39

27 3 0
                                    

Dark secret

Gia p.o.v

Aku memandang Doktor Luciano dengan harapan dia akan segera berkata..'bergurau sajalah!'. Atau apa-apa saja yang boleh menghalang aku dari mempercayai ceritanya sebentar tadi.

Tapi dia kelihatan sudah berputus asa dan keletihan. Rambutnya yang kian ditumbuhi uban membuatkan dia nampak sangat tua.

"Ada satu lagi yang saya perlu beritahu dengan awak, Cik Forest."

"Apa dia?"

"Giselle masih hidup."

"Hah..?!"

"Ya. Dia masih hidup. Saya sendiri yang telah merawat dia hingga dia sembuh. Saya tidak boleh biarkan dia mati semudah itu, Cik Forest."

"Aku tidak faham."

"Selama ini Giselle hanya berpura-pura menjadi gila dan tinggal di hospital sakit jiwa semata-mata mahu mengawasi Brawn. Dia begitu berdendam dengan Brawn sehingga tergamak membuang awak dari hidupnya. Idea memeras ugut awak ini adalah idea dialah."

Aku menggeleng.

"Maafkan saya, Cik Gia. Saya tidak boleh menolak permintaan Giselle untuk membiarkan dia bersembunyi di rumah sakit itu."

"Dan kau gelarkan diri kau sebagai seorang doktor. Semudah itu Giselle memperbodohkan kau. Kenapa kau tidak beritahu kepada pihak polis?"

"Ianya tidak semudah yang awak sangka, Cik Forest. Giselle punya ramai orang suruhan untuk memusnahkan sesiapa saja yang dia mahukan. Ketika itu, saya hanya tinggal berdua dengan ibu saya. Cuba awak cakap, pilihan apa yang saya ada? Pada awalnya, saya juga sangkakan dia benar-benar gila, sehinggalah dia meminta bantuan untuk mencari Brawn."

"Oh.. duit punya pasallah ni. Banyak sangat ke duit Giselle tu sehingga semua benda dia boleh beli?"

"Bukan duit yang saya kisahkan, Cik Forest. Orang suruhan Giselle dan senjata api mereka yang saya takutkan. Saya tidak salahkan awak kalau awak marah dengan saya, tapi cubalah faham Cik Forest. Hanya awak dan saya yang boleh membawa mereka berdua itu ke muka pengadilan."

Aku mengangguk kecil. Terasa kelakar pula mendengar butir bicara doktor tua ini.

"Baiklah, di mana mereka berdua sekarang ini?"

"Mereka sedang menuju ke sini."

"Apa? Bagaimana?"

"Saya menyuruh Giselle membawa Brawn ke sini. Saya harap pasukan bantuan awak sudah bersiap sedia, Cik Forest. Kita tidak boleh biarkan Brwan dan Giselle terlepas kali ini."

"Apa yang kau dah buat ni? Aku tidak bersedia untuk menerima tetamu selain kau. Okay. Macam mana rupa Giselle sekarang? Sebab kali terakhir aku jumpa dia, dia tidaklah mesra sangat orangnya."

"Saya dah bedah muka dia. Nama dia juga saya tukar. Marisa Barnet. Itulah orangnya Giselle sekarang ini."

"Barnet?"

"Ya. Marisa ialah adik kepada Trisa dan bekas teman wanita Brawn."

Aku ternganga. Nampaknya aku telah terperangkap di tengah-tengah sekumpulan orang tua yang tidak sedar diri dan sedang hidup menggunakan identiti orang lain.

"Cik Forest?"

"Aku tak apa-apa. Beginilah, cakap di mana kau sembunyikan bahan bukti yang kau cakap tu. Kita perlukannya untuk memastikan Brawn dan Giselle mereput di dalam penjara."

Doktor Luciano mencapai telefonnya dan menghampiri ku.

"Semuanya ada di dalam telefon ini, Cik Forest. Awak ambil telefon ini dan serahkannya kepada pihak polis. Mereka akan menemui di mana Brawn menyembunyikan Carly yang sebenar. Awak jaga diri baik-baik sebab Giselle sentiasa membawa pistol bersama-sama dengannya."

Dear, GiaWhere stories live. Discover now