bab 59

25.1K 682 11
                                    

"Akhirnya,dia dah tak ganggu aku lagi."bisik Balqis perlahan sambil memeluk tubuh.Sudah seminggu kelibat Adam tidak kelihatan.Adam tidak lagi menganggunya.

Balqis duduk diruang tamu rumah agam milik keluarganya.Selepas dia berjaya mengenakan Zairul,dia tinggal bersama dengan keluarganya semula.

Balqis termenung seketika bila mengingati kejadian terakhir dimana Adam melamarnya.Hatinya sakit bila terpaksa berterus terang dengan Adam.

Bunyi riuh didepan rumah mengganggu Balqis.

"Apa yang bising sangat tu." Balqis bingkas bangun dan bergerak ke pintu utama rumah.Pintu dibuka dan membulat mata Balqis bila melihat Adam yang sedang dikelilingi pengawal peribadi ayahnya.

Seorang pengawal peribadi ayahnya mula mencengkam kolar baju Adam.

"Ehh,wait! Asal ni?"soal Balqis kalut bila pengawal peribadi ayahnya cuba memukul Adam.

"Dia ni pencuri Cik Balqis.Dia seludup masuk ke dalam kediaman ini,mujur saya perasan."terang salah seorang pengawal peribadi ayahnya.

"Mana ada saya mencuri!Saya minta izin untuk masuk dan berjumpa dengan awak,tapi dia tak bagi!"Betah Adam.

Satu penumbuk terus hinggap di perut Adam membuatkan Adam mengerang kesakitan.

"Stop!Dah lepaskan dia!"jerit Balqis kuat dan lantang.

Adam dilepaskan dan terus Balqis hampiri Adam.

"Kau okay?"soal Balqis.

"Tak okay.Saya sakit."Adam bersuara perlahan.

"Hah!Sakit?Kat mana?"soal Balqis cuak.

"Kat sini.."balas Adam sambil menunjuk ke hatinya.

Balqis terus tumbuk dada Adam."Uhuk!"Adam terperanjat dengan tumbukan tiba-tiba dari Balqis.

"Aku serius kau main-main pula!Kalau tahu perangai kau macam ni,elok aku biarkan saja dorang ni semua pukul kau bagi lunyai."marah Balqis.

Adam tertawa.

"Siapa dia ni Cik Balqis?"soal salah seorang pengawal itu.

Adam seriuskan wajah.

"Kau tengok style dia,ada macam pencuri ke?"soal Balqis kepada pengawal tersebut.

Ada yang geleng dan ada yang angguk.

"Saya memang pencuri pun."kata Adam sambil tersenyum.

"Saya tengah usaha nak curi hati awak Balqis."kata Adam sambil menghala cincin yang sama tersemat elok di dalam kotak kecil baldu berwarna merah.

Sekali lagi Balqis dilamar.

Pengawal peribadi ayahnya mula bersorak kuat.

"Adam!"jerit Balqis malu bila Adam melamarnya di halaman rumahnya sendiri.Sudahlah dipertontonkan pengawal ayahnya pula,rasa nak koyak mukanya.Darah panas mula menyerbu ke muka.

"Boleh tinggalkan kami berdua?"soal Balqis dan pengawal peribadi ayahnya mula angguk sebelum berlalu.

Ada yang mengucapkan tahniah atas keberanian Adam dan ada yang menepuk bahu Adam.Adam tersenyum sambil menggangguk kepala kepada semua pengawal tersebut.

"Apa masalah kau?" soal Balqis geram.

"Apa masalah saya?Saya nak awak lah." balas Adam perlahan.

"Aku tak layak untuk kau.Pergilah cari perempuan lain." balas Balqis dan mahu berlalu.

Sekali lagi dia menolak lamaran Adam.Adam yang geram mula menarik tubuh itu rapat ke dadanya.

Balqis tergamam.

NURUL HANA ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz