bab 46

21.9K 618 30
                                    

"Sampai bila kau nak kurung aku kat sini syaiton?!" jerit Hana kuat.

Sudah 3hari dia dikurung Zairul.Zairul langsung tidak apa apakan dia.Cuma,Hana semakin lemah kerana tidak diberi makan dan minum.

Agaknya,tahap gila Zairul semakin teruk menyebabkan hilang perikemanusiaannya terhadap Hana.

"Woi! Diam lah.." jerit konco upahan Zairul.

"Macam mana aku nak diam.Aku lapar,haus !" jerit Hana lagi.Tenaganya sudah dihujung hujung kerana menjerit dengan kuat.

Tiba tiba,pintu bilik itu terbuka.Hana mendonggak untuk melihat wajah yang menghampirinya.

"Zairul,sampai bila kau nak buat aku macam ni?" soal Hana lemah.

"Kau lapar ke?"soalan bodoh Zairul utarakan.

"Kalau otak kau dah terlebih bodoh,jangan tanya soalan bodoh dengan aku.3 hari kau kurung aku tanpa makan dan minum.Kau agak aku lapar tak sekarang ni?" Hana menyandar lesu pada dinding bilik.

Sudahlah tangan diikat,kaki turut diikat.3 hari keadaannya begitu,tidak bergerak ke mana mana.Naik kebas dan lenguh sendi pada seluruh tubuhnya.

"Kau sabar ye.Kejap je lagi.Lepas Ayu sah kahwin dengan Zuhair,aku nak kau minta cerai dengan Zuhair.Dan aku janji akan bebaskan kau.Kita akan kahwin.Masa tu mesti kita bahagia.." kata Zairul sambil tersenyum.

"Kenapa? Kau takut aku musnahkan majlis pernikahan dorang?Sudahlah,lepaskan aku Zairul.Paling tidak pun beri aku makan.."rayu Hana bersama linangan air mata.

Dah tak larat rasanya dia kerana terlalu lapar dan haus.

"Disebabkan aku kesian tengok kau,hari ni aku bagi kau makan dan minum." kata Zairul lalu meletakkan bekas plastik makanan dan sebungkus air.

Ikatan Hana dibuka dan Hana mula menjamah nasi goreng kampung itu dengan lahap.Kerana terlalu haus,habis sebungkus air teh lemon ais disedut.

Hana pandang ke wajah Zairul yang sedang merenungnya.

"Aku tahu kau baik,Rul.Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Hana.

Zairul tertunduk sebelum melangkah ke arah pintu.

"Semuanya kerana cinta.." kata Zairul lalu menutup pintu dan dikunci pintu dari luar.

*******

Zuhair meramas kasar rambutnya.3 hari dia mencari Hana tapi tidak jumpa.

Sudah ditanya pada Elmira,dan jawapannya tetap menghampakan.

"Kemana awak menghilang?" soal Zuhair sendirian.

Mahu bertanya kepada orang tua Hana di kampung.Dia takut.Takut ahli keluarga Hana dapat menghidu masalah yang berlaku diantaranya dan Hana.

Zuhair terpandang telefon bimbitnya yang terletak elok diatas meja.Terus dia teringat Adam.Mungkin saja Hana bersama Adam.

Terus dicapai telefonnya dan nombor Adam didail.Telefon dilekap ke telinga.Lama Zuhair menanti sebelum panggilannya dijawab.

"Hello,Adam.Aku nak jumpa kau sekarang.."

*********

"Apa kau nak dari aku?" soal Adam sinis.Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Hana mana?" soal Zuhair tiba tiba.Adam mengerutkan dahi.

"Hana?Mana aku tahu.." balas Adam bersama gelengan.

Zuhair tiba tiba hampiri Adam dan melutut sambil memegang tangan Adam.

"Aku tahu Hana ada dengan kau.Please,suruh dia balik.Aku rindu Hana.Aku tak boleh teruskan hidup tanpa Hana.Pulangkan isteri aku balik."rayu Zuhair.

Hilang sudah egonya yang tinggi melangit.Hilang sudah lelaki yang berkarisma dan berwibawa.Yang ada hanyalah seorang lelaki yang hilang punca kerana seorang perempuan yang bernama Nurul Hana.

"Hair,this is not you.What happen?" soal Adam ,terkejut.

Zuhair yang dia kenal bertahun tahun.Jatuh bangun bersama,yang tak pernah tunjuk kelemahan diri kini melutut, merayu dihadapannya untuk mendapatkan isterinya semula.

Tapi,kemana Hana?persoalan dibenak Adam.

"Tak, Adam.Depan mata kau ni,aku.Zuhair yang pernah kau kenal.Aku nak isteri aku kembali.Hana,mana Hana pergi.." Zuhair melurut jatuh ke rumput dan untuk pertama kalinya Adam melihat air mata Zuhair mengalir.

Dia yakin,Zuhair begitu terkesan dengan kehilangan Hana.

"Zuhair,bagi aku keizinan untuk kali ini saja." tiba tiba Adam bersuara.

"Izin? Izin apa? Hana aku ada dengan kau kan?" soal Zuhair mula bangun dan mengesat air matanya dengan belakang tangan.

Tanpa bicara Adam menghayunkan penumbuk tepat ke wajah Zuhair.Zuhair jatuh ke belakang.

"Apa ni Adam?" soal Zuhair pelik.Tepi bibirnya dikesat.Darah.

"Itu untuk setiap air mata Hana yang mengalir.Dan itu juga sebagai janji aku yang Hana akan pulang.Kalau Hana tak pulang ke pangkuan kau.Kau boleh balas balik kat muka aku." kata Adam sebelum berlalu pergi.

Zuhair hanya mampu memandang kelibat Adam yang menghilang disebalik kereta mewah miliknya.

"Hana pulanglah.Saya janji tak akan mensia siakan awak lagi." luah Zuhair bersama air mata.

NURUL HANA ✔️Where stories live. Discover now