18

37 4 0
                                    

Its never been easy

Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan. Tapi saya putuskan untuk cuba menulis sesuatu.
Terima kasih sebab mengirimkan surat itu. Saya amat menghargainya.
Saya gembira kerana awak, ternyata masih ingat pada saya dan menyesali keputusan awak.
Ia tidak mengubah apa-apa, tapi sekurang-kurangnya saya tahu orang yang melahirkan saya sedang menyesal sebab telah menyingkirkan saya. Ia menyedihkan. Saya membesar tanpa mengenal siapa ibu saya, bagaimana rupanya, bagaimana nada suaranya...
dan perkara terburuk yang pernah saya alami ialah orang yang saya harapkan akan berada di sisi saya, mendampingi saya,menyokong saya dan.. mengiringi saya di hari perkahwinan saya.. meninggalkan saya tanpa pesan. Kalau itu sesuatu yang baik untuk memulakan hidup baru.. ya.. saya telah melaluinya.. kehidupan saya sekarang ini.. walaupun tanpa kehadiran ibu dan ayah saya.. saya tidak pernah merasa kesunyian.. saya ada kekasih.. teman akrab.. dan insan yang ikhlas menyayangi saya tanpa ragu-ragu..
Terima kasih sebab telah melahirkan saya ke dunia ini.

Giorgia Forest.

Giselle mengesat air matanya, kemudian surat dari Gia itu dikucup perlahan. Dia menatap sehelai gambar yang disertakan bersama-sama dengan surat itu. Gambar Gia yang sedang tersenyum manis.

"Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu."

Seorang wanita menghampiri Giselle kemudian memeluknya erat.

"Sudahlah Elle. Janganlah menangis lagi."

"Anak saya sangat cantik, Martha. Tengoklah senyumannya itu."

Martha mengangguk perlahan.

"Matanya serupa dengan mata kamu, Elle."

"Jangan beritahu dengan siapa-siapa pun pasal ini, Martha. Walaupun dengan Gwen."

"Tapi..."

"Janji dengan saya, Martha. Ini demi kebaikan anak saya."

"Elle.."

"Martha, saya tidak mahu menganggu kehidupan anak saya. Dia sudah cukup menderita akibat perbuatan saya dan ayah dia. Biarlah dia bergembira, Martha. Tolonglah."

"Kasihan dengan anak kamu, Elle. Siapa tahu, mungkin dia mahu berjumpa dengan kamu?"

Giselle menggeleng perlahan.

"Tidak usah. Saya tidak mahu menambahkan perasaan sakit di dalam hati dia. Saya sendiri telah meninggalkan dia, Martha. Tidak mungkin saya ada kekuatan untuk bersua muka dengan dia."

"Tapi dia anak kamu, Elle."

Giselle menggeleng perlahan.

"Melahirkan seorang bayi tidak cukup untuk menjadikan kita seorang ibu, Martha. Kita perlu melakukan segala-galanya peranan seorang ibu demi bayi itu barulah kita layak digelar seorang ibu. Saya hanya melahirkan dia, Martha. Tapi yang menjaga dan membesarkan dia bukan saya. Saya bukan seorang ibu. Itulah hakikatnya."

Martha terdiam. Tiada gunanya dia bertikam lidah dengan Giselle. Dia lebih tahu penderitaan yang dialaminya. Jadi apa saja yang dikatakannya, sudah tentu benar. Martha mengusap perlahan bahu Giselle.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now