Lara baring dengan selesa di atas katilnya. Rancangannya dirasakan semakin berhasil. Rancangan mahu merosakkan rumah tangga pasangan itu.
Perasaan benci terhadap Keisha semakn membuak-buak. Sebab apa ? Sebab dia perempuan seksi. Dulu Lara pada awalnya tidak bertudung tetapi selepas kenal Aiden , dia mula berhijab semua kerana Aiden.
Tapi yang menyakitkan hati bila Aiden berkahwin dengan perempuan sebegitu , dengan mudah. Sebenarnya dia dulu tak ada lah nak lakukan semua perkara ni tapi bila lihat Aiden semakin serasi dengan Keisha hatinya sakit.
Kalau Aiden kahwin dengan perempuan berhijab dia tak akan buat perkara ni. Dia tak cintakan Aiden lagi sebab Aiden noob alim sangat , tapi sebab Aiden kahwin dengan perempuan yang boleh dikatakan seksi dia lakukan perkara ini. Semua hanya untuk membuktikan yang Keisha itu bukan seorang perempuan yang baik.
Penat bermonolog dalam hati , Lara melelapkan matanya. Masih ada hari esok untuk dia fikirkan.
Masihkah ?
***
Aiden menghela nafas. Tepat jam 8:30 pagi dia tiba di kediamannya. Rasa lama pula meninggalkan Malaysia. Mungkin kerana terlalu rindukan Keisha.
Aiden membuka dengan kunci pendua. Tak sampai seminit pintu itu terbuka. Dan terlihat lah isi rumah yang dia rindukan sejak ada isteri ni.
Langkah kaki dituju ke tingkat atas. Bilik tidur utama dimana ia bilik Aiden dan Keisha.
Tanpa mengetuk Aiden membukanya. "Sayang ?" Sunyi. Keisha masih tidur. Dapat dia lihat isterinya sedang tidur mengiring dengan menghadap sliding door , dan cahaya malap menerangi bilik itu.
Lantas itu , Aiden membuka kot kulitnya dan digantung di belakang pintu. Kaki diatur ke katil beradunya.
Wajah lena Keisha ditatap. Kelihatan sangat nyenyak , pasti tidur lambat. Aiden duduk di sisi Keisha. Tangannya naik mengusap wajah manis itu. Tapi ada sesuatu yang mengurangkan manisnya , mata Keisha , kelihatan sembab.
"Sayang ?" Lembut Aiden mengejut. Dari usapan dimuka tangannya mengusap pula rambut Keisha seraya itu mencium dahinya.
"Sayang bangun , saya dah balik ni." Sekali lagi lelaki itu bersuara. Saat Aiden mengusap mata Keisha , mata Keisha terbuka.
"Good morning my dearest wife ," Aiden labuhkan ciuman sekejap di bibir Keisha. Keisha senyum nipis tidak mahu bermasam muka.
"Hello my handsome husband." Habis berkata begitu , tubuh Aiden didakapnya erat. Mungkin kali terakhir ?
"Seems like someone really missing me ?" Usik Aiden sambil membalas pelukan Keisha. Tubuh Keisha ditegakkan dan pelukan dikemaskan.
Keisha menahan air matanya daripada tumpah. Sumpah rasanya sakit bila peluk orang yang tipu kita dan berpura-pura. Keisha mengeratkan pelukan dan Aiden tersedar sesuatu.
"Hey what's wrong ?" Pelukan yang Keisha eratkan terasa lain. Seperti tidak mahu lepas dan seperti Keisha bakal tinggalkannya.
"Kenapa ? Saya peluk kuat sangat ke ? Sorry , saya rindu." Ego diruntuhkan. Mungkin sebab pembawakan budak Keisha rendahkan ego untuk akui rindunya pada Aiden walaupun hatinya sakit.
"Oh really ? You're so sweet sugar ,"Aiden tidak lepaskan pelukan cuma dia meletakkan kepala Keisha di dadanya.
Rindu Keisha semakin bertambah apabila bau tubuh Aiden memenuhi rongga hidungnya. Dia hidu semahu-mahunya kerana lepas ni dah tak boleh. Ditahan saja sebak.
YOU ARE READING
Goda Mr. Philophobia
RomanceDarren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad ?" "Okay" Tapi bila dah goda dia , "You teasing me so well Keisha , now it's your turn." "Ahh..Aid...