merangkul leher Aiden. Memandang dalam anak mata kelabu itu. Yang peliknya Aiden tidak menolak.
"Awak balik cepat tau hari ni saya ada masak special untuk awak seorang je." Keisha berkelakuan manja dan menggoda. Sengaja buah dadanya yang betul betul di hadapan muka Aiden ditekan. Aiden pula sudah jadi tidak keruan dengan nafsunya cuba untuk mencium bibir merah milik Keisha. Pantas Keisha menolak. Kepalanya dialihkan sambil jari telunjuknya menahan bibir Aiden. Keisha senyum menggoda melihat Aiden yang seperti mengah.
"Not now baby , finish your work first and i'll waiting for you at home." Lantas itu Keisha bangun dari riba Aiden.
Pada Keisha dia hanya inginkan perhatian dari Aiden dari apa cara sekalipun. Jadi kalau Aiden inginkan tubuhnya hanya kerana nafsu pun dia tidak kisah. Tapi betul ke ?
Keisha hela nafas. Cuba berfikiran positif. Tapi kalau boleh biarlah Aiden bernafsu dengannya kerana cinta.
"Baby saya tunggu dekat rumah bye !" Laju Keisha keluar dari bilik itu setelah berjaya memancing nafsu Aiden.
Aiden pula yang terkebil kebil ditinggalkan. Haih boleh pula kau tergoda dengan Keisha. Tapi apa salahnya , Keisha isteri Aiden dan Keisha milik Aiden. Segala milik Keisha adalah milik Aiden juga.
Melihatkan dirinya yang semakin mudah goyah dengan godaan Keisha tahulah dia bahawa dia sudah mula membuka hatinya untuk Keisha.
Thank you .
Fiza ❤
YOU ARE READING
Goda Mr. Philophobia
RomanceDarren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad ?" "Okay" Tapi bila dah goda dia , "You teasing me so well Keisha , now it's your turn." "Ahh..Aid...